18 Mei 2016

Soft Matte Lip Cream by Fame Cosmetics

Assalamualaikum! 

Sungguh lama tak bersiaran kat sini. Bertahun kot tak muncul kat sini. Bukan tak sudi, tapi mood nak menulis tu tak ada. Tiba-tiba arini ada mood pulak. Berita bagus ni. hahaha.

Tak mau cerita panjang2 lah harini. Tujuan utama bersiaran arini sebab nak cerita pasal satu produk yang super duper best ni. Dulu aku tak minat langsung lipstik ok. Tapi bila dah cuba satu lipstik dari Fame Cosmetics ni terus aku jatuh cinta.

Tekstur dia memang sangat best. Ringan. Bila kau pakai, kau takkan rase macam pakai lips sebab dia kering. Tak creamy gitu. Memang best laaa. Warna pun super ohsem kot!! Semua warna aku suka. Memang highly recommended korang beli. Tak rugi ok! Harga pun sangat mampu milik.

RM29 je!!!

Korang juga boleh dapatkan semua 7 warna dari aku. Aku ada buat penghantaran tunai ke semua kawasan di Putrajaya dan kawasan sekitar. Kalau area hulu kelang, setiap weekend aku boleh COD. Boleh contact aku di 017-6164780 untuk order.

Jom tengok warna2 yang super ohsem tu.
Korang juga boleh pergi ke IG Fame Cosmetics.
IG aku Ekin Zulkaflee.
FB - Ekin Zulkaflee.



Jom cepat order sementara stok masih ada. Lips ni macam pisang goreng panas ok! Sekejap je restock, pastu licin. Laku keras sangat!

20 Oktober 2014

My baby bambam kena demam campak

Salam Isnin uolsss..

Jangan nak ber'monday' blues sangat lah ye. Hihihi. Aku? Biasa2 aje. Cuma hati tak tenang sangat sebab my lil bambam kena demam campak. Sian my baby bambam.

Dia start demam hari Rabu (15 Okt) tengah malam tu. Hari Rabu lepas maghrib tu, aku dah perasan dia macam merengek je. Nak aku duduk dengan dia. Pastu nak bergayut je. Bila aku duduk je ngan dia, dia elok je sengih2 bagai. Bila aku bangun buat kerja, mula lah dia melalak2. Aku dah pelik dah time tu, sebab dia bukan jenis gitu.

Pastu malam tu dia tidur pun tak lena asyik jaga2 je. Selalu dia lah baby yang jarang sangat bangun malam. Kadang2 tak bangun langsung pun sampai ke pagi. Bila dia bangun tengah2 malam tu, aku bagi susu and aku dah rasa macam "eh, kenapa badan adik ni macam panas". Tapi aku masih relax lagi. Kerap bagi susu je malam tu. Tapi instinct seorang ibu kan, memang sah instinct ku betul. Baby bambam ku demam buat pertama kalinya. Nasib baik dia tak meragam. Just dia tak boleh tidur je nak kita layan dia main je.

Keesokan paginya, aku masuk opis lambat sebab risaukan baby bambamku itu. Pada mulanya taknak anta ke umah BS. Tapi makcik kata kalau dia xmeragam, anta je. Pastu aku pantau suhu dia, takde la tinggi sangat. Paling tinggi 37.6 je. Kire dedar2 la tu. So, dalam kul 9 lbh aku anta gak dia g umah pengasuh. Alhamdulillah sampai petang dia ok. Cuma masih dedar2 lagi. Dedar2 tu berlarutan lah sampai ke hari Sabtu (18 Okt) tengah malam.

Semalam Ahad (19 Okt) bangun pagi dia dah takde demam, suhu dah normal balik. Tapi tetiba ayah dia kate muka n badan dia macam ada ruam2. Macam kena campak. Kebetulan in-law ada kat rumah, tunjuk kat mak, mak kata haah memang betul campak. Demam campak pasir/halus.

