07 Februari 2013

Aqil's 2nd Birthday!

Assalamualaikum!

Dah lama rasanye tak update. Takde masa sikit la kebelakangan ni. Bizi dengan kerja ofis. Bertimbun kerja sekarang. Kadang2 sampai tak tau nak mula dari mana dulu buat kerja tu.

Korang yang follow FB dan IG aku mesti dah tau pasal birthday party aqil tempoh hari. Aqil now dah 2 years old! Yeay! Kami ada lah buat makan2 sikit hari Sabtu 2Feb tu. Pada yang kami tak jemput tu maaf lah ye. Sebab buat kecik2 je. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Ramai jugak kawan2 yang datang. Tak kira dekat atau jauh. Terima kasih banyak2 pada semua yang datang.

Tapi sebenarnya aku sedikit terkilan lah. Terasa hati pun ye jugak. Sedara mara aku sorang pun tak datang. Padahal aku dah jemput semua. Dulu masa aku buat aqiqah aqil, aku tak jemput sibuk ungkit2. Tapi bila dah dijemput, batang hidung pun tak nampak. Jangan kata batang hidung, mesej or call langsung takde. At least mesej la cakap sorry ke kan. Aku memang marah gak la. Tu kadang2 rasa baik ramai kawan dari ramai sedara. Yang masa aqiqah aqil bukan aku sengaja taknak jemput. Masa tu kami bagi orang2 surau je. Tak buat kat rumah pun. Sebab tu tak jemput. Dah la malas cerita pasal dorang. Buat sakit hati je.

Berbalik pada kisah sebenar. Aku buat majlis birthday aqil kat rumah mak mertua aku kat taman melawati. Alhamdulillah suasana memang sgt meriah. Rezeki pun murah. Menu bermacam2 ada. Semua tu rezeki aqil. InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki kami buat lagi dan jemput anda semua lagi ye. Jom aku share gambar2 sebelum dan semaas majlis berlangsung.

:: Orang kuat majlis. Hahaha.. Pak Busu Aqil ::

:: Minum ribena dulu sambil tunggu persiapan ::

:: Mama's decoration.. Simple! ::

:: Goodies tuk para tetamu ::

:: Aqil's Birthday Cake.. Sedap sangattt ::

:: Sape punye birthday sebenarnye ni. Orang lain yg tiup lilin ::

:: Pakej amek cupcake sekali. Habis semua.. Alhamdulillah ::

:: Mama tolong si aqil yang malu-malu ::









Antara tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan majlis.. Terima kasih pada semua yang datang!







Antara hadiah-hadiah yang aqil dapat. Alhamdulillah rezeki. Suruh bukak satu2 bukan main lama. Dah bukak satu, nak dimain. Pastu tak endah dah hadiah lain. Pastu paksa suruh bukak yang lain, baru bukak. Pastu kalau taknak. Beria ayat nanak! nanak! nanak! Gerammmmm........nasib baik lah comel.






:: Hadiah dari GrannyCu aqil ::

:: Hadiah dari kawan baik ayah.. Atok Zali ::

:: Hadiah dari pakcik dorang. Kebetulan birthday anis 22feb ni, so pakcik bagi sekali je ngan aqil, kalau  tak berebut je ::



Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan rezeki yang telah Kau berikan kepada kami sekeluarga. Dan tak lupa terima kasih yang tak terhingga pada semua. Selamat hari lahir anakku Muhammad Aqil Rizqin. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna di masa hadapan. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada anak mama yang comel ni. Mama dan ayah sayang aqil.

Sempena birthday aqil, mama dan ayah akan bawak aqil pusing2 Sabah ye bulan ni. InsyaAllah kalau takde aral melintang 22 haribulan ni kami akan terbang ke Sabah. Doakan semoga aqil sentiasa sihat ye. Dan doakan semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan