09 Mei 2012

Aqil tak sihat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Ye! Sangat lama dah rasanya saya tak singgah dan menjenguk ke sini. Tak tahu lah kenapa. Mungkin kerana kekangan tugas di pejabat yang banyak kot. Dan mungkin juga atas sebab aqil saya tak sihat sejak dua menjak ni. Dan mungkin juga saya MALAS! Hahaha..Mungkin dek kerana penyakit 'M' tu kot yang paling tepat untuk diberi kepada saya. Apa-apa je lah. Yang penting, harini tiba-tiba mood datang pulak. So, saya tak boleh lepaskan peluang nak tinggal sepatah dua kata kat sini. Cehhh...menyampah je bila baca ayat tu. Blog saya ni dah berhabuk dah. Lama sangat tak dijenguk. Malas sungguh saya ni.

Apa ek saya nak cerita arini? Hmm...saya nak cerita tentang Muhammad Aqil Rizqin saya lah. Mungkin ramai yang add saya kat FB dah tahu tentang aqil saya yang 2kali dah masuk wad dalam minggu yang sama ok! Memang sedih, susah hati semua ada. Sampai kami laki bini buat keputusan nak menetap kat rumah mak mertua dalam sebulan ni. Minta mak jaga aqil sampai dia betul-betul sihat. Kami bukan tak percaya nak bagi pengasuh jaga buat masa ni, tapi memandangkan aqil pun baru sihat dan rumah pengasuh tu pun boleh tahan ramai yang dijaganya membuatkan kami stay lah dulu di rumah mak.

Niat di hati ni nak cari pengasuh lain, tapi macam susah betul pulak nak cari pengasuh kat Putrajaya tu. Manalah saya nak cari? Ada sape2 boleh tolong tak?

Sebenarnya pada 21.04.2012 (Sabtu) jam 10.30 pagi di rumah kami di Presint 18R4, Putrajaya. Aqil telah mengalami demam panas yang sangat tinggi menyebabkan dia sampai kena demam tarik (sawan). Saya betul2 fobia bila teringat saat2 dia terkena demam tarik tu. Pagi tu dia memang dah deda2 saya rasa. Subuh tu kami dah bagi dia makan ubat demam. So dah surut lah panas nya. Tapi masa pukul 10 lebih tu tetiba je panas nya naik mendadak. Saya check suhu dia masa tu adalah 39.7`C. Saya memang dah takut dah time tu. Saya terus ke dapur untuk cari ubat sumbat bontot dia. Tengah dok saya mencari-cari ubat tu, tiba2 saya dengar macam bunyi aqil batuk2 ke sesak2 nafas ke gitu lah. Bila saya intai, saya tengok dia dah mula kejang2 dan ketar2 satu badan. Mata hampir dah nak naik atas. Saya terus goncang2 badan dia dan angkat dia pergi sink simbah kepala dia dengan air. YaAllah masa tu hanya tuhan je tahu panik nya saya. Takut nya saya. Menangis saya masa tu. Menjerit-jerit saya kat floor rumah saya tu minta tolong. Kebetulan masa tu suami saya main futsal kat bawah tu. Bayang kan lah saya sorang2 time tu. Tapi Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Kaya. Tak semena-mena suami saya baru habis main futsal dan keluar dari lift saat saya tengah panik dan sedih tu. Terus dia capai anak saya bawa pergi hospital sampai saya pun tak sempat kejar dia. Saya ditinggalkan dan jiran kami yang bawa saya ke hospital. Sepanjang perjalanan tu tak berhenti saya menangis mengenang kan anak saya sorang tu.

Alhamdulillah sampai2 je di Hospital Putrajaya, saya dipanggil masuk ke bilik separa kritikal dan saya tengok anak saya dah sedar dan menangis. Cuma doc kat situ minta saya jelum badan dia bagi sejuk. Dan anak saya ditahan di wad Putrajaya selama 3hari 2malam. Kesian anak saya masa tu. Tak tahu nak kata lah hati saya. Di saat saya mengarang ni pun, bila terbayang kan saat tu, memang bergenang air mata. Saya taknak perkara tu berlaku lagi. Saya serik!

:: Hari pertama aqil admit di wad Putrajaya ::

:: So pity my baby, mengalir air mata saya ::

:: Hari kedua, dah mula sihat sikit ::

:: Bila aqil dah sihat, seronok hati tengok ::

:: Makan apple ::

:: Bila dah discharged, tetap anak ayah ::
Bila aqil dah discharged, terus kami bawa dia balik ke rumah mak di Taman Melawati. Sejak itu lah saya berkampung di rumah mak sehinggalah hari ini. Senang lah saya nak pergi kerja. Dekat kan. Kesian my incik suami kena berulang jauh lah sikit kan. Hehehe.

Tapi, disangka panas sampai ke petang. Rupa2 nya hujan di tengahari. Aqil discharged dari Hospital Putrajaya pada hari Isnin 23 April. Ayah nya siap belikan kereta control untuk hero dia. Supaya bagi semangat untuk dia cepat sihat dan lebih sihat.

:: Ni lah kereta baru aqil ::

Ini lah hadiah dari ayah buat aqil. Tapi rupa-rupanya dia tak berapa sihat lagi. Hari Khamis 26 April dia kena cirit birit. Saya beli ORS untuk dia minum tak elok jugak. Pastu saya tukar susu FL (Free Lactose) pun tak jalan jugak. Akhirnya hari Sabtu saya bawa dia pergi ke HKL pulak, sebab time tu memang kat rumah mak kan. Doc ambil darah dia, sebab dia demam tak kebah2 lagi, turun naik je demam nya. Doc tak bagi apa ubat selain ubat demam dan antibiotik. Hari Ahad tu pulak saya terpaksa outstation ke Kelantan dan Terengganu sehingga hari Selasa. Masa saya di Terengganu pada hari Isnin, suami saya call bagitau aqil still cirit birit dan dia bawa pergi HKL dan terus ditahan wad. Kesian hero kecik saya. Kena tahan wad lagi. Hati saya jangan kata lah. Memang tak keruan langsung lah. Tak sabar dah ni nak tunggu hari Selasa. Nasib baik lah saya ni dari Terengganu tu naik flight. So, cepat lah saya sampai. Sampai je tengahari tu ambil kereta kat ofis terus saya bergegas ke HKL. Saya sampai2 je, tengok dia memang aktif cuma masih berak2 lagi. Malam tu saya pulak la bermalam di wad tuk jaga hero kecik saya tu. Hari Rabu baru dia discharged. Dan alhamdulillah sehingga harini aqil sihat dan semakin aktif. Saya senang hati tengok dia dah sihat macam biasa. Cuma setakat sebulan ni saya biarkan mak mertua dulu jaga aqil.

:: Masa dalam wad di HKL ::

:: Bila dah sihat, asyik nak mengacau anak yang mak mertua saya jaga tu ::

:: Ini lah kerjanya dengan anis, sempit2 tu nak jugak dok berdua ::
Mama sentiasa doakan anak mama sentiasa sihat dan pandai. Dan menjadi anak yang soleh di masa akan datang. Aminnn..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan