31 Oktober 2011

Rahmat Tuhan

Alamak hujan pulak! Ops..tak elok mengeluh. Hujan tu adalah rahmat dari Allah S.W.T. . Tak boleh lah kami nak keluar sharp2 pukul 5.00 petang harini. Kena lah postpone sikit time keluar pejabat tu. Maklum lah kami ni kan naik motor je. Karang tak pasal-pasal lenjun kitorang. Heheh.. Hari tu sekali dah pernah kena dah. Lenjun sakan sampai rumah. Ni pulak hujan baru turun, mungkin lambat tak lambat sangat la kot. Sekejap lagi berhenti lah hujan ni. Sebab hujan lebat ni biasa nya sekejap je. Kalau renyai-renyai memang sure lambatlah nak berhenti nya.

Anak mama tunggu mama ye. Mama lambat sikit. Tapi takdelah lambat sangat. Jauh perjalanan luas pemandangan. Begitulah rutin kami setiap hari. 

Side Income

Sejak dua menjak ni rasa nya macam terhad je ongkos di dalam kocek saya ni. Saya kena lebih berhati-hati bila berbelanja tu. Tapi selalu jugak terbabas sebenarnya. Ye lah kan, kita ni manusia biasa, tak boleh lari dari kesilapan. Kita cuba, tapi cubaan tu tak berjaya. Apa kan daya lah. Saya tetap berusaha. Di pejabat saya hanya makan pagi dan tengah hari kadang-kadang je. Kalau betul-betul lapar, baru saya makan tengah hari. Bukan lah takde duit, tapi kena berjimat cermat. Kalau tak berjimat cermat, habislah pengsan agaknya. Yang penting, makan minum kita cukup pun dah memadai lah kan.

Kadang-kadang terfikir nak cari side income yang boleh membantu. Tapi macam mana lah caranya kan. Konon-konon nak buat jualan online, tapi saya ni tak lah pandai sangat. Tak tahu macam mana, tak tahun nak jual apa, tak tahu nak dapat stock barang kat mana. Semua nya serba tak tahu. Lepas fikir lagi, boleh ke saya ni buat benda-benda tu? Mungkin boleh, tapi ada ke masa saya nak buat. Ye lah siang kerja kat pejabat. Malam pulak sibuk dengan anak. Pastu dengan tugas lain sebagai suri rumah dan isteri lagi. Bila lah masanya kan saya nak buat semua tu.

Inilah lumrah bila dah hidup bekeluarga. Bukan lah segala beban di atas bahu isteri. Tapi senang hati ke kita nak tengok suami bersusah payah tanpa bantuan sesiapa nak membesarkan anak dan menanggung keluarga. Bukan lah kata sebagai seorang isteri tu jangan tolong suami langsung. At least serba sedikit. Mana yang termampu. Bantu membantu, bertolak ansur kan digalakkan dalam perhubungan suami isteri tu. 

Pemain Bola

Hobi incik suami dari sebelum kahwin sampai lah dah kahwin adalah mengejar sebiji bola beramai-ramai, merebut-rebut bola tersebut dan menyepak bola tersebut. Itu adalah hobi incik suami saya sejak dari dulu. Bukan dia sahaja yang 'gila' bola dalam family dia, termasuk lah ayah dan adik-adik dia, memang semua minat bola. Kalau weekend, hari Sabtu malam jumaat balik rumah mak mertua memang takde chance lah saya nak tengok drama tv3 pukul 10.00 malam tu. Sengsara. Ngeeeeeeeee.. Tapi dah minat kan, takkan saya nak halang pulak. Biarkan je lah. Tapi selepas aqil ada, dah jarang incik suami pergi main bola. Dan sekarang lagi lah, sejak dah pindah tinggal kat Putrajaya, langsung lah takde dah aktiviti sepak menyepak bola tu. Jadi, semakin naik lah berat badan incik suami saya. Padan muka kamu. Hehehe..

Anak saya? Dah nampak macam ada ciri-ciri minat "berbola-bola" ni. Bak kata pepatah lah, "Bapak Borek, Anak Rintik". "Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi". Betul tak? 

:: Ini bola saya! ::

:: Saya nak jadi pemain bola sepak ::

:: Tunggu lah saya boleh jalan nanti, saya sepak bola ni ::

Tengok tu, tu lah kerja dia kat rumah. Pantang nampak bola, nak amek je. Tak tahu bola tu lagi besar dari dia. Bila kita berdirikan dia, bukan main kaki tu nak sepak2 bola tu. Dah pandai dah anak mama ni. 

Sebenar nya ni cerita bulan September ari tu dah. Gambar tu dah di'snap' masa bulan September aritu. Lama kan saya simpan buat jeruk. Ni banyak lagi gambar2 dan cerita2 yang belum di'share' kan kat sini. Kang muntah pulak nak menaip dan membaca nya kan. Hehehe.. Terima kasih kerana sudi melihat-lihat blog saya yang tak seberapa ni. Jumpa lagi di next blog. Papaiiiiiii..

Campak botol

Hero kecik saya setiap malam pukul 9.30 or 10.00 malam mesti dah tidur. Tak kira lah time pukul 7.00 malam tu dia dah tidur ke apa. Pukul 10.00 tu mesti dah lena sampai lah ke pagi. Dia hanya akan bangun 2 atau 3 kali untuk minum susu. Tu je! Senang kan jaga baby bernama Muhammad Aqil Rizqin. Memang tak susah nak jaga dia. Tak banyak kerenah. Sebab tu bila dia meragam macam ada benda tak kena, kitorang berdua mula lah risau. Sebab dia sangat susah untuk meragam. Contohnya macam demam, kita dah boleh tahu simptom2 dia nak demam. Kalau meragam @ merengek je, ada lah tu yang tak kena. Kalau tak, dia akan main je. Diam je. Dengar suara pun susah. Itu lah pe'el hero saya. Mama sayang kamu!

Kalau setiap malam minta susu, dia takkan kejut mama dia. Dia akan pergi dekat ayah dia. Ayah dia akan buat kan susu untuk dia. Dia sangat manja dengan ayah dia. Dia taknak kejut mama malam-malam sebab dia tahu mama garang. Nasib baik ayah faham yang mama ni penat. Setiap hari awal pagi dah bangun buat kerja. Sebab tu saya sayang incik suami saya!

Setiap malam Aqil akan minum susu sambil pejam mata. Sangat comel. Kita takut dia tersedak kan, tapi dia boleh selamba je minum susu tu sambil pejam mata. Bila habis je dia sedut susu tu, terus dia campak botol susu tu, dan tarik kain lampin dia tu and terus lena. Macam tu lah setiap malam. Malam tadi kebetulan saya dan incik suami lambat sikit tidur sebab layan drama kat tv3 tu. Tiba-tiba aqil sedar dan berbunyi-bunyi nak susu. Sempat lah kami merakam gelagat dia minum susu tu. Mari tonton!


Sangat comel kan? Haaa...korang cakap biasa je, tak comel pun? Takpelah. Saya tak kisah korang semua nak cakap apa pun. Tu hak masing2 kan. Dan ni hak saya jugak lah saya nak share apa pun kat blog saya. Betul tak? 


Crazy Lazy!

Seperti biasa, bila Isnin tiba penyakit 'crazy lazy' pun menyerang. Malasnya saya harini. Saya ni jarang dapat penyakit monday blues ni. Harini sebenar punya malas! Ye! Saya malas. Jadi harini saya akan asyik tengok blog. Update blog! Tengok muka buku. Main game. Lagi? Buat je lah apa yang tak bosan kan saya. 

~ In the End ~

27 Oktober 2011

Kawan karib

Tiba-tiba saya teringin nak bercerita pasal sahabat baik saya sejak dari sekolah rendah sehinggalah sekarang. Nama dia Rohayu binti Sohor, kami semua panggil dia Ayu. Tapi ada sesetengah kawan dia, panggil dia adeq. Dia lah kawan saya ketawa dan bersedih dulu. Bukan senang nak cari sahabat seperti dia. Saya sayangkan dia macam saya sayangkan keluarga saya. Dulu bila saya ada masalah, dia lah tempat saya mengadu dan bercerita. Bila saya gembira, dia jugak tempat saya kongsikan. Tetapi sejak masing-masing dah ada kehidupan berkeluarga, kami jarang berjumpa. Bukan sebab apa, dia still ada kat Bentong. Cuma saya je yang kat KL ni jarang balik Bentong tu. Macam lah jauh sangat kan Bentong tu. Entry kali ni saya nak cerita pasal suatu kehilangan yang amat dirasai. Kehilangan orang yang sangat disayangi oleh Ayu. Dalam pada kita sedang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2011, kita tak tahu pun kedukaan orang lain yang sedang berduka lara mengenangkan nasib mereka.

Begitulah yang terjadi kepada sahabat baik saya ni. Suami dia telah pergi meninggalkan alam nyata ini buat selama-lamanya pada beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut aidilfitri. Saya sangat mengenali arwah. Saya kenal arwah sejak mula diorang couple lagi. Sejak diorang belajar lagi di Kuantan. Dah bertahun-tahun saya mengenali arwah. Kehilangan arwah turut dirasai oleh saya. Saya sangat terkejut dan tidak percaya akan pemergian beliau. Tapi kita sebagai hambaNya terpaksa redha. Semua ini ada hikmah di sebaliknya. Arwah meninggal pada hari Jumaat. Pada hari Khamis sebelum arwah meninggal, saya dan incik suami sempat melawat beliau di Hospital Ampang Puteri. Masa tu dia dah memang tak sedarkan diri. Doktor pun dah menyatakan yang hanya tinggal beberapa % sahaja lagi. Tapi bagi kita tu semua kuasa Allah. Mana tahu kan. 

Ayu dan arwah baru sahaja mendirikan rumah tangga. Diorang nikah pada bulan Disember 2010. Saya masih ingat lagi ketika itu. Muka diorang sangat ceria. Saya masih simpan lagi gambar-gambar kahwin mereka. Kat sini saya nak share sedikit kenangan yang saya masih simpan. 

:: Di hari pernikahan mereka ::

:: Saat-saat sebelum akad nikah ::

:: Selepas akad nikah - i'm preggy ::

:: Malam berinai ::

:: Majlis bersanding ::

:: Majlis memotong kek ::

Itu lah antara gambar-gambar yang boleh saya share kat sini. Saya tak boleh share lebih dari ini. Air mata saya boleh mengalir bila melihat balik kenangan ni. Saya tak dapat bayangkan jika saya di tempat Ayu. YaAllah...

Ayu dikira kuat untuk menempuhi segala dugaan ini. Semasa arwah terlantar sakit, dia lah orang yang tak putus-putus asa memberi semangat kepada arwah. Paling saya terkilan bila mendengar kata-kata Ayu menyatakan "aku tak sempat nak menyambut raya pertama bersama pian, aku tak sangka macam ni pulak jadinya." Hanya tuhan je yang tahu betapa remuknya hati seorang insan ini. Ya Allah kuatkan lah semangat kawan ku ini. Kuatkan lah iman nya. Berikanlah petunjuk dan kekuatan kepada dia Ya Allah. 

Al-Fatihah buat arwah..  Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kenangan

Bila buka balik folder gambar-gambar dulu rasa rindu sangat zaman dulu-dulu. Zaman remaja. Zaman tubuh ku kecil. Zaman bersuka ria dengan kawan-kawan. Enjoy-enjoy lah katakan. Yang paling penting rindu nak mengecil balik. 

:: Rindu waktu ni - kecik je tubuh. Sekarang? OMG! ::
Bila lah saya ni nak mengecil macam dulu ye. Rindu sangat. Hehehe... Boleh sebenarnya. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Betul tak? I will.

Ada satu lagi perkara yang membuatkan saya tersenyum bila menonton nya. Video yang dirakam oleh saya sendiri. Luahan hati seorang kekasih kepada kekasihnya. Kenangan sungguh. Sekarang cuba saya suruh dia cakap balik camtu, memang bertuah lah. Dia sendiri pun malu tengok video ni. Ngeeeee.. Sorry ye abang. Jangan marah ye sayang share video ni kat sini. Biarlah nanti if Aqil dah besar, dia boleh tengok balik kenangan-kenangan ayah dan mama dia. 


Selamat menonton semua. So sweet time ni. Sekarang? Hahahha..takde lah macam ni kot.

Kalau ada suara-suara sumbang di luar sana yang nak mengutuk or nak mengata tak elok tentang blog saya, tak perlu lah kot. Ni blog saya, diari saya, suka hati saya lah nak share apa-apa pun. Kalau korang rasa menyampah tengok @ baca blog saya, tak perlu lah nak sibuk-sibuk nak tengok pulak kan. Just go away! Saya pun tak mintak kalian terus-terusan melayari dan membaca blog saya yang tak seberapa ni. Laman ini hanya nukilan biasa untuk meluah perasaan dan bercerita tentang kehidupan saya.

In-law's Family

Saya tak pernah cerita lagi kan pasal background family incik suami. Dia asal mana? Berapa orang adik beradik? Tinggal mana? Berapa orang dah kahwin? Semua saya belum cerita kan. OK, harini saya cerita. Mood mengarang banyak harini. Cuma idea kurang. Tapi saya tetap teruskan jugak cerita saya.

Incik suami saya bernama Mohammad Azhar bin Mohd Rosli. Family dia berasal dari Singapore sebenarnya. Tapi dah menetap di Malaysia dari incik suami kecik lagi. Diorang semua pun dah jadi warganegara Malaysia. Mak dan ayah memang asal dari Singapore. Dan incik suami pun sebenarnya memang dilahirkan di Singapore. Tapi dibesarkan di Kuala Lumpur. Incik suami mempunyai 5 orang adik beradik kesemuanya. Incik suami adalah anak kedua. Sebenarnya incik suami saya ni kembar. Dia kembar sepasang. Dia mempunyai kembar perempuan. Anak sulung adalah abang. Abang sulung dah berkahwin. Tapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kedua adalah incik suami saya. Dan terang-terang memang telah berkahwin lah kan. Hehehe... Dan mempunyai seorang cahaya mata. Anak kami adalah cucu pertama dalam keluarga mertua. Sebab tu dia lebih disayangi. Yang ketiga adalah perempuan iaitu kembar incik suami. Dia pun dah berkahwin. Kalau korang nak tahu, kembar ni buat majlis kahwin sama-sama tau. Dah lah lahir sama, kahwin pun nak sama. Best kan. Kembar ni pun dah ada anak. Kira tu cucu kedua keluarga mertua. Anak keempat pulak sebaya saya. OMG! Adik ipar sorang tua dari saya dan yang ni sebaya saya. Kalau ikut bulan dia lagi tua dari saya. Hehehe.. Malu lah sebenarnya. Kakak ipar lebih muda dari adik-adik. Tapi tu semua hanya angka pada usia je. Ngeeeeeee... Akhir sekali iaitu adik bongsu pun lelaki. Dia masih bersekolah di tingkatan 2. Kira dalam family ni ada sorang je la perempuan. Tengah-tengah pulak tu kan. Sesuai sungguh!

Walaupun saya ni seorang yang sangat banyak cakap. Tapi bila kat rumah family mertua, berbeza sungguh perwatakan saya. Saya jadi seorang yang pendiam dan tak banyak bercakap. Berbual pun jarang dengan dorang. Tak tahu nak kata lah. Malu ke apa ke. Tapi tu lah saya di rumah mak mertua. Ini saya share sikit gambar family mertua. Gambar tu diambil masa family day keluarga sebelah mertua. Family day tu dibuat di Melaka. Memang best ! Semua saudara-saudara dia datang. Tak kira dari Singapore, Johor, Seremban, KL dan Melaka. Memang meriah sangat time tu. 

:: Semua kaum keluarga sanak saudara mak mertua ::

:: Kami sekeluarga - keluarga mertua ::

Saya tak sempat share pasal family day ni. Siapa-siapa yang dah add saya kat FB, mesti dah tengok kan gambar-gambar lain. So, saya takyah share dah lah ye kat sini. Cerita tu dah basi sangat. Semoga jumpa lagi di lain blog! Babai........

Suka

Kurang mengantuk sikit pagi ni. Selalu mengantuk je. Mana tak nya pagi ni saya dari rumah mak mertua di Taman Melawati. Relax sikit lah rasanya. Selalu dari rumah kami di Putrajaya. Pagi ni saya berpeluang bangun pagi pukul 6.30 pagi. Yeay! Selalu pukul 5.30 pagi dah kena bangun buat macam-macam. Pagi ni tak payah pun. Bangun tidur pergi mandi dan terus bersiap nak pergi kerja. Hehehe... Dua hari ni memang kami akan bermalam di rumah mak je. Maklum lah dah 2 minggu tak balik rumah mak. Hari Sabtu ni pulak nak balik kampung saya. Jadi kami decide nak duduk rumah mak 2 hari ni. Supaya mak boleh lepaskan rindu pada cucu kesayangan nya tu. Dah 2minggu tak jumpa, rindu betul gayanya. Sambil-sambil tu saya pun boleh lepaskan rindu pada si budak kecik yang banyak mulut kat rumah tu, Hannan - anak yang mak mertua saya jaga. Dah lama tak jumpa dia. Dah lama tak dengar dia membebel-bebel. Dapat lah jumpa dia minggu ni.

Ada lagi satu perkara yang saya suka. Hehehe... Tenang je Cawangan Sumber Manusia harini. Memang suka! Tenang sangat. Takde orang yang akan membebel-bebel tanpa sebab selama 2 hari ni. Kita bebas nak buat kerja. Suka suka! 

Birthday Present

Rasa sangat berharga bila kita dihargai. Rasa sangat bersyukur. Tanggal 23 Oktober baru-baru ni adalah tarikh lahir saya yang ke 24 tahun. Seperti yang saya sebutkan sebelum ni takde apa-apa sambutan hari lahir saya. Takde yang istimewa melainkan ucapan yang istimewa daripada seorang yang istimewa iaitu incik suami. Saya tak kisah pun ada hadiah ke takde hadiah ke, yang penting dia sayang, hormati dan hargai saya dah cukup memadai bagi saya. Tapi kalau ada hadiah lagi suka lah saya kan. Hehehe... 

Selasa lepas sampai je rumah lepas balik kerja, tiba-tiba incik suami menghulurkan sesuatu pada saya. Ohh... Terkejut! Hadiah birthday saya! Thank you so much abang! Hadiah tu berupa wallet. Saya suka. Tak kisah lah murah ke mahal. Saya sangat menghargai nya. Yang penting IKHLAS. Dan yang paling penting hadiah tu datang dari orang yang saya sayang. 
:: Pandangan dari depan ::

:: Pandangan dari atas ::

:: Pandangan dari dalam ::
Biasa je kan. Tapi sangat berharga pada saya. Saya sangat menghargai nya. Kalau hadiah birthday saya hanya sekeping kertas sekalipun, saya tetap hargai nya. Yang penting bagi saya adalah sebuah kasih sayang yang suci dan ikhlas.

25 Oktober 2011

Boring

Tiba-tiba hari ni rasa boring pulak. Kerja yang banyak-banyak atas meja saya ni dah clear dah semalam. Tinggal fail-fail yang kat bawah meja saya ni je belum diambil tindakan sebab saya tengah tunggu buku servis yang masih dalam tindakan di meja pegawai atasan saya. Tak tahulah bila akan dapat pulak tu. Mungkin lepas cuti Deepavali esok ni, penuh semula la kot meja saya dengan kerja-kerja tu. Saya ni suka buat kerja kalau takde yang tertangguh. Rasa seronok dan semangat je nak buat semua kerja. Tapi kalau dah ada yang entah apa-apa tu, mula lah takde mood nak buat.

Harini saya betul-betul rasa relax sikit. Siap boleh main game sampai bosan tadi. Macam sekarang ni lah, dah tahap bosan sangat lah ni. Dah puas jalan sana, jalan sini, boring jugak. Tak sabar nak tunggu pukul 5. Nak balik! Petang ni saya plan nak masak mee goreng je. Simple

Esok cuti dan kami merancang nak balik ke Melawati rumah mak mertua saya. Nenek dah rindu nak jumpa si kecik. Sebab dah 2 minggu tak balik rumah mak. Jadi esok balik dan duduk rumah mak sampai hari Jumaat. Dan hari Sabtu saya plan nak balik Bentong pulak. Dah lama tak balik. Last balik sana, masa raya puasa aritu je. Lama kan tak balik? Hehehehe..Bukan taknak balik, tapi takde kesempatan. Ada je hal nya.

Dalam keadaan yang bosan begini, mulalah jari ni nak merepek-repek je menaip.

Rutin

Sebagai seorang isteri dan seorang ibu yang bekerja, memang saya tak boleh lari dari tugas-tugas hakiki sebagai seorang suri rumah bila dah habis waktu kerja. Itu lah yang dinamakan seorang wanita. Belajar setinggi mana pun, berjaya macamanapun dalam kerjaya, tapi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu tak boleh diabaikan. Begitulah saya. Setiap hari saya perlu melalui rutin harian yang sama. Pergi kerja, buat kerja pejabat, balik kerja buat kerja rumah pulak dan begitulah seterusnya setiap hari. Walaupun kadang-kadang saya ada merungut mengatakan penat kepada incik suami, tapi benda tu tak sampai ke hati. Saya tetap ikhlas melakukan semua itu demi keselesaan kami sekeluarga. Saya takkan abaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu. Setiap hari bekerja seawal jam 5.30 pagi saya dah bangun untuk mulakan tugas saya sebagai seorang ibu dan isteri.

Rutin hari Isnin - Jumaat :

Jam 5.30 pagi : Saya dah bangun untuk menyiapkan bubur nasi untuk si kecil. Saya blender kan sekali bubur nasi tu untuk aqil. Senang nanti pengasuh nak bagi dia makan. Pengasuh hanya perlu panaskan je. Sambil menunggu bubur nasi masak, saya pergi iron baju kerja saya dan incik suami. Saya memang suka iron baju di pagi hari sebab nanti kalau bangun tidur dan terus mandi, rasa sejuk sangat. Bila kita dah buat banyak kerja, panas sikit kan. So, bila nak mandi tu, takdelah rasa sejuk sangat. Hehehehe...

Jam 6.00 pagi : Saya blender bubur Aqil dan masukkan dalam bekas. Kemudian, basuh semua  botol susu aqil dan masak air.
Jam 6.15 pagi : Waktu saya mandi dan solat. Yeay! Segar. Bila dah siap, time tuk saya kejut incik suami pulak.
Jam 6.55 pagi : Lepas incik suami selesai minum milo, kami pun keluar rumah untuk hantar aqil ke rumah pengasuh di tingkat 3. Dan kami pun mulakan perjalanan ke pejabat.

Jam 7.40 pagi : Kami sampai di pejabat. Dan bermula lah rutin seperti biasa sebagai pekerja di pejabat. Sehinggalah jam 5 petang.

Jam 5.00 petang : Masa untuk pulang. Kami akan sampai di rumah dalam pukul 5.45 petang.

Jam 6.00 petang : Lepas ambil aqil, kami pun duduk berehat-rehat sambil melayan si kecik. Lepas tu saya akan pergi mandi dan memasak. Itu pun kalau incik suami kata lapar, kalau tak, memang tak masak lah.

Jam 7.00 petang : Masa untuk melayan drama bersiri Soffiya di TV3. Memang time ni tak bergerak-gerak dari depan tv. Khusyuk sungguh kami berdua tengok tv

Jam 8.00 malam : Habis je drama Soffiya, kami solat dan berehat-rehat kembali dan menonton berita. Sehinggalah ke malam, rutin kami melayan si kecik sambil menonton . Sambil-sambil tu jugak, saya akan campak kain baju ke dalam mesin basuh. Dan sambil-sambil tu jugak lah peluang saya nak melipat kain baju yang dah dibasuh.

Jam 9.30 - 10 malam : Masa untuk tidurkan aqil. Memang ni time dia tidur.

Jam 10.00 malam : Time ni kalau saya larat, saya akan tunggu drama jam 10.30 malam. Kalau dah mengantuk sangat, memang terus tidur lah. Sedar tak sedar dah pagi. Bila malam aqil nak susu, ayah dia yang akan bangun buat kan. Itu lah yang selalu saya katakan incik suami saya seorang yang sangat memahami. Dia faham saya penat dari pagi tak henti buat kerja. Saya sayang suami saya!


24 Oktober 2011

3 months to go!

Pejam celik pejam celik, tanpa sedar sekarang si hero kecik saya tu hampir berumur 9 bulan. Tanggal 02 November 2011 nanti (Rabu minggu depan) Aqil dah genap umur 9 bulan. Rasa macam semalam je saya baru melahirkan dia. Bila teringat balik saat-saat nak bersalin tu, rasa macam kelakar pun ada, tak terkata perasaan ketika tu. Sakitnya pun tak pernah kita rasa ketika saat-saat sihat gini. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasa sakitnya ketika nak bersalin. Kalau genggam tangan incik suami tu, macam boleh patah lah agaknya. Ye lah, time tu kita dah tak sedar @ perasan dah punyalah kita genggam kuat tangan dia. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya ketika bersalin dulu. Syukur alhamdulillah! 

Sekarang baby comel saya dah semakin lincah. Semakin lincah pergerakan dia ke sana ke mari. Habis satu rumah tu dia nak kemas agaknya. Saya beruntung dan sangat bersyukur kerana tidak banyak halangan yang susah untuk kami besarkan Aqil sehingga saat ini. Mudah bagi kami berdua untuk menjaga dia. Tak banyak kerenah. Dia sentiasa tersenyum. Mungkin dia sentiasa tersenyum sebab masa saya mengandung kan dia, saya sentiasa tergelak. Setiap masa saya ketawa, ketawa dan ketawa. Mungkin sebab itulah menurun pada dia. 

:: Sentiasa tersenyum, moga murah rezeki ::

:: Amboi daring nya dia ::
Ini adalah antara gambar-gambar terbaru baby comel saya. Gambar semalam (23.10.2011). Lagi 3 bulan genap lah umur Muhammad Aqil Rizqin setahun. InsyaAllah kalau ada rezeki masa tu, saya dan incik suami merancang untuk membuat majlis doa selamat sempena hari lahir aqil dan sekaligus buat majlis tahlil untuk arwah mak saya dan 'house warming' kami di Putrajaya. Maklum lah belum ada buat apa-apa lagi kat rumah tu. Ini semua hanya planning. Ini semua planning jika ada rezeki masa tu. InsyaAllah.

aQiL suka makan Baby Bites

Waktu-waktu cuti weekend lah saya berpeluang melayan kerenah si kecik sepenuh nya. Seronok bila dah sampai time weekend tu. Ini lah peluang nya. Mana tak nya kan, pagi-pagi lagi kita dah hantar dia pergi rumah pengasuh. Lepas tu petang baru lah kita jemput dia. Malam je masa kita dengan si kecik. Dalam seminggu ada 7 hari. Dalam seminggu tu hanya 2hari weekend je dia bersama kita seharian penuh. Hari-hari lain tak berpeluang, kecuali kalau kita tiba-tiba cuti weekdays. Jadi keletah si kecik saya ni, dia ni suka makan...makan dan makan. Tapi badan besar tu jugak. Agaknya lemak-lemak dia tu lari pergi kat mama kot. Hehehehe... So, semalam tiba-tiba sempat pulak saya rakam sikit keletah dia yang suka makan 'Baby Bites'... So cute u baby! I love U so much baby!

Sorilah kalau video ni membuat kan korang terpusing kepala menontonnya.

Video ni time ayah dia tak balik dari MotoGP lagi. Jadi mama lah yang kena melayan dia. Selalu ayah yang akan layan qiqil. Mama busy je buat kerja rumah. Mama geram betul bila tengok muka qiqil yang sangat cute tu. Rasa macam nak kunyah-kunyah je anak sendiri. Punyalah geram kan. 

Lepas Maghrib semalam nenek aqil call. Nenek rindu aqil. Dah dua minggu tak jumpa aqil. Hari Rabu ni sempena cuti Hari Deepavali mama dengan ayah bawa aqil balik rumah nenek ye. 


Semalam

Semalam tanggal 23 Oktober 2011 (Ahad) genaplah usia saya mencecah 24 tahun. Sekejap je masa berlalu. Tak sangka saya dah berumur 24 tahun. Dan yang paling buat saya gembira sebab tahun adalah tahun pertama saya menyambut hari lahir sebagai seorang ibu kepada anak yang sangat comel. Di usia 24 tahun saya telah mempunyai seorang anak. Yeay! Perkara yang tak pernah saya sangka. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. 

Tak ada sebarang sambutan sempena hari ulangtahun saya. Cukuplah sekadar ucapan istimewa daripada seorang yang istimewa iaitu incik suami. I love u! Dan semalam juga incik suami takde kat rumah. Sebab dia pergi Sepang untuk menyaksikan race MotoGP. Tinggallah saya dengan Aqil. Seharian duduk berkurung dalam rumah. Tak tahu nak buat apa. Aqil pun asyik tidur je. Mama pun join lah tidur sekali. Hehehehe...

Seharian bosan di rumah. Dalam pukul 7 lebih baru incik suami balik. Dia ajak pergi makan dekat Restoran Warisan, tapi saya taknak. Takde mood lah nak keluar. Lagipun saya ni risau kalau bawa aqil keluar malam-malam. Kita ni bukan tahu apa nak jadi kan. Risau kalau dia demam ke apa ke. Jadi, saya ambil keputusan nak duduk rumah je. Layan tv je sepanjang malam. Seronok seharian duduk di rumah melayan kerenah si kecik.

Bila?

Bila kita sebut perkataan bila. Mesti macam-macam persoalan akan keluar dari kotak fikiran kita. Betul tak? Begitulah jugak saya. Macam persoalan berkaitan bila keluar dari kotak fikiran saya ni. Rimas kadang-kadang bila persoalan tu muncul dalam fikiran ni.

1) Bila nak dapat jawatan tetap?
Persoalan ini memang sering berlegar-legar di kotak fikiran saya. Bilakah? Saya dah betul-  betul fed up duduk kat sini. Fed up berada di dalam keadaan ini. Mentang-mentang lah saya ni kontrak, macam-macam lah diorang boleh buat. Suruh itu lah ini lah. Saya bukan balaci yang boleh diarah-arah sesuka hati. Saya masih ternanti-nanti panggilan dari SPA untuk jawatan tetap saya tu. Dah 8bulan saya diletakkan sebagai calon simpanan. Sungguh menguji kesabaran. Sungguh! Walaumacamanapun, saya harus terus bersabar dan bersabar. InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana.

2) Bila nak banyak duit?
Saya percaya persoalan ini juga sering bermain di dalam fikiran semua orang. Bukan diri saya sahaja. Memang betul semua orang mengimpikan kesenangan dalam hidup. Tapi itu semua bukan mudah. Memang mudah untuk berkata, tapi tidak mudah kita untuk mengecapi nya. Semua itu, rezeki dari Allah. Tapi kalau tanpa usaha dari diri sendiri, tidak akan kita dapat apa yang kita inginkan itu. Kalaulah kita ni banyak duit, mesti apa sahaja yang kita inginkan boleh dapat. Hanya sebut je, mesti semuanya boleh kita dapat. 

3) Bila saya nak berhenti bercakap?
Saya ni memang seorang yang sangat banyak cakap. Bila dah mula bercakap, asyik bercakap je. Ada je benda nak saya katakan. Saya macam tak pernah penat bercakap. Kadang-kadang saya takut orang rasa boring dan menyampah dengan saya sebab asyik bercakap je. Tapi saya rasa bukan kadang-kadang orang menyampah, memang selalu kot. Bila lah saya ni nak jadi pendiam kan? Mungkin suatu hari nanti. Tapi saya tak boleh jadi hipokrit. Saya kena jadi diri sendiri. 

4) Bila saya nak berubah?
Terasa macam teruk sangat pulak diri ni bila soalan ini diajukan. Ye, terasa teruk sangat pulak. Tak lah teruk sangat kot. Tapi perlu ada perubahan dalam diri saya ni. Saya ni seorang yang sangat panas baran. Kalau salah sikit, asyik nak mengamuk je. Tapi kat rumah je perangai panas baran ni sampai. Kalau kat tempat ada orang, atau senang kata di khalayak ramai, takde pulak lah perangai baran tu. Incik suami saya dah sangat memahami perangai saya tu. Bukan saya sengaja, tapi benda tu semulajadi. Saya nak jadi seorang isteri mithali. Boleh ke saya? Boleh memang boleh, tapi saya perlu mengubah diri saya. Saya perlu menjadi seorang yang lebih penyabar. Saya kena ubah semua tu. Saya perlu didik diri saya.

