Selamat pagi semua! Wahh...lain macam ye semangat nya aku pagi ni. Hehehe.. Biasalah kalau ada benda gembira mesti lah happy kan. Macam2 lah aku ni kan. Sebelum nak cerita happy2, marilah kita story sikit aktiviti weekend kami yang baru lepas ni kan. Cuti 3ari tu. Rugi lah kalau dok umah je kan. Pastinya kami tak dok kat umah je 3ari tersebut. 3ari kami dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka dan birthday party! Ye! Memang best. Makan makan dan makan. Free pulak kan. Badan pun semakin seronok mengumpulkan lemak. Oh terus sedih kalau sentuh bab badan. Benci keadaan diri sekarang. Tapi padan muka aku sebab tak beringat bila makan. Amek kau!
Dah2 lah kan. Jangan nak merepek sangat la ekin oii. Aku nak share ni ngan korang2 semua.
Haa...tunggu apa lagi. Benda ni lah yang buat aku happy pagi2. Sebab aku dah dapat booking tuk kami 3beranak. Aku pilih bulan 6. InsyaAllah kalau takde aral melintang, terbanglah kami 3beranak ke destinasi yang ingin dituju tu. Alhamdulillah akhirnya hampir tercapai hajat aku nak bawak hero kecik aku tu naik flight. Memang serius sangat murah!! Rugi tau kalau korang tak book sekarang. Selamat menempah tiket!! Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa...