28 Ogos 2012

Aidilfitri 2012

Alhamdulillah tahun 2012 ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk meraikan hari bahagia ini bersama keluarga tercinta. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Halalkan segalanya.

Raya tahun ni sangat dinanti2kan oleh aku dan suami. Terasa excited nak puasa dan raya tahun ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aqil dah semakin besar dan pandai kot. Lebih seronok melayan keletah anak. Ye la tahun lepas kan aqil baru 6bulan masa raya. Tahun ni dah setahun setengah. Mana kitorang tak excited. Ngeeee..... Tahun ni kami sama2 amek cuti seminggu. Lagipun kitorang laki bini ni memang jarang sangat amek cuti, so time gini lah boleh pulun cuti kan. 

Raya tahun ni giliran sebelah incik suami dulu. Sebab tahun lepas dah sebelah aku dulu. Aku tak kisah pun mana2. Sebab dekat je. Bukannye jauh sampai nak amek masa 2 3 jam baru sampai kan. Hari Sabtu sehari sebelum raya tu sempat lagi kami ke Mid Valley berjalan2 mencari ape yang patut. Sambil2 nak isi masa lapang. Cehh lapang sangat la kan kononnye. Petang baru balik umah mak mentua kat Taman Melawati, KL. Ramadhan terakhir kan, berbuka dengan family incik suami la. Malam raya tu tak pergi mana pun, dok umah je. Mula2 plan nak gi Jalan TAR naik motor ngan incik suami tapi kemalasan melanda. Mak dah green light nak jaga aqil malam tu. Hahahaha...

Pagi raya selepas solat sunat raya, kitorang pergi umah nenek incik suami. Umah nenek tu kat situ2 gak, cuma lorong je lain. Senang kan. Beraya kat KL ni satu je la yang aku tak suka sebab tak rasa sangat suasana raya tu. Kalau kat kampung tu kan lebih meriah, main mercun la, meriam la, bunga api lah, bakar lemang la. Kalau kat KL ni mana ada. Rumah pun teres, takde kawasan kampung pun. hahahahha... Apa2 pun seronok gak.

Petang raya tu kami bergerak balik ke Melaka, rumah makcik sebelah incik suami. Kami di Melaka sampai hari raya ketiga. Hari raya ketiga tu kami bergerak balik ke Raub, Pahang pulak, rumah makcik sebelah aku. Semalaman je kat sana. Raya keempat dah balik ke Bentong, Pahang. Kat bentong sampai raya keenam. Petang Jumaat selepas solat Jumaat terus kami gerak balik KL. Sebab takut lah nak balik Sabtu or Ahad. Nanti tak pasal2 dok dalam jem berjam2 pulak. Sedangkan perjalanan dari Bentong ke KL hanya amek masa 45minit je. Hari Sabtu baru kami balik ke Putrajaya. Balik tu memang penat lah. Mana taknya satu bonet kereta tu penuh ngan baju kotor kami anak beranak seminggu punya. Mendobi lah keje aku. Sampai takde tempat nak sidai dah kain baju. Semalam baru setel semua. Letih letih letih. Ok, dah penat lah membebel, mari kite layan gambar pulak k!

:: Packing! ::
 
:: Mid Valley ::

:: Metrojaya - Dah penat ::

:: Only Us! ::

:: My Life ::

:: Aqil with ayah ::

:: Rizqin ::

:: Hensem anak mama ::

:: Kami ::



:: At kampung MELAKA ::

:: At kampung RAUB ::

:: Otw balik KL ::

:: Aqil nak kira duit raya, alhamdulillah murah rezeki ::

Setakat ni je lah kisah kami. Nanti kalau rajin aku update lagi ye. Ni semua gambar2 dari instagram je. Just follow me k.. EKINZULKAFLEE.

The Latest Aqil

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua! Pasti semua masih dalam mood raya lagi kan? Aku pun sama! hahaha... Cuti seminggu memang tak cukup. Kalau boleh sebulan raya, sebulan lah nak cuti, padahal bukan ada ke mana pun. Dok umah gak! Lama sungguh tak intai blog ni. Harini tetibe mood sampai. So, jangan lepaskan peluang rajin yang datang tetibe ni. Aku nak tunjuk gambar-gambar aqil paling latest je lah dulu ye. Pasal raya next entry la ye aku cite.

My Lil Hero ni dah semakin besar sekarang. Mane tak nye dah setahun setengah pun umurnye. Sekejap je masa berlalu. Makin banyak kerenah. Dah pandai mintak itu ini dah. Yang sedihnye die tak pandai panggil MAMA lagi. Uwaaaaaaaaaaaaaa.... kecik ati mama tau. Sikit2 ayah. Sampai panggil aku pun ayah..Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tapi takpe, sekurang2 nye die kenal mamanye. 

:: Tgk tu tak blh dok diam - ni masa berbuka pose di Concorde Hotel KL ::

:: Bila bergambar mesti muke cam takde perasaan. Maknye plk over ::

:: Bila dah besar makin senang nak suh die duduk tuk gunting rambut ::

:: Ni lah aktiviti aqil kat rumah ::

:: Fevret - Vitagen! ::

:: Ni masa berbuka pose kat Cyberview Putrajaya ::

:: Ni masa berbuka pose kat Pullman ::

:: Ni masa berbuka kat Hotel Istana KL ::

:: Makan makan dan makan - at home sweet home! ::
Kalau ikutkan banyak lagi gambar. Tapi cukup lah banyak ni je kan. Nanti korang muntah pulak tengok banyak sangat gambar. Gambar2 tu semua masa bulan puasa aritu. Bulan puasa aritu aku ni memang crazy lazy nak update. Gambar2 raya bakal menyusul di next entry ye. Tak banyak manapun, ade lah 2 3 keping untuk tatapan. Sape2 yang dah follow aku kat instagram mesti dah muak tengok gambar2 aku upload. Sape2 yang belum follow aku kat instagram, silalah follow kalau sudi...EKINZULKAFLEE. Terima kasih kerana sudi singgah kat sini. Babaiiii...jumpa di next entry!

08 Ogos 2012

Tentang ibu



Cinta seorang ibu kepada anaknya tak dibandingkan oleh apapun di dunia. Tak ada hal yang dapat membuatmu sebahagia atau sesedih atau sebangga atau secapek seorang ibu. Ibu adalah seorang yang secepatnya kau hampiri bila kau dalam masalah. Ibuku adalah lagu yang tak berujung dalam kenyamanan kebahagiaan dan hatiku, kadang liriknya lupa tetapi nadanya selalu teringat. Jika seorang anak berusaha membongkar kebohongan ibunya, yang ditemuinya hanyalah rangkaian kisah pengorbanan sang ibu. Seorang anak dapat dengan muda mengabaikan ibunya, namun hingga kiamat tiba bahkan seorang ibu tidak dapat mengabaikan anaknya. Hanya seorang ibu yang dapat dengan mudah tersenyum kepada anaknya dan mengatakan semuanya baik-baik saja, walaupun dia baru saja mendapat kecelakaan. Seorang ibu tak pernah sedar jika anaknya bukan lagi kanak-kanak. Seorang ibu yang waspada berjaga dengan malam, walaupun bayinya tertidur dengan lena. Ibu adalah kata yang paling indah dalam bibir umat manusia. Cinta seorang ibu adalah bahan bakar yang memungkinkan manusia normal untuk melakukan hal yang mustahil. Takdir masa depan seorang anak adalah pekerjaan bagi ibunya. Beberapa ibu penyayang dan beberapa ibu pemarah, tetapi cintanya tetap sama dan sebahagian besar ibu penyayang dan pemarah. Untuk mengerti cinta ibumu, kau harus membesarkan anakmu sendiri. Bertumbuh kembang tak ada ertinya bagi seorang ibu, seorang anak tetaplah seorang anak. Ibu adalah sahabat sejati, hanya ibulah yang tetap bersama kita dalam semua kesusahan, kesedihan dan saat tergelap dalam hidup kita. Satu-satunya hal yang tak dapat dipertanyakan seorang pengacara adalah legitimasi ibunya.

Harini tanggal 08 Ogos adalah tarikh hari lahir mak saya. Kalau arwah mak masih ada, harini genaplah usianya 45 tahun. Tapi Allah lebih menyayangi mak, pada tanggal 12 Januari 1996 mak telah dijemput Ilahi. Saya sangat merindui kasih sayang mak. Saya tak pernah berjasa pada mak. Sebab mak pergi buat selama-lamanya ketika saya masih berusia 9 tahun. Masa tu saya seorang kanak-kanak yang masih belum memahami erti kehidupan sebenar. Tapi sekarang saya sangat bersyukur kerana mempunyai ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. 



02 Ogos 2012

Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan

1. Pintu Syurga dibuka, Pintu Neraka ditutup 
- "Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup semua pintu Neraka dan diikat semua syaitan." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Pahala berlipat ganda
- "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman : 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku'." (Hadith riwayat Muslim)

3. Perisai dari siksaan
- "Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (Hadith riwayat Imam Ahmad)

4. Doa sangat mustajab
- "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir." (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

5. Diampuni segala dosanya yang lalu
- "Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat An-Nasai'e)

6. Jauh dari Api Neraka
- "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadith riwayat Al-Bukhari)

7. Beroleh 2 kegembiraan
-"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

8. Masuk dalam syurga
- Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith riwayat Al-Bukhari)