21 Mei 2013

Akhirnya! Alhamdulillah...

Betul kata orang, penantian itu suatu penyiksaan. Bertahun aku mencuba. Akhirnya dapat jugak. Setelah sebulan lebih menanti, dan akhirnya harini aku telah menerima berita gembira tersebut. Terima kasih YaAllah. Syukur alhamdulillah.


Akhirnya aku telah ditawarkan jawatan tetap. Di kementerian/jabatan mana belum tahu lagi. Kena tunggu surat tawaran dari JPA dulu. 

Perjalanan kejayaan aku ni, memang sama betul dengan incik azhar aku. Pada usia dia 26 tahun setelah 4tahun dia bekerja di CIMB Bank, dia telah dapat anugerah pekerja terbaik (gitulah kot gelarannya masa kat sana). Dan selepas itu, dia juga telah dapat tawaran jawatan tetap dalam kerajaan. 

Aku jugak sekarang 26 tahun dan 4 tahun kerja sebagai PT(P/O) N17 Kontrak di jabatan kerajaan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dan juga telah dapat tawaran jawatan tetap pada tahun yang sama. Sama kan kisah perjalanan kejayaan kami dapat tawaran kerja tetap kerajaan. 

Itulah jodoh namanya. Cehhh~~~~

Aku bersyukur yang teramat sangat. Tahun 2013 telah memberi kami banyak rezeki. Terima kasih YaAllah.

2 ulasan:

  1. tahniah ekin!! harap-harap dapat area yang berdekatanlah ye :)

    BalasPadam
  2. TQ Intan. Alhamdulillah rezeki tahun 2013. Tak kisah lah dapat kat KL or Putrajaya pun. Lagipun kami sekarang dah tak dok putrajaya, kami dok KL dah skrg.

    BalasPadam