13 September 2013

Kisah minggu lepas

Assalamualaikum.

Lama dah tak bersua. Bukan malas tapi tak tau apa nak diceritakan. So, harini nak up cerita pasal minggu lepas je lah. Tak berapa basi lagi lah cerita tu. Cuma kurang fresh. Hehehe.

Jumaat lepas aku ikut incik suami pergi JPN Night. JPN = Jabatan Perumahan Negara. Under Kementerian Perumahan. Buat kat bangunan KPKT gak. Kat dewan bawah tu. Aqil tak boleh ikut. Kami laki bini je pegi. Kebetulan dua2 dah keje kat Putrajaya, jadi senang lah kan. 

Tema malam tu Masquerade. Fuhhh..aku ni dah lah tak pandai bergaya. Cukup malas nak fikir ape nak pakai masa tu. Mula2 aku tak jadi join incik suami. Jadi takdelah runsing nak cari baju apa semua kan. Tapi tetiba last minit, incik suami ajak gak. Pakai apa yang hado jo lah. Hentam kromo je. Beli topeng je supaya dapat lah mengikut tema sikit.

:: Ni jelah pada diri aku yang ikut tema ::


:: Suasana dalam dewan ::
Malam tu kitorang duduk table belakang sekali. Best jugak lah. Semua sporting. Happening. Malam tu ada persembahan Linda dan DIana Rafar. Pengacara majlis pulak Danny X-Factor.














Ni Dirmah. Satu unit ngan incik suami. Dia Queen malam tu. Pemenang bagi pakaian tercantik kategori wanita. Dapat hadiah wang tunai RM300 tuuuu. 

:: Ni bukan suami dia, tapi kawan baik incik suami ::
Banyak jugak acara pada malam tu. Paling banyak adalah acara cabutan bertuah. Hadiah pun best2 jugak. Semua incik suami yang pegi beli. Dia pegi cari sume barang2 tu kat Sen Heng Alamanda je katanya. Best2 lah. Nak senaraikan hadiah pun, terlalu banyak lah. Paling best adalah iphone5 ngan ipad mini. Gile ko taknak! Tapi takde rezeki kami. Ontong lah sapa yang dapat tu.

Best lah dinner diorang ni. Siap ada hadiah tiket penerbangan bercuti lah. Tiket percutian lah. Macam2 hadiah ada. Aku suka!


Kitorang dapat pakej penginapan ni. Kat Bukit Merah Laketown Resort. Tak tau lah nak pegi ke tak. Tengok lah macam mana nanti. Expired Bulan Februari 2014.

Malam tu majlis abis dalam pukul 12 gitu lah. Lepas anta Dirmah balik, kitorang pun terus gerak balik KL. Tak sabar nak jumpa hero. Seharian tak ketemu. Rindu bangat. Dah sah2 lah kitorang sampai rumah tu dia dah tidurkan. Takpelah, keesokannya tu kan hari Sabtu. Time for family!

Hari Sabtu tu kitorang balik Bentong jap. Lawat cousin aku yang dalam pantang tu. Dah dekat sebulan dia beranak, baru time tu lah aku berkesempatan nak gi melawat dia. Tengah hari baru kitorang balik bentong tu, sebab pagi tu bawak aqil pergi klinik dulu. Checkup.

Petang Sabtu pulak kitorang dah balik KL. Sebab nak attend birthday party anak kawan kat Gombak. Lepas tu terus balik rumah, rehat. 

Ahad pulak kawan ofis lama kitorang kawen. Wajib lah pegi. Sebab dia pun datang masa kitorang kawen dulu. Disamping tu dapat lah kitorang jumpa kawan2 ofis lama kan. Majlis tu kat Sungai Buloh. Takdelah jauh sangat kan. Jom lah layan gambo2 yang ade.






:: Ramai2 ni lah geng2 di ofis lama ::
 Macam reunion JASA pulak rasanya. Hahahaha. Sebab ramai orang JASA yang datang memeriahkan majlis.

:: Kawan rapat masa di tempat keje lama ::


:: Geng2 mak budak bersama anak masing2 ::

:: Camwhore ::

:: Our lil Family ::
Best. Boleh tangkap2 gambar pastu print. Best best. Pastu lekat kat guest book. Kalau kita nak bawak balik pun boleh. 

Selamat pengantin baru kepada Qema dan Aizan. Semoga ikatan perkahwinan kalian kekal hingga ke Jannah. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Bertolak ansur di dalam perhubungan supaya ianya sentiasa bahagia dan kekal. Happy for both of u! Much love. xoxo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan