Pejam celik pejam celik Ramadhan bakal melabuhkan tirainya tidak lama saja lagi. Rasa sedih pulak. Dalam banyak2 bulan, bulan Ramadhan lah paling indah dan istimewa.
Tapi Ramadhan kali ni aku tak dapat menikmati nya dengan sempurna sebab aku langsung tak dapat berpuasa wajib di bulan yang mulia ni. InsyaAllah tahun depan kalau panjang umur, dapat lah aku merasai keindahan Ramadhan.
Bercerita mengenai persiapan raya tahun ni, alhamdulillah segalanya dah settle. Baju raya pun dah complete beli. Kuih raya dan duit raya pun dah settle. Tahun ni baju raya aku beli sepasang je, pastu rezeki sepasang lagi biras aku bagi. Alhamdulillah. Suami dan anak2 macam biasa beli baju melayu dan tshirt diorang. Kuih raya aku beli 5 jenis je untuk umah abah aku dan umah mertua aku. Adil kekdahnye! Hihihi.. Duit raya pulak tukar rm600. Nanti kalau mak nak ke adik beradik nak tukar blh la. Takdela tu semua tuk kitorang kan. Kalau takde sape nak tukar, nanti lepas raya kita bankin la masuk bank balik.
Tahun ni jugak sama macam tahin2 sebelum2 ni, incik suami dapat hamper berderet. Semua berderet je atas meja. Ntah bila nak bukak pun tak tau.
Kalau tanya raya kat mana? Memang jawapan aku tiap2 taun raya pertama mesti kat rumah mertua di KL. Petang raya pertama or raya kedua baru balik Bentong. Aku lebih selesa raya kat belah mertua.
Tu je kot setakat ni nak cerita. Nak tepek gambar tapi tak boleh pulak. Maklumla update blog pakai henfon je. Bertemu kita di lain entry nanti. Baby dah berbunyi2 tu nak susu. Papaiiii.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan