Assalamualaikum
Sedar tak sedar sekarang dah 27 minggu usia kandungan aku. Tu bermakna dah 6 bulan lebih. Sekejap je rasa masa berlalu. Lagi 3 bulan aku bakal melalui saat2 indah itu (bersalin). Tapi kali ni rasa berdebar2 lebih pulak. Dulu takde la sangat. Mungkin sebab sekarang usia dah meningkat kot. Dulu dekat2 due n sampai lah dah overdue, aku ilek je tak rasa ape2. Tapi kali serius lain betul. Awal2 gini aku dah nervous dah. Apakah?
Bercerita mengenai pengalaman pregnant kali ni, memang berbeza lah kalau compare masa mengandung Aqil dulu. Masa mengandung Aqil, aku mabuk teruk sampai melepet 4 bulan. Kali ni pun sama 4 bulan, tapi takdelah sampai melepet cam dulu. Makan semua ok lagi. Dulu langsung tak boleh makan sampai kene drip. Tapi yang pelik kali ni mengandung dah 6 bulan tapi berat tak naik sangat. Naik 1.15 kg je. Dah jadi point utk nurse n doc bebel. Boringggg~~~~~
Doc scan tengok berat baby, ok je. Berat dia dah 600gm lebih pun. Good boy/gurl!
Mengenai persediaan barang2 pulak, dah ada beli sikit2. Utk baby, tinggal sikit2 je barang yang takde. Kali ni aku beli semua baru jugak. Sebab masa Aqil banyak yang sedara2 bagi pinjam n aku pun dah pulang balik. So kali ni takmo la pinjam2 dah. Semua aku beli je.
Barang aku pulak, macam bengkung memang kena beli, sebab yang dulu punya tak best langsung. Tapi aku tak tau nak beli bengkung brand apa n jenama apa. Pastu breast pump pun still tengah review2 lagi. Pun tak tau mana yang ok. Kalau korang ada cadangan, bantulah aku.
Tu je kot setakat ni, nanti sambung lagi lah. Nak gi review barang2 aku pulak. Nak review breast pump, bengkung, set bersalin. Ehh macam2 nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan