28 Oktober 2013

Suprise Birthday Present

Kalau korang ade add or follow FB/IG aku mesti tau yang minggu lepas birthday aku. Alhamdulillah pada tanggal 23 Oktober 2013 genap umur aku 26 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dan merasa nikmat kehidupan yang bahagia bersama keluarga tersayang. Tiada yang lebih berharga daripada keluarga sendiri.

Masa hari kejadian tu, incik suami wish masa aku bangun tidur. Takde wish kat FB sume. Sentap gak la. Tapi ade sebab rupanya. Seharian dia buat dono je macam takde apa2. Ok pasrah lagi! Tapi dia ada emel aku kata "nanti ada suprise. Tungguuuuuuuuuuuu". Suprise ke namenye tu? Hahahaha.

Balik tu atas motor dia buat tak tau je sampai umah. Tapi atas motor ada paper beg parkson. Bila aku tanye ape tu, dia jawab ada orang bagi cawan free. Aku pun bendul, percaya je lah.


Tadaaaaaaaaaaaaaa. Ini lah suprisenye tu. Sebuah handbag yang diidam2 kan. Senyum lebar lah aku. Dah lama aku aim benda alah ni. Tapi tak tergamak nak keluar duit sendiri. Rasa sayang je duit. Aku kan kedekut. Hahahaha. Siap ada kad tu, tulisan sendiri. Ini lah sebab nya dia taknak wish kat FB. Katanya buat apa wish kat FB sume tu, nanti lama2 benda tu hilang ke bawah gak. Yang ni aku boleh simpan dan baca bila2 aku nak katanye. Romantik gak suami aku ni. Hahahhaa. Terima kasih sayang. I love it!

Cuma birthday treats belum lagi ni. Dah banyak kali mention nak makan kat Victoria Station. Nanti kite pegi ye as a birthday treats. hahaha. 

Quality time with family

Seperti biasa, setiap hujung minggu kitorang tak pernah lekat kat rumah. Mesti nak bawak aqil keluar gak. Wajib! Dia pun dah tau. Bangun2 je tdo pagi, terus cakap "mama ayah, jom jalan". Itu lah ayat dia setiap weekend. Kesian lah kan kalau tak bawak keluar. Dah la tinggal ngan nenek. Duduk pun rumah nenek, dah tentu2 balik kerja duduk rumah je. Hari Sabtu Ahad je lah time dia keluar.

So, hari Sabtu baru2 ni pagi2 lagi pukul 7.30pg dia dah kejut ayah dia, ajak keluar. Ayah dia dah la tidur lambat malam tu. Nak taknak dia terpaksa la bangun. Merengek2 si kecik nak keluar sebab susah hati tengok nenek dah keluar pergi pasar, anis pulak pagi tu awal keluar gi anta mama dia work. Memang aqil tak boleh tunggu lagi lah.




Tengok lah pagi2 dah nak keluar, ayah bawak lah dia main depan rumah. Muka ayah ngantuk je. Tapi sekejap je lah main kat luar tu. Pastu ajak dia masuk mandi. Cakap jom kita keluar gi breakfast.

Bila dah siap2, terus keluar. Tak tau nak gi mana. Tetiba ayah terus menuju ke KLCC. I is ikut je. I like! Jalan pun tak jem langsung pagi2. Nak cari parking pun sangat lah senang. Pagi2 melambak lagi parking.













Kitorang betul2 dah macam pelancong dah. Tapi best la jalan pagi2 kat KLCC. Kurang orang! 2 jam gak lah kitorang kat sana. Aqil pun hepi. Pastu incik suami ajak pegi OU or curve. Tapi aku ni tah kenapa malas sangat. Aku ajak balik je. Lagipun aqil bangun awal kan pagi tadi, so mesti lah nak kene tidur dulu. Petang nanti nak ikut mama ayah pergi pejabat lawyer pulak. Jadi marilah kita pulang.

Balik tu pulak layan cite hindustan Maan. Best! Aqil tidur dalam 3 jam gitu. Dia bangun je ngam2 kitorang nak gerak pergi pejabat lawyer. Dah setel kat pejabat lawyer, tak bawak dia ke mana pun. Pergi Manjaku Wangsa Maju je beli puting. Malas nak bawak dia jalan2 dah petang tu, sebab nanti malam nak bawak keluar lagi pergi dinner pulak ngan family kat Kg. Baru. Incik suami nak belanja mak ayah dia. Tempat biasa kitorang pergi, Rosdet, Kg. Baru. Best makan kat sini. Servis cepat, makanan sedap dan yang paling penting harga murah!




Macam2 kitorang order malam tu. Padahal makan untuk 5 orang je. Antara order2 tersebut adalah :-

1. Nasi putih (7 pinggan)
2. Ikan siakap masak 3 rasa
3. Tomyam campur 2 orang makan
4. Sup ekor 2 orang makan
5. Kangkung goreng 2 orang makan
6. Telur dadar 3 biji
7. Udang goreng kunyit (khas tuk aqil)
8. Udang sambal petai (khas tuk aku sorang)
9. Sotong goreng tepung 2 orang makan
10. Daging masak merah

Air semua air buah.

Banyak kan. Murah je. Total semua RM137 je! Kalau tempat lain tak dapat kot harga gini. Dah la murah pastu sedap pulak. Arghhh terus lapar!

Ahad pulak pagi kitorang dok umah je. Incik suami nak layan MotoGP. Aqil memang dah merengek nak keluar gak pagi2 tu. Tapi kite pujuk2 dia ajak main lah bagi tab la, pastu dia lupa la.

Tengah hari dalam kul 1 lebih gitu incik suami ajak keluar. Sekali lagi dia ajak pergi OU. Aku pun tak faham apa dia nak cari kat sana. Katanya nak soping. Ahh malas lah dah petang nak ke arah sana. Dah la jem pstu kang nak cari parking lagi satu hal. Aku ajak gi Jusco je. Last2 dia kata kite gi jauh sikit lah. Gi jusco Kepong. Boleh lah.



Ni gambar sebelum keluar semalam (Ahad). Sekarang bab bergaya memang dah pandai. Baju semua nak pilih sendiri. Kalau amek baju biasa2 je dia akan jawab tak cantik, atil nak baju cantek. Dia pergi la pilih sendiri. Geram pulak mak dia ni. Baju ni dari atas smp bawah semua dia pilih sendiri. Dah la pilih baju kemeja. Mak dia ni dah la pemalas nak iron. Tapi terpaksa gak.



Dah jalan2 kat Jusco, dia nampak pulak tempat ni. Meloncat2 nak masuk. Ok lah ok lah. Demi mu anak. Sejam = RM5. Boleh lah. Time ni dah dekat kul 7 pun. Pastu ayah dia sibuk ajak pergi makan pulak. Sekali lagi perangai malas aku keluar. Malas nak pergi makan. Sebenarnya aku pening kepala. Tu yang malas tu. Balik baru makan lah. Malam tu pulak mak masak nasi goreng lah, mi goreng lah. Sedapnya! Bertambah2 aku makan. Oh, patutlah aku dah gemuk sangat sekarang. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Harini aku start diet atkins balik. Semoga berjaya. Haritu aku buat diet atkins, 3hari aku dah turun 2 kg. Tapi kene kuat semangat lah buat diet atkins ni. 

Anak oh anak

Assalamualaikum

Lama betul tak bersiaran kat sini. Ada je masa. Banyak sangat masa free, tapi kemalasan yang amat sangat melanda. Baca2 blog orang je rajin, menulis kat blog sendiri malas. It's me!

Dah lama aku tak cerita dan up gambar anak bujang aku kat sini kan. Anak bujang aku tu dah semakin besar sekarang. Cakap pun dah banyak. Kadang2 penat nak layan dia cakap. Tapi aku happy sangat. Sekarang umur dia dah 2 tahun 8 bulan. Sekejap je kan masa berlalu. Lagi beberapa bulan dah genap umur 3 tahun pulak. Betapa indahnya perasaan menjadi seorang ibu.


Ni gambar beberapa bulan lepas. Pergi lepak rumah abang zali kat Segambut. Dia ajak karaoke. Tengok lah aqil semangat.



Muka kerek kan. Ini lah aqil sekarang. Sebijik perangai ayah dia, xsuka bila kita snap pic dia. Muka pun sama ngan ayah. Hehehe.




His favourite! KFC! Memang suka sangat KFC. Every weekend ajak ayah ngan mama makan KFC or MC'D. Aku dah naik muak dah. 








Kalau kat rumah pulak, ni lah aktviti dia. Setia dengan tab. Upin Ipin je. Aku pun dah naik hafal dah dialog dalam tu. Anak oh anak.

Banyak lagi sebenarnya cerita nak up. Kita sambung kat next entry la k. Babaiiiii

17 September 2013

Weekend MiniVacation


Kembali bersiaran.
Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia! 

Semalam cuti hari malaysia. Kalau time cuti mesti lah seronok. Dapat duduk rumah ngan family terutama dapat luangkan masa dengan anak kan. Semalam jalan2 area KL je. Tengahari attend wedding kat Semarak. Petang bawak Aqil pergi jalan2 kat Festival City. Biasalah aku ni. Kalau tak pegi jalan2 dan membeli apa2 time cuti, memang tak sah. It's me!

Minggu lepas aqil demam kan. Alhamdulillah sekarang dah ok. Syukur. Hari Khamis tu aku terpaksa amek MC tuk jaga aqil tambahan pula aku pun demam gak time tu. 

