Harini 30 April 2014 adalah hari lahir suamiku yang tercinta. Harini genaplah usia beliau 31 tahun. Apa ada pada umur? Muahaha. Yang penting kasih sayang dalam hubungan rumahtangga kami sentiasa kekal. Itu lebih penting!
Hadiah? Hmm...memang kalau ikutkan tahun2 sebelum2 ni ada lah pernah sekali dua je aku bagi laki aku hadiah. Bukan takde niat nak kasi, tapi tak reti lah nak kasi hadiah apa. Tapi tetiba tahun ni aku terpandai pulak nak bagi hadiah apa. Hihihii. Konon2 nak buat suprise, tapi tak menjadi. Cehhh!
Kisah nya begini.
Memang dah seminggu aku dah tahu apa present yang aku nak beli. Cuma aku still tengah survey2. Kat mana aku boleh dapat diskaun banyak sikit. Hehe. Boleh la jimat2, pastu belanja la si suami tu makan ke apa ke kan.
:: Pic credit to google :: |
Ini lah hadiahnya yang aku plan nak beli tu. Sunglasses Oakley! Incik suami haritu ada sebut nak beli sunglasses RayBan. Tapi aku rasa design RayBan tu semua lebih kurang sama je. Lagipun yang macam ni dia takde lagi. So, marilah kita gamble beranikan diri beli. Tak kira lah sesuai ke tak kan.
So, puas lah ni aku survey kat Alamanda, tapi dapat diskaun 10% je. Ada kedai lain lagi la takde diskaun langsung. Parah ni. Dah lah harga sunglasses ni RM700. Dapat less lagi sikit pun ok lah kan. Takpe, pikir punya pikir time tu, takyah beli lagi la. Dalam hati kata, takpe aku ada masa lagi seminggu ni.
Tetiba ari Jumaat malam tu aku baru terfikir nak tanya adik ipar aku yang lelaki tu. Sebab tu dia penggemar sunglasses. Nasib baik aku tanya dia. Sebab dia lah yang mengingatkan aku yang ada sorang kawan kitorang kerja kat kedai spek. Apa lah aku ni pelupa sangat!
Deal punya deal nak jumpa ngan kawan aku tu berjaya gak la. Beli ngan kawan aku tu, dapat lah guna staff price. Lega sikit. Hehehe. Penat tau sorok2 nak mesej apa sume daripada incik suami nampak. Dah macam ada scandal plk aku. Hari Ahad petang tu aku tipu incik suami aku kata nak pergi One Baby World Taman Permata jap. Nak survey breast pump.
So petang tu dapat lah aku pergi dan beli sunglasses di atas tu. Pastu takut kantoi, sorok lah bawah seat sebelah penumpang. Nak sumbat dalam henbeg tak muat pulak. Time tu pakai henbeg kecik je.
Nak dijadikan cerita, boleh pulak malam tu time aku sidai kain baju kat depan rumah, dia ikut sama keluar. Tapi bukan tolong aku sidai kain baju tapi kemas kereta! Ahhhhh! Aku dah tak boleh fikir dah. Dalam hati cuma berharap dia jangan la tarik seat penumpang tu kedepan. Tapi harapan aku tu musnah begitu sahaja. Akhirnya kantoi gakkkkk.
So terpaksa lah bagi time tu jugak. Present awal lah kiranya. Pagi tadi bagi hadiah kiss je. Hehehe.
Nasib baik dia suka. Lega!