26 Mac 2014

Semoga segalanya dipermudahkan

Assalamualaikum!

Lama sungguh aku tak bersiaran kat sini kan. Dah berbulan pun aku tinggalkan blog ni berhabuk. Aku hari2 je buka blog. Tapi dok sibuk gi baca blog orang je. Blog sendiri dibiarkan terdampar begitu sahaja. Malas!

Kalau sesape friend ngan aku kat FB mesti dah tau aku sekarang tengah pregnant anak kedua. Alhamdulillah. Segalanya ok sihat. Cuma biasa la aku mabuk. Tapi sampai 4 bulan je. Dan sekarang dah 6 bulan, alhamdulillah dah takde mabuk2 lagi. Lega.

Sekarang aku dah kerja kat Putrajaya. Tapi still berulang alik lagi dari KL ke Putrajaya. Semua demi Aqil. Alhamdulillah sekarang Aqil dah semakin besar dan matang. Jarang sakit2 lagi. Dan sebab itulah sekarang kami laki bini tengah plan nak balik tinggal Putrajaya semula. Nasib baik aku tak pulang lagi rumah kuarters tu. Haritu plan nak pulang dah. Nasib baik tak jadi. Kalau tak, menyesal tak sudah lah aku. 

InsyaAllah kami akan masuk duduk semula ke rumah kami di Putrajaya lepas aku bersalin anak kedua ni. Maybe dalam bulan 9 or 10. Depends. Aku due 7.7.14. So, dalam hujung bulan 8 gitu aku dah habis pantang 44 hari kot. So, time tu dah boleh la move in ke rumah sendiri kan. 

Sabtu ni aku dah upah orang untuk cuci rumah kami tu. Then lepas tu aku dah plan nak bagi sofa, rak tv and peti ais pada abah aku. Aku nak beli baru and deco semula rumah tu. Nak nampak lain. Taknak nampak sama macam sebelum2 ni. Nanti bila dah siap deco, aku akan panggil orang untuk baca doa selamat dan majlis sikit. Sebab dah lama tinggal rumah tu kan. Tak elok lah kalau main redah masuk je. Dah la ada anak kecik. 

Bab pengasuh pulak, insyaAllah baby akan dihantar ke rumah pengasuh lama Aqil. Dan Aqil aku akan hantar dia ke sekolah di presint 11. Tapi cuma dari bulan 10-12 tu aku kena hantar Aqil jugak ke pengasuh dulu, sebab dia akan mula sekolah pada tahun 2015.

Semua dalam perancangan. Semoga segalanya dipermudahkan.