5) Bila badan saya nak mengecil?
Tak dinafikan selepas saya melahirkan Muhammad Aqil Rizqin, saya sangat stress dengan keadaan fizikal tubuh saya yang tak mahu turun2. Saya betul-betul stress. Sebelum kahwin, berat saya hanya 50kg je. Masa mengandung, memang banyak lah naik nya berat saya ni. Mana tak nya selera makan melampau-lampau. Bila dah bersalin, memang kembali kepada asal. Tapi takdelah sama sangat. Nampak jugak tembamnya. Dan dalam proses aqil membesar, saya pun sama semakin membesar. Masalah saya adalah saya susah nak control selera makan saya. Saya takut nak timbang. Saya stress tengok fizikal tubuh saya. Saya masih dalam keadaan berusaha mengecilkan tubuh saya. Arghhhhh!

Cukuplah setakat 5 persoalan berkaitan bila pada hari ni. Kalau disambung lagi, lagi banyak persoalan yang timbul nanti. Tak larat saya nak jawab nanti.

Fed Up!

Fed Up betul lah. Asyik dengar orang membebel je. Bukan saya buat, saya lagi kena. Dah betul-betul fed up duduk kat sini. Nasib baik lah mulut saya ni jenis lepas depan-depan je. Kalau tak, lagi dipijak kepala kita. Bagi saya, biarlah terus lepaskan je apa yang kita tak suka tu kan. Kalau disimpan-simpan, tak guna buat sakit hati kita je. Baik lepaskan je macam saya. Diorang nak terasa, terasa lah. Kalau tak puas hati, terus cakap je lah kat saya. Takyah susah-susah nak bagi saya pahala free

Pagi-pagi lagi dah kat sini ada orang asyik nak membebel je. Angin betul lah. Janganlah nak memekak je pagi-pagi hari ni. Kadang-kadang orang boleh terima kadang-kadang bengang jugak. Tolonglah. Fed up lah! 

21 Oktober 2011

Yeay!

Yeay! Saya telah berjaya merelakan rambut saya menjadi pendek. Yeay!! Selama ni saya sayang sungguh nak potong rambut bagi pendek, tapi harini saya dengan rela hati pergi ke saloon di Maju Junction. Ni bukan dipaksa-paksa ye. Memang rela serela-rela nya. Saya rasa puas hati sangat. Rasa ringan sungguh kepala ni. Yang tak tahan tu, saya siap buat treatment. Tak pernah-pernah hayat ok. Ni 1st time betul. Tapi rasa nya macam sama je. Hehehe.. Tak kisah lah apa pun, janji rambut saya dah pendek. Saya suka! Lepas ni harap-harap kuranglah masalah gugur rambut saya ni. Ini adalah punca utama saya nak potong rambut pendek. Mana tak nya dalam bilik tidur, penuh dengan rambut saya je kat lantai. Bila sikat, tak sah lah kalau takde segumpal rambut lekat dekat sikat saya tu. Dahsyat betul. Tak tahan dah saya. Bila menyapu rumah je, bukan sapu sampah apa pun, rambut saya je yang penuh disapu. Stress betul bila tengok. Tak pernah surut-surut masalah keguguran rambut saya ni. Ditambah stress tu bila incik suami pun dah mula menegur dengan masalah rambut saya yang tak berapa terurus dan gugur tu. Jadi saya pun terus ambil keputusan untuk memendekkan rambut saya yang santekk ni...Hehehehehe. Puji diri sendiri pulak. Perasan lah u!

Lega, lega dan lega! Puas, puas dan puas! Dan saya rasa berpuas hati dengan saloon ni. So saya boleh lah suggest korang-korang kalau nak buat rambut, pergi lah saloon ni. http://www.derrickandteam.com/index.php . Servis yang diberikan pun sangat bagus dan memuaskan!

Putrajaya => KL => Putrajaya

Itu lah rutin harian saya dan incik suami semenjak kami dah tinggal di Putrajaya. Mula-mula dulu terasa jugak penat nya. Tapi bila dah beberapa bulan berulang alik, sekejap je rasa dah sampai KL. Setiap pagi jam 6.50 pagi saya hantar aqil  ke rumah Umi di tingkat 3 blok rumah kami. Jam 7 pagi saya dan incik suami mula kan perjalanan ke office. Nasib baik lah kami ni naik motor je. Taklah terasa sangat jammed yang teruk tu setiap pagi. Naik motor ni kan boleh cilok sana, cilok sini. Kalau naik kereta, dah lah tak boleh cilok sana cilok sini, pastu mesti kena keluar awal daripada biasa. Kalau lambat sikit, alamatnya merah la kad perakam kami. Ngeeeee..

Hari tu ura-ura dengar office kami ni kenalah tukar ke Putrajaya. Rianglah hati ni sebab dah tak payah ulang alik ke KL lagi. Tapi hati kembali hampa bila office kami tak jadi pindah. Teruk lah diorang ni. Dah nama pun arahan kan, tapi boleh pulak last2 minit kata tak nak pindah. Bila dapat tahu kena pindah office ke Putrajaya, jabatan kami ni siap edarkan memo dan jadual untuk kita tick sama ada setuju atau tak pindah ke Putrajaya. Kalau setuju bagi alasan dan kalau tak setuju pun bagi alasan kat situ. Memang kelakar lah jabatan ni. Tak pernah dibuat orang. Mesti ke nak buat macam tu kan? Ish...tak faham saya. Last2 tak jadi pindah jugak. Menyampah!

Lepas tu dengar pulak lagi ura2 nya mengatakan siapa orang tetap yang nak jugak pindah ke Putrajaya, boleh lah bagi nama dan akan buat pertukaran suka sama suka dengan orang Blok F (KPKK). Konon-konon nya diorang nak sangat tukar tu pun bagi lah nama mereka dengan excited berharap dapat lah tukar ke Putrajaya nanti. Termasuklah incik suami saya pun bagi lah nama. Tapi paling terbaru kami dapat tahu yang Blok F pun takkan pindah ke Putrajaya. Alasan diorang selagi Menteri tak pindah ke sana, diorang pun takkan pindah ke sana. So poor kepada sesiapa yang sangat berharap tu. Termasuk lah saya kan. Hehehehe.. Nak buat macam mana kan. Stay je lah kat sini.

Saya berharap SPA cepat-cepatlah panggil saya untuk saya pergi ke Kementerian atau Jabatan lain.

20 Oktober 2011

Akhir zaman

Macam-macam perkara yang tidak kita duga dan fikir berlaku sekarang. Cukup ngeri rasanya bila mendengar macam-macam berita yang berlaku dalam kehidupan seharian kita sekarang. Dalam berita tak sah kalau takde berita pasal rogol lah, bunuh lah, merompak lah dan macam-macam lagi lah gejala yang tak elok tu. Seram bila tengok berita-berita tu. Adakah ini petanda akhir zaman yang selalu disebut-sebut? Ya! Itulah dia. Cuma kita sedar atau tidak sahaja. Cukup ke 'bekalan' yang kita ingin bawa ke sana nanti? Itu lah yang sentiasa bermain di fikiran setiap manusia. Kita seharusnya sudah sedar akan kehadiran hari kiamat itu sudah semakin hampir. Dah bermacam-macam tanda kecil dan besar yang Allah tunjuk kan kepada umat manusia. Nauzubillah... 

Paling terbaru berita yang saya tengok semalam. Pasal orang kena rogol. Ya Allah apa lah yang diorang fikirkan agaknya. Kenapa sanggup buat begitu. Di manakah hilangnya keimanan mereka. Saya cakap macam ni sebab tu semua terjadi kepada orang Islam. Orang Islam yang melakukan perkara begitu. Perkara ini ibarat mereka tidak mempunyai akal langsung. Mereka hidup hanya berlandaskan nafsu serakah semata-mata. Subhanallah!

Bukan kisah rogol sahaja. Yang paling menyentuh hati saya pasal kisah bayi dibuang lah, dibunuh lah. Saya sebagai seorang ibu sangat tertanya-tanya kenapalah mereka buat begitu. Bukan senang nak melahirkan seorang anak tu. Bertarung nyawa nak melahirkan satu lagi nyawa. Tapi diorang senang-senang melakukan perkara sedemikian kepada insan yang tak bersalah. Kadang-kadang saya sampai menitis air mata tengok benda-benda macam ni. 

Sedar lah kita sebelum terlambat.

19 Oktober 2011

Grrrrr

Haishhh..tiba-tiba banyak sangat pulak kerja yang sampai kat meja saya petang ni. Semuanya pasal kira mengira. GCR oh GCR! Kenapalah negeri Pahang ni hantar sekaligus GCR ni. Terharu dan terbiru sekejap tengok meja yang penuh dengan kertas-kertas GCR tu. Dah lah penuh dengan kertas-kertas ditambah lagi dengan buku servis dan ditambah lagi fail-fail peribadi pegawai. OMG! Serius banyak kerja. Tu baru cerita atas meja, belum cerita bawah meja lagi. Bawah meja pun tak kurang hebatnya dengan timbulan fail-fail peribadi pegawai untuk diambil tindakan. Kerja kerja. Apa nak buat kan kalau dah namanya kerja. Kalau taknak kerja, tak payah lah kerja kan. Kalau saya merungut lebih-lebih pun, bukan nya kerja ni makin kurang. Makin banyak lagi adalah. Baik buat je diam-diam. Janji siap, betul tak? 

Saya akan cuba habiskan kerja-kerja ni dalam minggu ni jugak, insyaAllah. Kalau tak, minggu depan jugak lah jawabnya. Takpelah, sabar ye pegawai-pegawai semua. Duit tu tak lari ke mana. Saya akan proses jugak bayaran GCR anda semua ni ye. Ini lah nasib badan kalau dah namanya duduk di Bahagian Sumber Manusia. Memang tak menang tangan lah nak buat semua dalam satu masa. Kenalah ambil sedikit masa. Tapi saya tetap enjoy!

Usia + Harapan

Harini 19 Oktober 2011 = hari Selasa. Cepat sungguh rasa masa berlalu. Dari hari ke hari, tak terasa masa tu berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar dah sampai tengah bulan Oktober. Kadang-kadang sampai tak sedar dah hari Khamis lah, Jumaat lah. Cepat betul. 

Bulan ini, dan lebih tepat saya cakap minggu ni cukuplah umur saya 24 tahun. Pada tanggal 23 Oktober 2011 bersamaan dengan hari Ahad, genap lah umur saya. Tak sangka betul dah 24 tahun saya ni. Dan paling tidak ku sangka pada usia semuda ini, saya dah menjadi seorang isteri serta telah mempunyai seorang anak yang sangat comel. Tidak pernah terlintas di fikiran akan menjadi isteri pada usia seawal ini. Itu lah yang dinamakan jodoh. Jodoh, ajal maut semua di tangan Allah. Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang, segalanya ditentukan olehNya.

Saya berharap di usia ini, saya akan lebih matang dan ke hadapan. Dan yang paling penting, saya masih menanti jawatan tetap untuk diri ini. Saya masih bersabar menanti. Dah hampir setahun saya menjadi calon simpanan di SPA. Bilalah pengambilan jawatan tetap baru ni. Cukup-cukup lah JPA bekukan pengambilan jawatan baru tu. Saya runsing bila memikirkan nya. Tapi semua tu adalah rezeki. Kalau ada rezeki tak kemana kan. Bersabar lah hati ini. 

Rindu!

Di saat ini, saya sangat merindui kasih sayang seorang ibu kandung. Dah 16 tahun saya hidup tanpa kasih sayang seorang ibu kandung. Saya sentiasa merindui ibu saya. Walaupun sekarang saya dah mempunyai ibu mertua, tapi semua itu tak dapat mengubat kerinduan terhadap ibu kandung saya. 16 tahun hidup tanpa seorang ibu, sangat banyak suka duka yang telah saya lalui. Saya terpaksa berdikari. 

Walaumacamanapun saya terpaksa redha atas ujian Allah. Saya kena teruskan kehidupan seperti biasa. Walau saya menangis air mata darah sekalipun, ibu takkan kembali ke dunia nyata ini. 

Along sangat rindu mak! Along doa kan semoga roh mak dicucuri rahmat. Dan semoga mak tenang di SANA.

Jimat cermat

Ye! Jimat cermat amalan mulia. Belajar lah berjimat-cermat sebelum anda tersadung di tanah nanti. Cerita pasal jimat cermat ni, harini saya berjimat sebab saya dan incik suami bawa bekal. Setiap pagi memang seawal jam 5.30 pagi saya dah bangun nak masak bubur nasi untuk Aqil. Nak dijadikan cerita, pagi ni saya terlebih rajin. Dan memang dari malam tadi dah saya plan nak buat nasi goreng, jadi saya memang dah masak nasi siap2 malam tadi. Pagi ni saya pun merajinkan lah diri menggoreng nasi. Dapat lah saya dan incik suami bawa bekal nasi goreng pagi ni. Jadi jimat lah kan duit makan pagi kami harini. Mulanya saya plan nak masak maggie goreng, tapi maggie pulak takde. Kempunan lah saya nak makan maggie goreng. Takpelah, yang penting nasi goreng saya sedap. Hehehe puji masakan sendiri. Eh yelah, kalau bukan saya yang puji, siapa lagi kan. Lagipun saya sendiri yang makan. Ngeeeeee

Sekarang jimat cermat tu memang sangat penting pada diri saya dan incik suami. Kalau kami ni tak berjimat cermat, jawabnya tak cukup lah duit belanja sehingga ke akhir bulan. Setakat ni alhamdulillah rezeki tu tetap ada. 

18 Oktober 2011

Semakin pandai

Aqil sekarang semakin pandai. Sekarang umur dia dah 8bulan lebih. Pejam celik pejam celik, sekejap je rasa dia dah 8bulan lebih. Senang hati bila melihat dia membesar dengan sihatnya di depan mata. Sekarang dia dah pandai nak mengagah kita balik. Memang pandai sungguh dah nak bermain. Bila kita marah dia pun, dia dah pandai jebik. So cute u baby! Dia akan lebih jebik bila ayah dia yang marah. Lepas tu mula lah dia datang kat mama dia mengadu. Lasak jangan cakap lah. Tapi takdelah lasak yang sampai tak boleh control. He's still under control. Aqil memang seorang yang tak boleh duduk diam. Ada je kerja dia nak buat. Dulu duduk dalam perut mama,baik je. Jarang geraknya. Tidur je. Sekarang tak boleh duduk diam langsung. Lagi 4bulan genaplah setahun umur hero mama. InsyaAllah kalau ada rezeki, mama dengan ayah dah plan nak buat doa selamat sambut hari lahir Aqil. Di samping tu mama dengan ayah nak buat house warming. InsyaAllah..

Diari seorang insan III (Last Part)

Harini saya nak sambung balik kisah yang dah terbengkalai seminggu. Bukan takde masa nak meng'update', tapi mood untuk meng'update' tu tak sampai dalam masa seminggu ni. Hari insyaAllah mood tu sentiasa meresap je dalam diri saya ini.


Kenapa ye dia marah sangat pada ayah dan ibu tirinya? Sebenarnya, dia marah sangat sebab adik bongsu dia telah didera oleh ibu tirinya! Memang jenis manusia apa entah ibu tiri dia tu. Dah lah usia muda. Gatal nak kahwin dengan bapak dia. Bila dah kahwin, macam ni pulak jadinya. Memang dasar perempuan tak guna. Itu je yang boleh dia katakan. Sampai bila-bila pun dia akan membenci ibu tirinya. Bukan kerana itu sahaja, ada lagi kisah lain yang membuatkan dia benci ibu tirinya tu. Nanti dia akan cerita kan dalam diari ni.


Adik bongsu dia telah dimasukkan ke dalam wad selama seminggu. Semua gara-gara perempuan tu. Mujur adik dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Selepas seminggu adik dia tinggal di wad, adik dia telah dibawa pulang ke kampung arwah mak oleh bapa saudara dia. Bapa saudara telah mengambil keputusan untuk menjaga adik dia sehingga adik dia besar. Alhamdulillah... Tapi dia masih tidak faham kenapa ayah dia boleh biarkan adik dia dilakukan sebegitu rupa. Setiap kali dia pergi ke rumah ayah dia, pasti dia melihat adik dia baring diam je di atas lantai simen tanpa sebarang alas. Sayu betul melihat keadaan adik begitu. Sungguh kejam manusia di dalam rumah itu. 


Selepas kejadian itu, ibu tiri dia telah ditahan polis atas tuduhan mendera. Itu semua atas laporan jiran-jiran di situ yang rasa bertanggungjawab. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi pada adik dia. Terima kasih semua atas keprihatinan anda! Semasa perempuan itu ditahan di lokap, perempuan tu sedang dalam pantang selepas melahirkan anak kedua. Dia berasa lega bila perempuan itu ditahan. Tapi, ayah sayang sangat isteri, dan telah pergi menjamin perempuan tu dengan jumlah RM1,000.00. Dia sangat tidak boleh terima. Tapi apakan daya, dia tak mampu untuk bersuara ketika itu. Dia hanya memandang dengan perasaan yang membuak-buak. Dari situlah perasaan dendam terhadap perempuan itu wujud.


Bertahun berlalu. Kehidupan dia adik beradik tidak bersama lagi. Jarang berjumpa. Ayah tak berapa hiraukan dia dan adik beradik. Hanya tinggal adik perempuan dia bersama ayah nya sahaja. Tapi adik dia pun tak tahan lama tinggal dengan ayah, masa adik dia berumur 14 tahun, adik dia berpindah tinggal di kampung bersama ibu saudara mereka. Kenapalah sikap ayah begitu. Langsung tak hiraukan anak-anak. Sampai tak kisah anak di mana, tinggal dengan siapa, sekolah ke tak sekolah dan macam-macam lagi tanggungjawab yang dilepaskan oleh ayah. Pada usia dia 15 tahun dia telah mengambil keputusan untuk tinggal dengan ayah. Bukan pilihan dia tapi atas dasar terpaksa. Selama tinggal dengan ayah, memang dia tak terurus. Tak pergi sekolah. Keluar sana sini. Dia jadi anak terbiar. Ditambah lagi dengan keadaan rumah yang semak samun tak berkemas. Ibu tirinya memang seorang yang sangat pemalas sehinggalah sekarang. 


Masa umur dia 16 tahun dia dah jarang pergi sekolah. Mungkin dia stress dengan yuran sekolah tak dibayar. Buku tak dibeli. Belanja sekolah takde. Sungguh daif dia ketika itu, kerana dibiarkan oleh bapa sendiri. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bekerja part time di sebuah hotel sebagai waitress. Lama juga dia tak bersekolah. Sehingga suatu masa dia ditawarkan menyambung semula sekolah di sebuah sekolah yang tak mungkin dia jejaki. Itu semua atas ikhsan manusia yang berfikiran tak seperti bapa dia. Syukur alhamdulillah dia berjaya tamatkan sekolah sehingga tahap SPM. Banyak sungguh suka duka yang dilalui oleh dia. Masa dia masih tinggal dengan bapa dia, bapa dia sering meminta duit dari dia. Sedangkan dia hanya bekerja part time je masa tu. Kalau dia taknak bagi duit yang diminta, pasti dia dipukul. Sebab tu dia tak tahan. Dan sehingga lah dia mendapat peluang bersekolah semula. Sejak itulah dia mula membenci bapa dia.


Apabila berada di sekolah itu, hati dia sangat senang. Tak pernah dia merasai ketenangan begitu. Tiada lagi gangguan dari bapa dia. Dia sangat berterima kasih kepada orang yang membantu dia. Tak terbalas budi orang itu. Masa berlalu dengan pantas sekali. Sedar tak sedar dia telah tamat persekolahan. Dia telah menjangkau usia 18 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Dia juga pun dah semakin matang. Lepas tamat persekolahan, macam-macam kerja dia dah buat. Sungguh berdikari dia. Dia dah tak tinggal dengan bapa. Dia dah tinggal sendiri. Bebas! Sehingga dia melangkah ke usian 20 an. Semuanya berjalan dengan lancar. Tapi masa dia bekerja di kampung halaman, bapa dia sentiasa juga datang menggangu dia di tempat kerja. Meminta duit. Pernah sekali dia kata takde duit, bapa dia marah dan ugut untuk membunuh dia. Bapa apakah ini?? Memang dia tak boleh terima. 


Dia sangat membenci bapa dia. Memang orang kata seburuk mana pun bapa kita, dia tetap bapa kita. Tapi orang tak tahu apa yang telah dilalui oleh dia dari kecil sehingga dewasa. Dia bukan nak mengaibkan bapa sendiri, tapi ini kenyataan yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa. Kisah ini hanya sebahagian sahaja, dia tak dapat nak menceritakan sepenuhnya. 


Maaf lah jika apa yang saya ceritakan ini ada mengguris hati sesiapa. Tapi ini kenyataan. Sehingga sekarang dia tidak boleh maafkan bapa dia. Dia sentiasa berdoa agar Allah melembutkan hati dia untuk memaafkan semua orang. Aminn.

17 Oktober 2011

Kerja

Huishh.. betul-betul banyak kerja saya harini. Dari pagi non-stop buat kerja ni. Cemerlangnya tak jugak. Dapat tetap pun tak jugak. Nasib badan. Takpelah, janji ada rezeki untuk tolong incik suami. Penat memang penat lah duduk Bahagian Sumber Manusia ni. Tapi seronok jugak. Kalau takde kerja pun, boring nanti. Yang peliknya harini, makin buat kerja ni, makin bertambah pulak kerja kat atas meja ni. Perasaan je kot. Haaaa..saya tahu kenapa, ni semua mesti gara-gara saya bersenang-senang je minggu lepas tanpa mengusik sebarang kerja di atas meja. Jadi, harini terima lah seadanya di atas kemalasan saya sendiri minggu lepas. 


Nanti balik rumah pulak, banyak jugak lagi kerja yang menanti. Adat lah kan kalau dah bergelar isteri @ suri rumah. Tak kira lah kerja ke tak, bila balik rumah tetap kena buat kerja rumah pulak walaupun penat mana sekalipun. Itulah rutin saya setiap hari. Walaupun penat, tapi tetap seronok kerana si kecil tetap ada di depan mata tersenyum girang. Hilang terus rasa penat. Nasib baik incik suami seorang yang sangat memahami. Dia selalu tolong saya jaga si kecik bila saya sibuk buat kerja rumah. So, takdelah stress sangat kan. Bantu membantu lah katakan. I LUV U lah abang!

Masak Memasak

Harini saya nak cerita pasal masak memasak. Saya ni minat masak memasak ni, tapi jarang benar lah nak memasak nya. Sebab bila dah balik kerja, jarang nak masak sebab incik suami kata taknak makan dan tak payah lah masak kan. Tapi, bila weekend tak balik rumah family mana-mana, ni lah kerja saya masak memasak! yeay! Minat memang minat memasak saya ni, tapi takde lah hebat sangat macam orang-orang lain. Maklumlah saya ni dah  lama takde mak, so takde siapa nak ajar. Atas inisiatif ingin belajar sendiri dan minat itu lah saya boleh memasak.


Jumaat lepas, balik je kerja incik suami kata lapar, so dia suruh lah saya masak. Jadi saya ni yang tak pernah masak asam pedas ingin lah sangat mencuba. Memang betul senang cara masaknya macam kawan-kawan saya cakap. Alhamdulillah menjadi masakan saya itu, dipuji suami lagi tu. Heheheh.. Tapi takdelah pula gambar yang saya snap, lupeeee... Yang penting, suami saya kenyang!


Sabtu pagi pulak tiba-tiba rajin datang. Saya berjaya membuat nasi lemak. Wahhh tak sangka saya ni rupanya pandai jugak masak ye walaupun percubaan kali pertama jugak. Ahh biar lah kalau korang-korang yang baca ni nak cakap saya ni apa pun, memang saya baru-baru jugak belajar masak. Selalu masak benda-benda yang simple je macam gulai lemak cili api, gulai tempoyak, sambal ikan dan seangkatan yang simple begitu lah. Saya tahu korang-korang pandai masak, tak macam saya kan. Takpelah at least, saya belajar dan ingin mencuba. Hehehehe.. Jadi, lihat lah hasil nya sambal nasi lemak saya ni. Kebetulan hari Sabtu tu sepupu saya datang, dia memang puji sedap kata nya. Tapi tak tahulah ikhlas ke tak kan. Hehehehe..
:: Ini lah hasil sambal nasi lemak saya ::
Tekak saya rasa sedap je sambal tu. Hehehe.. Semoga maju jaya lagi ye kepada diri saya! Beri semangat kepada diri sendiri, kalau bukan saya sendiri bagi semangat kat diri sendiri, siapa lagi kan. 
Tengah hari tu saya masak lunch lambat sikit lah kiranya. Saya dan incik suami bersama si qiqil pergi jalan-jalan kat Alamanda beli barang sikit. Sebab petang tu sepupu saya dari Seremban nak datang tidur kat rumah. So, kenalah intai-intai apa barang yang ada dan takde kan. Balik dari Alamanda tu, baru lah saya masak untuk lunch, tapi makan di petang hari. Hehehe.. Saya masak makanan kegemaran saya lah. Apa lagi kalau bukan gulai tempoyak ikan patin. Incik suami pun dah suka, kadang-kadang dia yang minta saya masak ikan patin tu. Memang sedapp...Pergghhhhhhhh!

Malam tu sepupu saya baru sampai. Saya tak masak apa-apa lah malam tu sebab dorang kata dah makan dah kat rumah. So relax la saya kan. Just hidangkan air. Seronok bila ramai-ramai kat rumah saya. Tak rasa sunyi. Boleh sembang-sembang, gelak-gelak. Macam-macam lah.

Hari Ahad pagi saya masak pisang goreng dan cekodok pisang je untuk sarapan. Tengah hari kami ke Puchong untuk hadiri kenduri kahwin saudara. Petang balik rumah saya dan saya masak mee goreng je. Memang sedap makan mee goreng panas time hujan-hujan. Buat pula air teh O. Kenyang sungguh. Lepas maghrib, dorang pun balik. Boring nya dorang dah nak balik. Sunyi kembali.... Zzzzzzzzzzzzzz

~~ Memang masak je lah saya kan ~~
^ Lumrah kehidupan seorang wanita @ isteri @ ibu @ suri rumah ^

Jadi lah diri sendiri, jangan jadi diri orang lain. Mungkin kita boleh tipu orang lain, tapi tak boleh tipu diri sendiri..renung-renungkan lah.

14 Oktober 2011

Puas !

Puas? Apa pulak ni? Ish macam-macam la saya ni.


Bercerita pasal puas ni, bukan apa, semalam saya rasa sangat puas sebab dapat membeli-belah kat SOGO sempena hari untuk Sogo Card. Huuuuuu...memang macam-macam barang yang murah-murah. Tak tahulah apa buang tebiat nya saya ni semalam sanggup berabis lebih sikit daripada biasa beli baju untuk Muhammad Aqil Rizqin. Sampai 8 pasang saya beli baju untuk Aqil ok. Ish...memang tak beringat betul. Yang penting, saya puas hati. Dan yang sebenar-benarnya saya ni kalau tengah tension ke stress ke, memang suka shopping. Memang itu perangai saya sejak azali. Bila dah beli itu ini, baru rasa hilang segala stress dan tension. LEGA !


Untung baby Aqil. Zaman mama dulu takdelah macam ni. Baju-baju mama dulu pun murah-murah sangat kot. Baju Aqil sekarang bermacam-macam jenama. Alhamdulillah rezeki. 

12 Oktober 2011

Diari seorang insan II

Salam Selasa semua..
Alhamdulillah hari ini saya masih bernafas di atas bumi Allah yang indah ini. Saya masih dapat bersama keluarga kecil saya. Saya sangat bersyukur! Hari ini saya nak sambung kisah "dia". Sebelum tu saya nak share sikit lah mengenai "dia" dalam cerita ni. "Dia" dalam cerita ni, seorang yang sangat tabah dan kuat semangat ~~ mungkin. Dalam pada itu, "dia" juga seorang yang mudah sangat terasa dan berkecil hati. Yang penting "dia" dalam kisah ni seorang yang sangat berdikari sejak dari kecil. "Dia" juga seorang mempunyai hati yang sangat keras. Ok, mari kita teruskan kisah "dia".


Pada pagi itu, memang banyak persoalan yang muncul di kepala dia. Dan berbagai juga perasaan yang timbul di dalam diri dia. Sedih...kehilangan...kekeliruan...dan bermacam lagi lah. Tapi semua itu, tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Pagi itu dia dan adik-adiknya dibawa pergi ke rumah ibu saudara yakni kakak kepada ayahnya. Di sana dia dan keluarga menanti ketibaan ibu dari HKL. Dia pada waktu itu, berumur 9 tahun dan tidak berapa memahami keadaan sebenar. Dia dilayan sebaik-baiknya seperti bayi yang baru dilahirkan. Dia pun sangat gembira bermain pagi tu. Tapi segala-galanya berubah suram apabila jenazah ibu dia telah selamat sampai. Dia menangis sekuat-kuatnya sampai tidak boleh dikawal lagi pada masa itu. Puas semua orang memujuk dia, tapi sedikit pun tidak dihiraukan. Dia berasa sangat sedih pagi itu, melihat keadaan ibu dia yang telah ditutup dengan kain batik lepas. Kelihatan muka ibu sungguh tenang tapi tidak setenang hati dia ketika itu. Dia tak sangka situasi sebenar pada waktu itu rupa-rupanya dia telah kehilangan ibu yang tersayang. Sangat cepat rasanya untuk merasai nya pada usia seawal dia. 


Bila ibu sudah selesai dimandikan, upacara mengafan pun bermula. Pada masa tu, dia tengok je. Tanpa sebarang reaksi. Dia terpana dan menyangka kan ibu nya sedang tidur. Bila ibunya siap dikafankan, sebelum menutup muka arwah, kaum keluarga dibenarkan untuk mencium arwah buat kali terakhir. Seorang demi seorang pergi mencium ibu. Tapi bila semua orang meminta dia mencium ibu, dia berkeras tidak mahu. Sebenarnya dia sangat takut tengok benda yang berbungkus berwarna putih. Dan sekarang dia sangat terkilan bila teringat akan kisah tersebut. Tapi apakan daya semuanya telah berlalu. Sudah begitu lama. 


Sebelum solat Jumaat pada hari tersebut , ibu telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Dia dan keluarga masih bersedih. Tapi apakan daya, semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. . Kini tinggal lah dia dan ayah nya serta adik-adik nya. Dia sebagai anak yang sulung perlu menjaga adik-adik nya. Tapi apalah yang budak berumur 9 tahun buat. Dia hanya tahu untuk main, main dan main. Nasib jiran-jiran semua prihatin terhadap nasib 3beradik ini. 


Masa berlalu seperti biasa. Tiada apa yang istimewa sepanjang ketiadaan ibu. Segalanya terasa kosong. Dia 3beradik mula belajar hidup berdikari. Sehingga lah satu hari ayah bawa pulang seorang perempuan yang dia dan adik-adik nya panggil "akak". Entahlah dia pun tak tahu siapa. Yang pasti perempuan tu tolong jaga diorang, tolong masak, tolong kemas rumah dan sebagainya. Keadaan itu berlarutan sehingga ayah kahwin dengan "akak". Tapi dia memang tak boleh terima. Lepas ayah kahwin, dia terus pindah tinggal dengan ibu saudara dia. Adik-adik dia masih tinggal dengan ayah. Bertahun masa berlalu. Dia pun semakin meningkat remaja. Banyak perjalanan hidup suka duka yang dia telah lalui.


Tapi semasa dia berumur 12 tahun, dia sangat sedih dan marah dengan sikap ayah dan mak tiri nya. Dia tak sangka perkara itu terjadi. 


Apakah perkara itu? Nantikan kisah dia di next blog k.