Kepada yang friend dengan aku kat FB mesti tahu kan minggu lepas aku ada mengikuti satu kursus di Putrajaya. Kursus pengurusan jenazah di Masjid Putra, Putrajaya. Ini adalah pertama kali ok aku mengikuti kursus ni. Selama tak pernah pun dan tak pernah tahu pun bab2 ni. Alhamdulillah ini salah satu kelebihan bila berada di dalam perkhidmatan awam. Kita berpeluang mengikuti pelbagai bentuk ceramah, kursus dan yang berkaitan dengan percuma. Aku bersyukur sangat! Harini aku nak share sikit ilmu yang dah aku dapat minggu lepas. Rupa-rupanya ada step by step yang kita perlu tahu ek. Seronok mengikuti kursus ni sebab siap ada praktikal lagi untuk bagi kita lagi faham. Jom kita belajar!
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. Ustaz tu kata kalau kita menyempurnakan fardhu kifayah ni, akan terhapus segala dosa. Kita akan menjadi suci bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Bayangkan betapa besarnya ganjaran yang diberi oleh Allah kepada kita dengan menyempurnakan jenazah sahaja. MasyaAllah.

Nak tau lebih lanjut dan mendalam, boleh lah tengok kat SINI . Kalau aku nak tengok kat entry ni, panjang dan banyak sangat ilmunya. Jadi, lebih senang tengok di situ ye. Selamat belajar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan