04 Disember 2012

Kuasa ALLAH

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Selasa.

Korang dah tonton Adam dan Hawa? Hahaha.. Tetiba kan. Aku dah selamat menonton pepagi sampai tadi. Lepas dah tonton, baru pergi breakfast. Dan sekarang perut dah sedap kenyang, terus boleh update blog. Wahhhhhh... Gedik je kan. Itu lah rutin aku hari2 bila sampai ofis. Tapi update blog tu jarang la. Tak jadi rutin lah. Takde mood, bizi, malas, macam2 lagi lah alasan aku. Sebenarnya aku ke sini pagi2 ni bukan nak cerita pasal tu semua, aku nak cerita pasal semalam time aku balik kerja.

:: Gambar hiasan ::
Petang semalam aku keluar dari ofis, memang dah gelap dah langit. Cuma belum hujan je lagi. Tapi aku rasa kat jalan otw balik nanti mesti hujan. Sepanjang jalan Istana Lama tu dah renyai2. Dan biasa lah kan jem sikit. Tu tak boleh nak elak lah. Jem sampai Sri Petaling. Aku ikut highway Plus. Tak ikut MEX. Sampai je Sri Petaling, hujan selebat2nya. Sampai tak nampak jalan ok! Aku hanya mampu drive 40-60 km/j je ok. 

Kusangkakan hujan lebat macam tu separuh jalan je. Tapi sampai tol Sungai Besi pun hujan masih mencurah2 tak nampak jalan. Memang semua slow lah. Aku lagi lah slow. Fobia jalan licin. Sampai kat tol UPM pun masih lebat gila2. Tengok atas memang gelap gila. Tak nampak langit dah. Sangat gelap! Aku biasa akan balik ikut Bangi, Gate 1 Putrajaya. Itu memang jalan aku lah. Sepanjang jalan memang hujan sangat lebat sampai pemandangan sangat terhad. Tapi tiba di satu kawasan masjid kat Kg Abu Bakar Baginda tu, boleh pulak dengan serta merta hujan rintik2 je. Sedangkan sebelum tu hujan lebat gila2.

Aku ingat kan lepas tu pun takdela hujan lagi. Rupa2nya hanya di kawasan sekitar masjid tu je yang tak hujan. Sebelum dan selepas jalan tu hujan turun mencurah2 sampai rumah. Sungguh pelik. Tapi itu adalah kuasa Allah. Hanya Allah yang berkuasa dan tahu tentang segala2 nya. Sekadar kebetulan atau suratan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan