25 Jun 2012

Must Try!

Happy monday semua! Tak mau lah monday2 blues k semua.. Cheer up la! Baru sentiasa muda. Cehhh.. Aku tengah bengang sekarang, tapi still boleh senyum sebab malas nak fikir apa yang terjadi tadi. Kalau difikir, buat sakit hati je! Memang malang sungguh nasib harini. Apa boleh buat kan. Hmm... abaikan lah kisah malang aku harini. Mencik! Arini aku taknak buat entry marah2 ke sedih2 ke bengang2 ke, tapi aku nak buat entry pasal makan! Ye! Makan makan dan makan! Let's.....

:: Bukan main si kecik ni ::

Eh..tetiba terus ade gambar aqil tengok menu kan. Hehehe.. Ha'ah dia memang. Macam tau sangat nak cakap kan. Tunjuk sana sini. Aqil2 .. Dah semakin besar dah anak mama ni. Dah makin pandai. Ok2.. bukan nak cerita pasal aqil ni. Mari teruskan cerita pasal makan. Semalam balik dari kampung aku, kitorang singgah makan kat German Deli Imbiss kat Ampang. Mengada2 lah kan nak makan situ. Sesaje je. Dah lama nak pegi, tapi tak berkesempatan. So, semalam kebetulan. Terus singgah lah. Memang boleh tahan lah. Sape2 yang gile suke fast food / western, boleh lah ke sini. Memang kenyang dan puas makan. Semalam aku order "HAMBURG" Megaton 500 Wiggy. Memang gila besar burger ni. Aqil pun takut tengok sebab burger tu dah sama besar dengan kepala dia. Mula2 dia takut nak makan, puas suap2 dia taknak. Last2 die tengok mak bapak dia makan, baru lah dia nak. Ikut kan order 1 menu ni pun dah cukup, tapi laki aku mengada2 order menu lain pulak. Laki  aku order ayam. Ape name menunye tu aku lupe dah. Tapi not bad lah. Sedap. Set tu ada coleslow dan kentang putar. Coleslow nye sedap lah. Habis laki aku makan sorang.

:: Fuiyoooo ::
:: Ni menu incik aku ::
 Ni lah menu aku dan incik suami. Memang puas lah makan. Sampai tak larat dah lah.



:: Inilah kejadiannye bila dah tak larat ::

Besar kan burger tu. Dahsyattt.. Saiznye memang berbaloi lah dengan harganya. Sape2 yang belum pernah cuba, mesti cuba k.

20 Jun 2012

Premium Beautiful

Anda pernah dengar tak pasal Premium Beautiful ni?? Tak pernah?? Alla...kenapa tak pernah dengar. Famous tau PB ni. Ok, pada sesiapa tak tahu apa PB ni, meh aku bagitau apa dia PB ni. Ayoyoyo korang kenapa lah tak tahu. PB ni adalah sejenis set girdle khas untuk para wanita2 di luar sana untuk menyorokkan lemak2 dan yang penting PB ni boleh mengecikkan bahagian badan anda yang berbonjol2 tu. Amazing sangat! Memang terbukti berkesan! Aku sendiri pun pakai tau PB ni. Tapi baru je mencuba. Jadi tak dapatlah nak tunjuk lagi hasilnya sekarang. Ramai kawan2 aku yang pakai PB ni. Semuanya kata bagus dan berkesan! Tak rugi mencuba walaupun harganya akan membuat anda menelan sedikit air liur. Tapi aku boleh bagi korang harga paling murah untuk PB ni. Sebelum cerita pasal harga, moh aku bagitau sikit macam mane rupenye PB ni dan macam mana cara memakai PB ni. Jommm tengokkk..

:: OK, ni lah rupenya PB tu ye kawan2 ::

Tak teringin ke nak cuba?? Takpe2 taknak beli pun meh lah tengok2 je cara pakai nya. 

Burok benar kan rupenya kalau bontot kita gini. MasyaAllah! Jadi tak salah kita mencuba PB ni. InsyaAllah segalanya berubah! Cuma kena lah disiplin bila dah mula pakai PB ni. Jangan kejap pakai, kejap tak pakai. Memang hampa lah harapan kalian semua ye!