Hari Jumaat aku kerja macam biasa. Tapi minta balik awal. Sebab plan nak gi PD. Tapi terpaksa tangguhkan keesokan harinya sebab suhu badan aqil still turun naik lagi. Jadi kitorang risau lah nak bawak dia. Tambahan pula ari Jumaat tu KL hujan. Jadi kalau nak gerak gak petang tu comfirm2 lah jem jalan kan. So takyah lah. Rilex dulu lah kat rumah.

Tujuan kitorang nak pegi PD ni sebab ofis incik suami ada buat kursus tuk staf2 + ada family day sekali. 

So, hari Sabtu pagi2 kul 7 kitorang dah keluar rumah dah. Masa tu alhamdulillah suhu aqil ok, terkawal. Bagi dia ubat siap2 sebelum gerak. Jalan lancar je pagi2. Cepat lah sampai kan. Kul 8.30 gitu dah sampai dah Glory Beach Resort, PD.

Incik suami terus pergi kelas, kitorang anak beranak duduk diam2 kat bilik je. Berehat2. Aku dok kat bilik tu just pantau suhu aqil. Setiap 5-6 jam bagi dia makan ubat supaya suhu tak naik.

:: View dari koridor apartment kami ::
Kitorang kat sana dapat apartment 3 bilik. Sekali ngan BFF incik suami, abang zali. 

Tengahari time kelas rehat, incik suami ajak kitorang pegi lunch kat cafe hotel. Makanan ok2 lah. Makanan hotel biasa lah kan. Semua tempat hampir sama je. Lepas siap makan, aqil ajak pegi swimming pool. Sebab swimming pool tu betul2 sebelah cafe. Jadi tak boleh nak elak lagi lah. Nak mandi tak boleh. Jadi duduk tepi2 je lah. Kang klu kasi mandi lagi melarat pulak demam + kene semput pulak. Kami serik!

:: Suka sangat ::


:: Mak bapak dok tepi memerhati ::


:: Aqil lah tu ajak bergambo kat situ ::

:: Aqil takut ngan turtle tu ::

Lepas dah bawak aqil jalan2 kat bawah, kitorang balik bilik semula. Sebab incik suami nak rehat2 jap. Kul 2.30 kelas start balik sampai kul 4.30pm. Aqil dok kat bilik tidur je dia. Pastu tetiba kul 4.00 pm suhu dia naik tinggi. Aku dah risau gila dah. Aku masukkan ubat bontot. Pastu jelum dia. Nasib baik ok takde apa2  yang tak diingini berlaku. Legaaaaa. 

Petang tu kira kelas yang terakhir lah. Lepas tu dah bebas. Petang tu cuaca elok sangat. Jadi jom lah kita ronda2 kat pantai. Pantai dia tak berapa cantik. Nak mandi pun kene pikir 18 kali.


Ada aktiviti melepaskan penyu pada kul 8pm tapi tak berkesempatan nak bawak aqil tengok turtle dilepaskan. InsyaAllah lain kali ye sayang. 

:: Bapak dan anak, anak yang geli dengan pasir ::


:: Tak cantik kan pantai dia ::


Seronok dapat spend time bersama family. Ini kire mini vacation kami lah. Next month insyaAllah JB dan Singapore pulak. Dah lama tak pegi Singapore ni. Plan nye kitorang akan beraya haji di JB dan Singapore.

Malam kul 8.30 pm pulak ada BBQ dinner. Ada cabutan bertuah lagi. Yeay! Pastu ada karoke. Aqil malam tu alhamdulillah ok. Happy dia malam tu. Siap naik2 atas pentas bagi cenderahati kat orang. Pastu ayah karoke atas pentas pun dia ikut sebagai penari latar. Hehehe.

:: Buah kelapa ni lah yang aqil bawak naik pentas bg org nyanyi ::



:: Sesi ayah nak karoke ::

Malam tu rezeki kami murah. Kami dapat hadiah lucky draw lagi. Percutian ke Penang pulak. Alhamdulillah. Syukur.

:: Syukur ::
Tak tau lah bila pulak nak pegi ni. Haritu menang percutian ke Bukit Merah Laketown Resort pun belum decide nak pegi ke tak. Tapi rasa cam taknak. Penang ni cmfrm lah aku nak. Syorga makanan. Hahahaha

Balik dari dinner ni, dah siap2 tukar baju, basuh2 kaki tangan aqil, dia tidur lena sampai pagi. Esok kul 7 lbh dah kejutkan dia. Sebab kita ada aktiviti family day pulak. Sukaneka!



Orang bizi sukaneka, kita bizi bergambor. Hihihihi.

Tengahari kul 11 gitu kitorang dah checkout. Terus gerak balik KL. Ehhh tapi sebelum sampai umah tu sempat lah singgah makan tengahari dulu kat Cheras. Menu masakan kampung. Ikan patin tempoyak lah! Nyummsssssssssss.