Sian baby bambam mama. Umur baru 3 bulan lebih dah kene demam campak. Orang kata bagus budak bawah umur setahun kena demam campak sebab itu menunjukan imun badan dia kuat. Semoga anak mama kuat lah.




Ni lah dia rupa my baby bambam yang kena demam campak halus/pasir. Setakat ni aku sapu bedak sejuk dan ISB moogoo je. Pagi ni aku masuk opis, nanti tengah ari aku jemput dia bawak pergi jumpa doktor. Semoga anak mama cepat sembuh seperti sedia kala.

14 Oktober 2014

Muhammad Amil Rifqy

Assalamualaikum. 

Lama sungguh tak bersiaran. Kini ku kembali. Sekarang aku pun dah start kerja selepas cuti bersalin 3 bulan dari Jun - Sept 2014. 29 Sept aku naik kerja. Mood? Jangan tanya la, memang rasa malas je nak gi kerja. Ye la dah 3 bulan kan dok umah je.

Pengalaman bersalin anak kedua aku dah cerita kan. Sekarang aku nak kenalkan pula my hensem boy Muhammad Amil Rifqy. Yes, it's a boy! Again! Alhamdulillah. Tak kisah apa jantina, janji sihat walafiat. Ayat klishe selalu yang digunakan. Hahaha. 

:: Masih dalam labour room, setelah selesai dibersihkan ::

:: Saat baru keluar dari perut mama, belum dibersihkan lagi ::

:: Masa ni baru 2M rasanya ::

:: Paling latest, 12 Okt 2014 ::

Ini lah dia hero kedua ku. Dilahirkan pada 27 Jun 2014. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat. Fully BF. Aku berharap aku dapat fully BF dia sampai umur dia 2 tahun. InsyaAllah. Sekarang dia dah nak masuk 4 bulan. Masih belum meniarap. Just mulut je banyak cakap. Hari2 suara dia ada je cerita nak disampaikan.

Sekian sesi perkenalan dari Muhammad Amil Rifqy.

24 Julai 2014

Persiapan raya 2014.

Pejam celik pejam celik Ramadhan bakal melabuhkan tirainya tidak lama saja lagi. Rasa sedih pulak. Dalam banyak2 bulan, bulan Ramadhan lah paling indah dan istimewa.

Tapi Ramadhan kali ni aku tak dapat menikmati nya dengan sempurna sebab aku langsung tak dapat berpuasa wajib di bulan yang mulia ni. InsyaAllah tahun depan kalau panjang umur, dapat lah aku merasai keindahan Ramadhan.

Bercerita mengenai persiapan raya tahun ni, alhamdulillah segalanya dah settle. Baju raya pun dah complete beli. Kuih raya dan duit raya pun dah settle. Tahun ni baju raya aku beli sepasang je, pastu rezeki sepasang lagi biras aku bagi. Alhamdulillah. Suami dan anak2 macam biasa beli baju melayu dan tshirt diorang. Kuih raya aku beli 5 jenis je untuk umah abah aku dan umah mertua aku. Adil kekdahnye! Hihihi.. Duit raya pulak tukar rm600. Nanti kalau mak nak ke adik beradik nak tukar blh la. Takdela tu semua tuk kitorang kan. Kalau takde sape nak tukar, nanti lepas raya kita bankin la masuk bank balik.

Tahun ni jugak sama macam tahin2 sebelum2 ni, incik suami dapat hamper berderet. Semua berderet je atas meja. Ntah bila nak bukak pun tak tau. 

Kalau tanya raya kat mana? Memang jawapan aku tiap2 taun raya pertama mesti kat rumah mertua di KL. Petang raya pertama or raya kedua baru balik Bentong. Aku lebih selesa raya kat belah mertua. 

Tu je kot setakat ni nak cerita. Nak tepek gambar tapi tak boleh pulak. Maklumla update blog pakai henfon je. Bertemu kita di lain entry nanti. Baby dah berbunyi2 tu nak susu. Papaiiii.

13 Julai 2014

Pengalaman bersalin anak kedua

Assalamualaikum!

Setelah sekian lama menyepi, harini baru lah aku munculkan diri. Buat pengetahuan korang sekarang aku dalam pantang. Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan seorang lagi baby boy pada 27 Jun yang lepas. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Harini dah hari ke-17 aku berpantang. Sekejap je rasa masa tu berlalu.

Harini aku nak share pengalaman bersalin kali ke-2 ni. Tak berapa jauh beza ngan abang aqil. Cuma si adik ni lahir seminggu awal la lebih kurang. Due sepatutnye 6 Julai, tapi 27 Jun dia dah keluar. Lega! Perasaan aku sebelum bersalin memang bercampur baur. Excited, takut semua adalah. Sebab aku pernah rasa sakit nak bersalin tu camne kot tu yang buat aku takut lebih tu.

Dijadikan cerita, 25 Jun tu aku ada checkup macam biasa kat KK. Boleh pulak time tu nurse and doc cakap darah (bp) aku tinggi. Terus kena refer ke hospital. Aku dah cakap kat doc tu aku nak refer ke HKL terus. Tapi dia tak bagi. Nak jugak suruh ke hospital putrajaya tu. Tensi aku. Aku pun pergi lah. Doc kat hospital cakap takdelah tinggi sangat bp aku tu. Setakat 135 je oiii. Dorang pun pelik kenapa kk kate tinggi. Selain dari masalah tu, aku gak dah rasa contraction sikit2 masa malam sebelum tu. Sampai tak boleh tido. Terus lah masa refer tu doc cek laluan. Ohh dah bukak 2cm. Tetiba sorang doc ni kata aku kena induce. Jadahnye! Memang taknak lah aku! Terus aku cakap "saya taknak bersalin kat sinilah, saya dah minta nak refer ke HKL kan". Barulah terhegeh2 nak call HKL tanya bagai. Ok dipendekkan cerita aku pun dihantar oleh ambulans ke HKL. Sampai sana doc cek laluan lagi, ohh dah bukak 3cm. Ok comfirm tak boleh balik dah. Admit! Bosan! Rindu abang aqil!

Start malam tu tido lah aku kat wad bersalin. Memang bosan! Sebab aku takde rasa sakit pun, tapi kena dok wad. Contraction pun takde. Kadang2 je la rasa. Tapi jarang2 dan tak heavy langsung pun. Esok nya pun sama. Sampai lah hari rabu pun sama. Doc siap pesan suruh aku jalan banyak supaya laluan bukak lagi. Dah naik malas berjalan aku dah. Last2 sampai la hari jumaat (27 Jun) pagi. Macam biasa lah doc cek semua patient. Pastu sampai turn aku, doc kata ehh awak tak bersalin lagi? Ofkos la belum doc, kan saya masih disini. Pastu dia kata ok masuk bilik sekarang, saya nak cek laluan. Bila cek, ok dah 4cm. Doc suruh mandi makan apa semua dulu. Aku pun ilek2 lah buat semua, call hubby sebab masa tu takde contraction pun.

Dalam kul 9.15 pagi aku pn ditolak masuk ke labour room (lr). Bilik 8 kalau tak silap pandang. Debar gak masa tu. Contraction masih tak rasa. Sampai la doc pecahkan air ketuban kul 9.30. Peluh mula menitis dah kat seluruh muka. Contraction dah datang. Dalam hati tak sudah2 baca 'Allahhumma yasir wala tu'asir'. Selawat ni la aku dok ulang2. Hubby pulak tak sampai2 lagi time ni. Dia boleh pegi keje pulak time ni. Berkejar la dia dari putrajaya ke kl. 

Masa contraction dah kuat tu dalam kul 9.45 kot. Rasa nak berak dah ada. Yang bidan tu dok tanya dah ada rasa nak berak tak. Aku hanya mampu angguk je. Tak boleh cakap dah. Pastu dorang tengok bacaan CTG aku, kata bacaan jantung anak aku lemah. YaAllah aku dah risau dah time ni. Aku pandang jam baru kul 10. Baru setengah jam aku kat sini, boleh ke bersalin cepat ni. Dorang estimate 4 jam. Tapi kul 10 tu dorang dah suruh aku teran je kalau nak berak. 

Dorang kata aku kena teran je. YaAllah masa ni lah aku guna sehabis tenaga aku nak meneran tu. Ramai doc , niurse bidan yang bagi support time tu. Hubby pun dah sampai masa tu. Sekuat tenaga aku push. Nak2 pulak dengar bacaan jantung baby tak ok sangat. Lagi lah menguatkan semangat aku time tu nak push bagi baby keluar cepat2. Akhirnya tepat jam 10.18 pagi selamat lah baby boy seberat 3.18 kg dilahirkan. Syukur alhamdulillah. Terus lega masa tu. Baby pulak diletakkan di atas dada kita. Ohhh indahnya saat tu! 

Dah siap2 tu kitorang laki bini sembang2. Snap pic apa semua. Pastu aku tanya bidan tu, banyak tak nak kena jahit? Jawapan bidan tu sangat mengejutkan aku sebab dia kata tak perlu jahit, tak koyak pun. Terkejut aku time tu. Kuasa Allah. Aku bersyukur sangat. Terima kasih YaAllah kerana memudahkan urusan hambaMu ini.

Pengalaman bersalin kalini memang sangat berbeza ngan abang aqil. Masa abang aqil ambil masa 4 jam dalam lr. Yang kalini amek masa tak sampai sejam pun. Setiap orang dan setiap anak tu lain2 pengalamannya. Tak sama semuanya. Sekarang baby ada jaundice, dulu masa aqil takde jaundice. Tak tau nak buat camne. Harap baby cepat lah sembuh ye.

Ahli keluarga baru kami diberi nama MUHAMMAD AMIL RIFQY. 

21 Mei 2014

Review Mom & Baby Expo Mid Valley Mei 2014 : Autumnz Passion Breast Pump (Pakej)

Hello!!

Dah lama tak bersua. Takde masa ke? Tak lah. Sebenarnya malas! hahaha. Hari2 ada je bukak blog and gi baca blog orang lain, tapi blog sendiri malas nak hapdet. Nak update pasal short vacation kat Grand Lexis pun tak buat2 lagi. Sebab cabel phone asyik lupa nak bawak. Tak best lah update tanpa upload gambo kan. Gambo semua dalam fon. So tak tau lah nanti ber update ke tak pasal short vacation tu. Hihihi..

Tunggu je lah nanti ye ada ke tak. Takut lama2 nanti aku dah lupa jalan ceritanya. Hahaha.

Motif update harini aku nak cerita pasal Mom and Baby Expo kat Mid Valley baru2 ni.


Haaa... tulah dia. Rugi sapa tak datang tau. Best sangat! Barang2 biasa lah. Ada yang murah ada yang mahal ada yang sama je harga ada yang lebih kurang je harganya. Tapi bagi ibu2 mengandung yang tengah nak prepare barang2 baby memang WAJIB lah kena pergi baby fair gini. Harga sangat2 berbaloi. Aku kalau tak preggy, memang tak pegi lah. Masa ngandung Aqil dulu mana penah aku pergi baby expo bagai ni. Ni kira 1st time lah.

3 minggu sebelum tu aku dah siap2 tanda kat kalendar ok tarikh Baby Expo ni. Memang plan nak pergi. Sebenarnya barang baby semua dah lengkap, tinggal nak cari breastpump je. So plan nak pergi ni sebab nak beli breastpump la. Memang tak rugi kitorang pergi. Berbaloi sangat.

Kitorang pergi hari Sabtu (17.05.2014). Seawal jam 10.30 pagi kitorang dah sampai Mid Valley ok. Terkezut kitorang. Time tu parking dah full. OMG! Dasat betul ni. Tabahkan gak hati masuk je cari parking. Alhamdulillah ada gak. Betul2 same floor ngan Expo tu. Rezeki betul.

Sampai2 tu kitorang tak terus terjah expo tu. Tapi kitorang pergi food junction dulu. Breakfast time! Food juntion tu betul2 sebelah je ngan expo tu. Apa adehal kan. Hahaha.. 

Siap2 makan baru masuk expo. Masa tu tak ramai sangat lagi orang. Biasa2 je. Masih senang nak tolak stroller Aqil. Yes! Aqil so manja! Sampai sekarang pun still dok dalam stroller. Aku aim apa yang aku nak beli je lah. It's breastpump! Jenama? Aku pilih nak cari Autumnz Passion breastpump. So pusing2 survey harga bagai.

Akhirnya dapat apa yang aku nak. Yeay! Pakej yang aku dapat sangat2 berbaloi2. Sebab aku dah survey dulu kat One Baby World (OBW). Kat OBW pakej yang dapat dengan harga RM514 tak berapa memuaskan hati aku. Dengan harga RM514 1set dia bagi Autumnz Passion Double Electric Breastpump + breast pad pakai buang + cooler bag (yang kecil) + ice pack + storage botol 10 biji + plastik simpan susu + rak keringkan susu. Itu je. Ni pakej kat OBW la. So aku KIV dulu taknak beli. Aku cakap kat incik suami nanti dulu lah.

Pastu masa pergi Baby expo tu aku dapat full set double breast pump + manual breastpump + USB (utk kegunaan di komputer/laptop/powerbank) + electric steam steriliser + home & car warmer combo + storage botol 10 biiji + plastik simpan susu (5) + cooler bag (besar) ice pack (1 kotak). Dengan semua ni aku dapat ngan harga RM609 je ok! Sangat ok harga dia. Bra tak kisah pun tak dapat dalam pakej ni, sebab masa tu dorang jual maternity bra murah sangat2. Harga RM10-15 je. Murah kan.




Ni lah antara barang2 yang aku dapat dalam pakej tu. Bag memang sebijik warna biru tu. Aku nak amek warna hitam, tapi dah habis pulak time tu. Bagi aku sangat2 berbaloi lah. Tak rugi aku survey2 dulu, review dulu. Semua tu penting sebelum kita beli apa2 barang. Betul tak?


Tengok tu penuh barang gantung kat stroller Aqil. hehe.. Sebenarnya tak banyak pun shopping barang baby time tu. Sebab barang baby dah lengkap kan. Yang buat nampak banyak tu semua sebab barang2 autumnz tulah. Besar2 kan. Hihii.

Selain tu, aku ada beli botol susu Aqil. Memang murah. Satu botol susu dapat dengan harga RM26. Kalau 2 botol dapat harga RM48 je. Aqil guna botol susu Tommee Tippee. Murah kan. Salu aku beli kat manjaku 2botol RM50 lebih. Pastu aku beli pampers newborn. Pampers Aqil tak beli pun, sebab sama je harga kat manjaku. Pastu aku beli bantal baby 2 bijik. Memang dah aim nak beli kat OBW aritu. Tapi rasa cam mahal pulak. Nasib baik pergi sini, dapat lah murah gila. Fuhh berbaloi! Itu jelah barang yang aku beli. 

Tapi pastu incik suami ajak pergi Metrojaya. Katanya nak beli kasut. Dah lama pakcik ni nak beli kasut. Akhirnya dapat gak sepasang. Kebetulan pulak Metrojaya ada sale. Ontong lah. Laki aku ni memang suka beli kasut kat Metrojaya. Kalau nak cari kasut, mesti pergi Metrojaya. Itu je lah barang shopping kami haritu.

Mesti korang tertanya2 kan kenapa aku pilih BP Autumnz. Aku pilih BP ni sebab harga dia ok2. Kalau tak pakai pun nanti, rasa takdelah rugi sangat. Function lebih kurang dengan Medela FS. Bunyi BP ni pun tak bising. BP ni pun boleh hand free. Sambil buat kerja or drive pun kita boleh pam susu. Sama lah kan macam Medela FS? Hihihihihi.. 

Kali ni aku dah nekad nak full breastfeed baby. Sekurang2 nya 6 bulan. Aku taknak jadi cam abang dia dulu, 2 bulan je menyusu badan, pastu dah taknak. Kali ni aku akan cuba utk BF. InsyaAllah. Doa2 kan lah. Sekarang aku dah nak masuk 34W. Wahh dah tak lama tu. Seram pulak rasa bila ingat balik time2 nak bersalin. Hehehe.. Jantina baby pun dah comfirm apa. Tunggu time dia nak melihat dunia je. Semoga semuanya selamat. Amin.



30 April 2014

Suprise yang tak menjadi

Harini 30 April 2014 adalah hari lahir suamiku yang tercinta. Harini genaplah usia beliau 31 tahun. Apa ada pada umur? Muahaha. Yang penting kasih sayang dalam hubungan rumahtangga kami sentiasa kekal. Itu lebih penting!

Hadiah? Hmm...memang kalau ikutkan tahun2 sebelum2 ni ada lah pernah sekali dua je aku bagi laki aku hadiah. Bukan takde niat nak kasi, tapi tak reti lah nak kasi hadiah apa. Tapi tetiba tahun ni aku terpandai pulak nak bagi hadiah apa. Hihihii. Konon2 nak buat suprise, tapi tak menjadi. Cehhh!

Kisah nya begini.

Memang dah seminggu aku dah tahu apa present yang aku nak beli. Cuma aku still tengah survey2. Kat mana aku boleh dapat diskaun banyak sikit. Hehe. Boleh la jimat2, pastu belanja la si suami tu makan ke apa ke kan. 

:: Pic credit to google ::
Ini lah hadiahnya yang aku plan nak beli tu. Sunglasses Oakley! Incik suami haritu ada sebut nak beli sunglasses RayBan. Tapi aku rasa design RayBan tu semua lebih kurang sama je. Lagipun yang macam ni dia takde lagi. So, marilah kita gamble beranikan diri beli. Tak kira lah sesuai ke tak kan.

So, puas lah ni aku survey kat Alamanda, tapi dapat diskaun 10% je. Ada kedai lain lagi la takde diskaun langsung. Parah ni. Dah lah harga sunglasses ni RM700. Dapat less lagi sikit pun ok lah kan. Takpe, pikir punya pikir time tu, takyah beli lagi la. Dalam hati kata, takpe aku ada masa lagi seminggu ni.

Tetiba ari Jumaat malam tu aku baru terfikir nak tanya adik ipar aku yang lelaki tu. Sebab tu dia penggemar sunglasses. Nasib baik aku tanya dia. Sebab dia lah yang mengingatkan aku yang ada sorang kawan kitorang kerja kat kedai spek. Apa lah aku ni pelupa sangat!

Deal punya deal nak jumpa ngan kawan aku tu berjaya gak la. Beli ngan kawan aku tu, dapat lah guna staff price. Lega sikit. Hehehe. Penat tau sorok2 nak mesej apa sume daripada incik suami nampak. Dah macam ada scandal plk aku. Hari Ahad petang tu aku tipu incik suami aku kata nak pergi One Baby World Taman Permata jap. Nak survey breast pump. 

So petang tu dapat lah aku pergi dan beli sunglasses di atas tu. Pastu takut kantoi, sorok lah bawah seat sebelah penumpang. Nak sumbat dalam henbeg tak muat pulak. Time tu pakai henbeg kecik je.

Nak dijadikan cerita, boleh pulak malam tu time aku sidai kain baju kat depan rumah, dia ikut sama keluar. Tapi bukan tolong aku sidai kain baju tapi kemas kereta! Ahhhhh! Aku dah tak boleh fikir dah. Dalam hati cuma berharap dia jangan la tarik seat penumpang tu kedepan. Tapi harapan aku tu musnah begitu sahaja. Akhirnya kantoi gakkkkk.

So terpaksa lah bagi time tu jugak. Present awal lah kiranya. Pagi tadi bagi hadiah kiss je. Hehehe.

Nasib baik dia suka. Lega!