:: Gurdle ::

 Ok, kalau tanpa aku terang mengenai gambar kat atas tu adakah anda faham cara nak pakai PB ni. Pasti tak paham kan. Hahaha..Ok2. Jom lah aku bagitau.
  1. 1. Kelepetkan dulu bahagian bawah tu ( bahagian yang bakal berada di paha ). Bahagian pinggangnya pun jangan tak dikelepetkan ye. Dua2 bahagian tu mesti kelepetkan. Kalau dah hebat, takyah kelepet pun takpe. Sebab kena kelepetkan tu adalah bagi memudahkan anda untuk menyarungkan gurdle tu.
  2. Bila dah siap kelepet tu, korang pun mulakan lah dengan menyarungkan perlahan2 gurdle tu ke kedudukan sepatutnya. Masa step ni memang comfirm ketat dan susah gila nak masuk kan. Takpe2 teruskan jelah dengan penuh kesabaran.
  3. Bila dah siap sarung sampai ke pinggang tu, korang seluk lah sikit bawah tu macam dalam gambar tu untuk tarik gurdle tu betul2 ke atas dan ke tahap yang selesa.
  4. Bila dah siap tu, selit2 kan lah dan sumbat2 kan lah lemak2 korang tu dalam gurdle tu. Hasilnya pasti memuaskan. Dan pasti selesa memakainya!

:: Bra ::
 Ok, habis dah kisah gurdle, sekarang kita sambung kisah nak pakai Long Bra nya pulak. Cara pakai Long Bra ni sama je macam kita pakai bra biasa kita ari2 tu. Cume bezanya Bra PB ni panjang sikit lah dari bra biasa kita tu. Dah nama pun Long Bra kan. hahaha.. Pakai seperti biasa dan hook kan lah dari bawah sehingga ke atas. Kalau tak sampai nak hook kan sendiri, mintak lah tolong suami ke adik ke mak ke kakak ke sepupu ke kawan ke..ahh sape2 je lah yang ko rasa boleh tolong time tu kan. Bila dah siap hook semua tu, sumbat jugak lah lemak2 korang tu ke dalam cup bra tu. Pasti tak nampak dah lemak2 yang hebat berada di badan anda tu. Huahuahuahua...
Kita ke step seterusnya pulak adalah memakai waist nipper. Aku suka ok pakai waist nipper ni. Ia menambah keselesaan dan ia pun amat senang dipakai berbanding dua items di atas k. Bila kita pakai waist nipper ni, ia akan kelihatan lebih kemas dan yakin untuk menjalankan aktiviti seharian. Bahagian belakang tu ada tali macam tali kasut kan, jangan pulak korang pelik. Bila dah siap hook semua dari bawah sampai atas, korang tarik lah tali tu bagi melangsingkan pinggang anda ye! Silangkan je tali tu ke depan bahagian perut dan cangkukkan. Tali tu ada cangkuk. Tarik lah ikut keselesaan anda ye. Selesai sudah cara2 memakai PB yang best ni.


Jom lah cuba! Harga?? Hmm...jangan terkejut ye bila aku sebut harganya. Tapi kalau korang order ngan aku pasti berbaloi sebab harga yang aku  tawarkan sangat2 lah murah berbanding di tempat lain. Kalau korang tak percaya, korang boleh search sendiri di mana2 web yang ada. Kalau korang berminat, boleh lah hubungi aku di nombor 017-6164780 (call/sms/WhatsApp).. kepada yang ada gtalk aku pun boleh la gtalk je. Nak emel pada aku pun boleh.. qin_nuyun87@yahoo.com / b0peep87@gmail.com. 

Harga nya hanya RM1200 untuk 1 set. Berbaloi kan. Tempat2 lain aku tengok harganya cecah sampai RM2000. Aku pun rasa nak meleleh air mata bila tengok angka 2k tu. So, ni apa korang tunggu lagi, jom lah cuba untuk kecantikan anda juga, bukannya orang lain. Kalau korang nak bincang2 lagi harga tu boleh, dialu2 kan. yang penting, korang mesti cuba! 



18 Jun 2012

Gelagat aqil bersama mainan nye!

Rasa macam menarik pulak segmen yang telah disuarakan oleh Elia dalam blog dia http://jejariruncing.blogspot.com/2012/06/segmen-kids-and-toys.html.. So tak salah lah kot saya sesaje nak menempek kan sedikit coretan kisah my lil hero sorang ni. Lagipun saya memang suka cerita kisah my lil hero Muhammad Aqil Rizqin tu. Memang tepat sekali bila dikatakan kanak-kanak tak boleh dipisahkan dengan mainan! Bila dah ada anak sendiri ni, baru lah jelas kita nampak perkara tu.

Anak saya berumur setahun 4bulan pada bulan ini (Jun 2012). Dia seorang anak yang baik. Tapi seorang yang tak boleh duduk diam. Asyik nak main je. Pantang nampak mainan. Pasti nak. Nak nak nak nak tu lah perkataan nya. Cerita banyak pun tak gune. Jom lah layan gambar2 yang ada. Gambar2 aqil bersama sepupu nya anis. Umur sebaya cuma beza 20 hari. Dorang ni dua2 pun sanggup dok berhimpit nak dok dalam tu sebab kes berebut la ni. So bila dah rebut2 dua2 pun same2 masuk sendiri dalam tu.

:: Elok je berdua muat duduk dalam tu :

:: Muat2 je, tu pun sempit ::

:: Alala... sweet nye sampai terlentok2 ::

:: haa..tengok tu sampai terlelap si anis kat paha aqil, punye lah sayang nak keluar dari kereta mainan tu ::

Macam2 kan gelagat budak2. Sebab main dorang sanggup! kalau dilarang, memang comfirm menangis. Gambar2 kat bawah ni masa di rumah sepupu saya kat kampung. Aqil ni memang pantang jumpa mainan lah.

:: Ok..1st step. Muke semangat nak main ::

:: Aqil said : mama, best la bulldozer ni, mama kena beli ni ::

:: Entah apa yang dibelek nye, bukan main lagi hero aku sorang ni ::
Seronok tengok budak2 main. Dorang happy kita pun happy lah. Yang bawah ni pulak gambar2 masa sambutan birthday aqil yang pertama setelah menerima pelbagai hadiah mainan ok! Memang excite dia. Walaupun pipi bertampal koyok sebab sakit gusi, main tetap main ye. (janganlah pelik pasal koyok tu, walaupun aqil tak cakap, tapi dia asyik menangis je dan air liur asyik meleleh, tu tandanya nak tumbuh gigi.jadi saya pun tampal la koyok dan cara tersebut berkesan ye, lepas tampal koyok, dia dah tak merengek)

:: Dua2 pun nak gigit bola tu ::

:: Tengok tu, w.pun bertampal koyok, main tetap main! ::

:: Mata dah kuyu, tak sihat. Mulut pun sumbat puting. tapi still nak main lagi ::

:: air liur dah sampai meleleh leleh ::

Disebabkan aqil ni suka mainan, jadi memang dah boleh dikatakan separuh daripada rumah kami yang tak berapa nak besar ni mainan dia je. Tak kisah lah janji aqil happy ok. Gambar last sekali ni, gambar paling latest minggu lepas.

:: Rutin aqil di rumah ::

:: Mama dan ayah sayang sangat aqil ::

12 Jun 2012

Terima kasih suamiku!

Beginilah dunia. Konon2 mengikut peredaran zaman. Dan begitu jugalah dengan diriku ini. *Takpasalpasalkanayatginikeluar* hahahaha.

Apakah yang aku maksudkan? Apakah yang telah kudapat sebagaimana yang telah aku kongsikan di laman mukabuku ku! Sebenarnya aku telah dapat apa yang kuinginkan. Apakah bendanya tu? Best sangat ke? Berharga sangat ke benda tu sampai beria sangat aku nak share kat FB kan? Mesti korang tertanya2.. hahahaha. Takdelah apa sangat pun. Tapi bagi aku sangat bermakna dan sangat2 lah sayang. Maklumlah present dari MyLebeliHusband!! Finally I get my Samsung Galaxy Note!! Yeay!!!! *LompatTinggiTinggi* Girang sangat lah kan. Orang lain dah berkurun kot dapat, aku baru sekarang? *ingatkan ape lah sangat kan...

Ok..aku terlalu excited dan jakun ye! Sebab bukan senang nak dapat, maklumlah aku pun bukan orang senang. Cehh ayat pasrah. Tapi betul apa. Aku bersyukur sangat incik suami sanggup membelanje aku beli benda alah ni walaupun aku ni tak pandai. Dah lah tak berapa smart, tapi ada hati nak pakai smart phone kan. Takpelah kite belajar la sesame ye! Kihkihkih...

Hmm...berbunga2 rasa ati aku bila dah dapat GN ni. Lepas ni senang lah aku nak update blog di mana sahaja.*padahal selalu memang aku malas, ada hati ckp nak update di mana saja. Korang tengok je lah nnt betul ke tak aku ckp ni.heheh* Banyak benda lagi aku nak kena explore ni. Nak kena godek2 dulu supaya pandai sikit nak guna smart phone ni. Hihihii. Semoga berjayalah kepada diriku sendiri. Dan yang paling penting, terima kasih my incik suami. I love u so much!

11 Jun 2012

Kembali Pulang

Cehhh..tajuk entry macam tajuk lagu. Hahaha.. Saje nak buat gempak kan. Ok, harini nampak macam aku ada sedikit mood nak meng'update' serba sedikit kat sini. Dah jarang kan aku update. Bukan apa, kemalasan melanda. Hehehe.. Ok, kita berbalik kepada tajuk entry aku yang konon2 nampak gempak tu. 

Sepertimana yang korang tahu kan aku, incik suami dan qiqil dah sebulan lebih berkampung @ tinggal kat rumah mak mertua aku kat Taman Melawati tu. Dan semalam secara rasminya kami telah kembali pulang ke teratak indah kami di P18R4. Hehehe.. Dan bermula lah semula rutinku berulang alik dari Putrajaya ke KL setiap hari. Waaaaaaaaaaaaaaa.... Penat! Tapi sebenarnya lebih selesa tinggal di rumah sendiri berbanding menumpang di rumah orang walaupun mereka darah daging kita. Aku kata gini bukan maksud aku tak suka, tapi 'lebih' selesa memandangkan kita ni dah berumahtangga dan sudah beranak pinak. Kalau kat rumah sendiri bebas nak buat apa pun, nak terkangkang ke nak tergolek ke nak berlari ke nak terlentang ke nak menjerit ke nak bercakap sekuat mane pun. Kalau kat rumah mak mertua, aku sebagai menantu kena jaga kelakuan. Cehh wahh.. Maklumlah aku ni seorang yang sangat kasar dan garang. So, kena lah jaga kelakuan ye kawan2. Hahahaha..

Bila dah balik rumah sendiri ni, bermulalah semula rutin harian ku sebagai isteri dan ibu seperti biasa. Bangun pepagi sediakan bekal untuk incik suami bawak gi kerja, kemas beg qiqil tuk anta umah pengasuh, iron baju dan banyak lagi lah. Pastu siap2 nak pergi kerja. Mengantuk2! Hehehe.. 

Dah merepek2 aku sekarang, sebab aku tengah mengantuk sebenarnye ni. Yang pentingg, tak lame je lagi, tak sampai sehari or dua ari aku akan dapat NOTE! Yeay!!! Suke suke suke!! Tak sabar dah rasa nye. 

05 Jun 2012

Yasmin Johan Eusoffe @ Yasmin J Hunwick

Tetibe pagi ni aku terbaca kisah seorang remaja perempuan yang baru saje meninggal dunia semalam or kelmarin (aku xberape sure). Aku tak kenal pun dia, tapi rasa macam nak baca kisah dia. Kebetulan nampak ada kawan aku kat FB share pasal twitter yang telah dipos kan oleh arwah beberape bulan sebelum dia meninggal. Tu macam petanda2 arwah bakal pergi selama2 nye. Cantik jugak orangnye. Muda lagi, tapi dah aktif berblog. Aku tengok blog dia nampak seperti orang dewasa. Kalau korang nak bace blog die, pergi lah ke link ni http://misschronicz.blogspot.com/ . Al-Fatihah buat arwah. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Aminn..