30 November 2012

Takde idea

Alhamdulillah kami selesa dengan rumah 'pinjaman sementara' kerajaan kepada kami. Tapi hati meronta2 nak deco sana deco sini. Rumah sekarang ni pun ada je benda yang aku nak buat. Tebuk sana lah tebuk sinilah. Tapi tak kreatif mana pun. Rumah luas tapi tak tau macam mana nak deco bagi nampak lagi cantik menarik tertarik the boom! 



Ini ruang tamu rumah pinjam kitorang ye. Tengok lah sangat simple aku susun asal boleh je. Tu korang belum tengok dapur, ruang meja makan dan bilik. Dah lah rumah aku ni nak ke bilik berlorong, so aku dah cuba fikir apa nak buat, tapi takde gak idea. Sebab aku gila tak kreatif langsung ok! Nak ajak incik suami pergi IKEA lah! Haaaa tetiba idea ni pulak sampai time ni. 

Walaupun kitorang selesa tinggal di teratak pinjam kami ni, kami masih dalam proses mencari rumah sendiri. Kalau ada info2 rumah nak jual sekitar dengkil ke bangi ke seri kembangan ke KL ke, let me know k! Taknak jauh2. Biarlah dekat2 Putrajaya jugak. Kalau mampu, insyaAllah. Itu lah impian kami sekarang. Walaupun laki aku keje KPKT, tp bukan senang jugak ye nak beli rumah ni. Belum ada rezeki kami lagi. InsyaAllah dalam masa terdekat ni mudah-mudahan.

Nak rumah! Nak rumah! Nak rumah! Jiran aku dah pindah pun, beli rumah kat Dengkil. Rumah teres 2tingkat lagi. Bestnya! Kitorang nak jiran dengan dia jugak! Sebab dorang jiran yang besttttttttttt.

28 November 2012

Pengurusan Jenazah

Kepada yang friend dengan aku kat FB mesti tahu kan minggu lepas aku ada mengikuti satu kursus di Putrajaya. Kursus pengurusan jenazah di Masjid Putra, Putrajaya. Ini adalah pertama kali ok aku mengikuti kursus ni. Selama tak pernah pun dan tak pernah tahu pun bab2 ni. Alhamdulillah ini salah satu kelebihan bila berada di dalam perkhidmatan awam. Kita berpeluang mengikuti pelbagai bentuk ceramah, kursus dan yang berkaitan dengan percuma. Aku bersyukur sangat! Harini aku nak share sikit ilmu yang dah aku dapat minggu lepas. Rupa-rupanya ada step by step yang kita perlu tahu ek. Seronok mengikuti kursus ni sebab siap ada praktikal lagi untuk bagi kita lagi faham. Jom kita belajar!

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. Ustaz tu kata kalau kita menyempurnakan fardhu kifayah ni, akan terhapus segala dosa. Kita akan menjadi suci bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Bayangkan betapa besarnya ganjaran yang diberi oleh Allah kepada kita dengan menyempurnakan jenazah sahaja. MasyaAllah.

Nak tau lebih lanjut dan mendalam, boleh lah tengok kat SINI . Kalau aku nak tengok kat entry ni, panjang dan banyak sangat ilmunya. Jadi, lebih senang tengok di situ ye. Selamat belajar!

26 November 2012

Fikirkanlah


Semua orang akan menghadapi masalah. Baik dulu, sekarang atau akan datang. Cuma serius atau tidak sahaja permasalahan yang dilaluinya itu. Aku sendiri tidak lari dari keadaan tersebut. Itu sememangnya lumrah kehidupan. Cukup pelik bunyinya kalau seseorang tu mengatakan dia tidak pernah mengalami sebarang masalah. Cukup sempurna hidup kau?

Well, kadang2 kite perlukan seseorang untuk luahkan perasaan samada:
kawan??
sahabat??
teman??
keluarga??
mak ayah??

Yang paling tepat sememangnya Allah S.W.T. adalah sebaik2 tempat untuk  kita meluah segala perasaan yang tersurat dan tersirat. Walaupun begitu, lumrah manusia, memerlukan pendengar untuk mendengar segala keluh kesah, kesedihan, kegembiraan dan segala bagai. Bukan bermaksud kita mengeluh dengan ketentuan Ilahi, tetapi sebagai manusia biasa, kita masih memerlukan seseorang disamping kita untuk meluahkan segalanya.

Akan tetapi, menjadi trend masyarakat sekarang meluah perasaan di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dll. Sememangnya kadang2 kita tahu dan faham individu itu hanya ingin meluahkan apa yang dirasa, tetapi lama kelamaan keadaan ini akan membuatkan orang lain tersenyum sinis dan bertepuk tangan melihat kejatuhan kita dan juga akan menimbulkan masalah lain pulak.
Contohnya:

- menjejaskan hubungan yang terjalin.
- menimbulkan fitnah.
- wujudnye stalker yg tak diingini (samada yg suka kita mahupon gembira melihat kesusahan kita)

Bila kita rasa nak luahkan perasaan sedih di laman sosial, berfikirlah sejenak. "Adakah ini jalan terbaik atau sebaliknya". Ada diantara 'mereka' kesian melihat keadaan kita, dan ada diantara 'mereka' sgt gembira dengan kejatuhan kita.

Jadi, berfikirlah sebelum membuat sesuatu tu. Ada baik dan buruknya. Dan lebih baik sebenarnya adalah bercakap face to face dengan orang yang sepatutnya. Bukan dengan cara meluah merapu2 di laman sosial. Ini hanya sekadar teguran kepada kawan2 aku yang ramai sungguh berbuat begitu di laman sosial. Harap korang dapat terima teguran ini, supaya tidak memakan diri anda sendiri suatu hari nanti. Orang akan berfikiran negatif je bila terbaca sesuatu yang tidak enak di 'situ'. Hidup mesti senyum sokmo! 

Bersangka BAIK itu lebih BAIK!


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih darimu. Ucapkanlah dalam hatimu : 
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : 
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
" Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah, aqidah dan akhlak juga akan terjaga. InsyaAllah. Mudah mudahan. Aaminnnnn..

Sembang takde motif

Assalamualaikum semua! Ceria selalu ok.

Boringlah harini. Nak buat kerja pun malas. So, jom hadap blog je sepanjang harini. Membuatkan aku tambah malas sebab orang office ni dah bising2 suruh siapkan SKT. Arghh malas betul nak hadap sistem HRMIS yang lembap nak mampus tu. Nak mengira2 lagi satu hal malas. 

Jom cerita2 pasal weekend kita lah. Aku weekend baru ni tak pergi mana pun. Duduk rumah je, dan keluar kawasan sekitar je. Sabtu incik suami rajin pergi ofis. Dia ajak aku lepak ofis dia, tapi aku malas lah. Baik duduk rumah. Main masak2, main dengan aqil, main kemas2 rumah. Petang tu aku cuma keluar pergi jemput makcik urut bawak datang rumah. Pergghhhh sedap bila badan dapat berurut. Dua hari aku berurut dengan makcik tu. Memang sedap lah, ringan rasa badan.

Hari Ahad pulak lepas makan tengah hari incik suami ajak keluar pergi Carefour Alamanda beli susu aqil. Memang murah2 lah semalam kat Carefour. Daripada nak beli susu, terus incik suami beli sekali pampers aqil. Mana tak nya, PetPet 2packs = RM54 je ok! Murah kan! Gila kau taknak beli. Selalu kitorang pakai Huggies. Ni tetiba nak tukar selera pulak. Susu aqil pun murah seperti selalu. Beli terus 8kotak. Senang untuk sebulan.

Balik dari beli susu tu, incik suami ajak pergi karaoke pulak. Mula2 tu dia ajak aku pergi main bowling kat IOI Mall Puchong. Ahh malas aku! Dah lah badan aku sakit2 nak ajak main bowling pulak, memang tak la. Tu aku ajak dia pergi Giant Equin, Seri Kembangan tuk karok. 2jam RM18 je rasanya. Murah kan. Karok sampai lebam.

Lepas karok tu, kitorang pergi botakkan kepala si qiqil tu. Comel je. hehehe.. Sesaje tukar style dia.


Promotion lagi!


Air Asia selalu buat hidup aku tak keruan! Mulai harini (26 November 2012) sampai 2 Disember 2012 Air Asia ada buat promotion lagi. Uwaaaa.... Kenapa murah2 belaka ni. Incik suami suruh usha2 tengok pergi Bali or Sabah. Memang aku dah key in semua, masyaAllah gile murah ok! Ruginya kalau tak terus booking. Macam mana ni.. macam mana ni. Oh tak tahan! Mana satu nak pilih ni. Sebenarnya aku dah booking tuk pergi satu destination lain. Tapi tu bulan 6. Tapi kalau nak pergi dulu mana2 bulan Februari boleh tak. Nak celebrate birthday Aqil. $$$ Come to me!! Hahahaha. Kene pujuk incik suami baik punya ni sementara masih ada peluang ni.

23 November 2012

All about aqil

Dah lama tak update pasal aqil kan. Dah semakin besar dan pandai hero kecik aku tu. The best part is dia dah pandai cakap ok sekarang! Walaupun tak berapa nak terang dan pandai, tapi aku tetap bangga. Sebab seronok dah ada kawan yang boleh aku borak2 dan sakat2. Dia paling pantang nampak aku duduk dekat dengan ayah dia or sebaliknya jugak. Mesti dia datang "ayahhh...no!" "mamaaaa......no!". Dia tak suka ok kami duduk dekat2, dia jeles. Kekadang saje sakat dia. Seronok tengok dia marah. Kahkahkahkah...



Tengok dah pandai kan nak pose2 amek gambar. Dulu mana dia nak. Cukup bertuah. Sekarang panggil je aqil cepat nak amek gambar. So, dia akan stop n smile tengok camera. Clever boy! 






Alhamdulillah. Aqil dah pandai nak ikut2 kami solat. Ini memang satu perkara yang aku sangat suka. Semoga sehingga ke akhir hayatnya dia tidak akan lupa untuk menunaikan solat. Aminnn.. Memang pantang nampak mama or ayah solat, pasti dia akan tarik jugak sejadah dia.













Aku suka betul bawak aqil berekreasi kat Alaf Monumen Putrajaya ni. Kalau petang2 weekend takde ke mana, memang kat sini lah kitorang bawak aqil main2. Dia pun suka. Kat situ, luas, pemandangan cantik, ada tasik, ada rumput2 boleh duduk ala2 berkelah gitu. Boleh naik menara tu tengok pemandangan Putrajaya yang cantik. Boleh tengok sunset. Weekend ni pun kitorang tak kemana kot. So, nak bawak aqil main2 kat sini lagi. Nak bawak basikal dia pulak la kot. Aku bukan tak suka pergi kat Masjid Putra tu, tapi kat situ ramai sangat orang la. Kat sini takde. Memang kurang orang. Tenang je kat sini. Angin bertiup cam tepi pantai. Cehhh *Sapa sebenarnya beria nak pergi sini, anak ke mak?* Hahahaha.

Kalau nak bercerita borak pasal anak ni, sampai sudah pun tak habis. Hehehe. Seronok tengok anak membesar dengan sihat dan gembira di depan mata kita. Aku tak tahulah apa perasaan orang yang tinggalkan anak dekat kampung tu. Kenapa mesti nak tinggalkan kat kampung bagi mak jaga. Tak kesian ke kat anak tu. Membesar tanpa mak ayah di depan mata. Dan lagi kesian kat mak kita tu kan. Dah tua2 ni lah masa untuk dorang rehat2 pulak. Dulu waktu kita kecik2 dah puas dah dorang jaga kita kan. Kalau aku , aku rela bersusah payah daripada aku berjauhan dengan anak aku. Aku tak rela anak aku jauh dengan aku. Lebih bahagia hidup kalau anak2 membesar depan mata kita. 

Takde apa yang susah kalau kita tahu cara menyelesaikannya.



Tabiat aku

Suka lalu2 tengok blog sendiri. Sebab apa? Sebab blog aku dah cantik ok! Tiba2 semalam gatal tangan rajin tekan sana tekan sini cari layout baru. Nasib baik jumpa yang ok. Dah boring lah tengok layout lama tu lama2. Kadang2 nak pembaharuan gak kan dan nak nampak lain jugak.

Cerita pasal suka nampak pembaharuan dan kelainan ni, mula rasa nak cerita2 kosong sikit pasal diri sendiri. Kalau korang semua nak tau, aku ada satu perangau yang entah apa2. Perangainya adalah aku suka sangat mengubah2 kedudukan sesuatu dari semasa ke semasa. Katakan minggu lepas benda tu ke kanan arahnya. Nanti minggu sure aku nak alih2 dia bagi hala ke lain pulak.

Perangai aku ni tak kira kat rumah atau pejabat. Ada je aku nak tukar2 arah barang2 aku. Padahal last2 bendenya nampak sama jugak. Tapi tu memang habit aku! Kalau kat rumah jangan cakaplah. Baik kat dapur, kat ruang tamu, bilik, dalam kabinet, dalam almari, semuanya selalu berubah arah ok! Incik suami dah faham sangat dah perangai aku. Aku suka buat bende2 gitu. 

Kejap2 rasa nak sofa kat situ, kejap2 rasa almari nak kat situ, kejao2 rasa meja makan nak pusing sana, kejap2 rasa nak letak mainan aqil kat sana. Semua 2 kejap2 lah. Susunan kain baju pun macam tu. Aku tak kisah walau banyak kali sekalipun aku kene buat, kene tolak kene tarik almari ke. Janji aku puas ati. Itulah kerja aku bila boring dan rasa nak buat. 

Seronok lah main alih2 ni. Lagipun ada orang kata elok sebab kalau ada 'tetamu' yang tak diundang menetap di situ or pergi situ, 'benda' tu pun takkan menetap kat situ lama2. Sebab 'benda' tu akan rasa tu tempat baru, bukan tempat dia. Dia akan berlalu begitu sahajalah. Tu orang katalah. Bukan aku kata.

14 November 2012

Mahal!

Harini aku nak cerita kisah hari Ahad lepas. Kami pergi ke medan makan di Kampung Abu Bakar Baginda. Memang aku cukup panas hati di kala tengah hari Ahad lepas. Dah lah panas, lepas tu ditambah dengan akak kedai tamak tu membuatkan aku lagi panas hati. Ni kisah bukan sebab aku malas masak, tapi niat di hati nak breakfast je, tapi datang2 kedai tu dah penuh dengan lauk pauk makan tengah hari je. Breakfast punye dah takde. Eh dah lambat ke aku ni, rasenye baru pukul 10 lebih time tu. Tapi dah penuh dengan makanan untuk lunch je. So, bedal je lah. Balik nanti boleh lah relax2 sikit masak lambat2. 

Masa tu aku ambil nasi sepinggan + telur sebijik (gulai telur) + sayur kangkung secedok. Incik suami pulak amik nasi sepinggan + telur sebijik (gulai telur) jugak + bendi 4batang. Lepas tu aku tambah ikan keli bakar + ayam masak merah dalam pinggan lain. Air pulak sirap limau + teh o ais. Korang tau berapa semua ni?? Semua RM20.90! Tak taulah kalau korang rasa murah ke. Tapi bagi aku mahal! Aku sampai gaduh tau ngan akak kedai tu dengan harga yang dia caj. Aku memang tak puas hati. Aku tanya dia satu2 harga bagi lauk pauk yang aku amek tu. 

Dia kata nasi aku ngan laki aku tu sepinggan RM5. Logik ke. Eeeee tamak punya manusia! Macam ikan tu takpelah kau nak caj RM7 sekor. Aku paham la, aku boleh terima lah. Ayam tu pun dia caj RM3.50 seketul. So ok la bagi aku. Standard price la tu kan. Yang buat aku bengang dan tak boleh terima bab harga nasi sepinggan tu. Ade ke patut sepinggan RM5. Kau kira nasi kosong tu RM2 ke ape!! Memang aku betul2 berbulu ngan akak tu. Aku punya bengang, dengan spontan aku boleh sound dia, akak kalau akak berniaga macam ni, akak boleh pergi haji balik hari tau. Terus dia marah2 sebab terasa pedas sangat kot kata2 aku tu. Aku pedulik apa! Customer is always right! Aku sebagai customer ada hak untuk bersuara. So kau nak marah2 kenapa. Tak puas ati? Meh aku sepak muka kau! Yang penting aku puas hati dapat tanya dan cakap sendiri ngan tauke kedai tu apa yang aku rasa tak puas hati tu. Dia cakap2 harga sayur lah ikan tu mahal. Kepala hotak dia! Aku jawab balik, akak jangan ingat saya bodoh! Saya ni memang selalu pergi beli ikan sayur apa semua kat pasar. Terus senyap dia. Nak bodohkan aku, memang tak dapat lah. Aku bukan kedekut, tapi bagi aku tak patut langsung harga gitu. 

Memang aku takkan pergi lagi kedai kau. 

09 November 2012

Pesanan khas buat kau kau dan kau!


Kadang-kadang dalam hidup ni, lebih baik kita berdiam diri daripada berkata-kata, sekurang-kurangnye takde hati yang sakit, takde hati yang terluka, takde hati yang terguris, kita sendiri pun tak kan terlalu sakit kan?? Apa gunanya berbalas kata andai semuanya tak kan mampu selesaikan apa-apa. Berdiam diri, sekurang-kurangnya sedikit kedamaian hati akan singgah di jiwa kita, berdiam diri jugak akan membuatkan kita mampu berfikir dengan tenang. 

Biarkan mereka-mereka berkata-kata tentang kita, takde apa yang mereka dapat melainkan dosa. Kita jugak yang untung kerana dapat pahala atas umpatan mereka terhadap kita. Aku jenis tak kisah. Pekakkan telinga butakan mata. Tapi jika dah keterlaluan, mereka-mereka mungkin bakal dapat habuan dari aku. Aku memang seorang yang pendam kan segala apa yang aku rasa, tapi jangan sampai benda2 tu semua meletus keluar seperti gunung berapi yang mengeluarkan laharnya! 

Aku berharap sangat orang-orang yang suka mengata orang tu sedar akan kesilapan diri. Bila rasa je nak mengata tu, terus pergi depan cermin dan bercakap, kerana tuduhan-tuduhan itu sebenarnya untuk dilemparkan kepada diri sendiri. Selama ni aku tau kau kau dan kau telah, sedang, akan mengata aku. Tapi aku diam kan je kerana diam itu lebih baik daripada berkata-kata kerana bimbang kata2 itu akan memakan diri sendiri sepertimana yang kau kau dan kau tengah lalui sekarang.