17 Ogos 2011

Majlis Persandingan sebelah lelaki (Part 1)

OK..seperti yang dijanjikan dalam blog yang lepas, saya janji nak share kisah kawen kami di sebelah lelaki plak. 1st saya nak cerita sikit la ye, kire sinopsis la. Majlis persandingan kami di sebelah lelaki dilangsungkan pada 01 Mei 2010 di rumah keluarga incik suami di Taman Melawati, KL. Mase majlis ni, ade dua pengantin tau. Lagi sepasang pengantin tu adalah kembar suami saya sendiri. Kembar suami saya ni perempuan. Kire majlis ni kami kongsi ngan die la kan. Save bajet sikit. Hehehehe... Tak dinafikan majlis persandingan kami di KL ni sangat meriah. Ramai sangat kawan2 yang datang. Baik kawan suami, kawan saya, kawan azah dan kawan wan. Ni saya akan share gambar2 mase sebelum hari kejadian.


:: Biras ku (isteri kpd abg iparku) nak berinai gak ::

:: Inilah hasil tangan birasku setelah dipakaikan inai ::

:: Dah macam bakal pengantin dah biras ku ::
Gambar2 di atas adalah malam pada 29 April 2010 tu. Kakak yang pakaikan inai tu jiran kami di Taman Melawati. Laju je die pakai kan inai tu. Seronok tengok.


Sekarang giliran pengantin sebenar plak nak pakai inai ye. hehehehhe


:: Pengantin pertama da mule pakai inai ::

:: Pengantin kedua khusyuk dok memilih design inai tuk tangannye ::

:: Tadaaa....dah start pakai inai ::
Itulah antara beberape keping gambar yang saya share pasal pakai inai. Dan sekarang saya nak share pasal majlis marhaban pada 30 April 2010 bersamaan dengan tarikh lahir suami saya. 


:: Aza sibuk mengedarkan goodies beg kpd ahli kumpulan marhaban ::

:: Saya pun same bz ::

:: Kami berdua adalah pengantin, hehehhe ::



:: Setelah majlis marhaban selesai ::


:: Ke mane saya nak pergi ni ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan