30 September 2011

Demam

Minggu ni memang minggu demam untuk aqil. Hari ni dah masuk hari ke-4 dia demam tak baik-baik. Suhu badan dia turun naik. Bila suhu tinggi tiba-tiba tu yang buat saya dan incik suami panik tak tentu hala. Semalam (29.09.2011) sampai dua kali bawa dia pergi Hospital Putrajaya. Mulanya pagi sebelum pergi kerja pukul 7 pagi tu. Masa tu suhu badan dia betul-betul panas lah sampai 39.63. Risau juga saya masa tu. Tapi, lepas pihak hospital sumbat ubat demam ikut bontot aqil, alhamdulillah nampak lega sikit dia. Balik je dari hospital saya macam biasa lah hantar aqil ke rumah Umi. Saya bukan taknak ambil cuti, tapi masa awal bulan September ni saya dah ambil 4 hari cuti. Dah banyak sangat rasa saya ambil cuti. Risau juga nanti kena marah dengan bos. Mujur bos perempuan, dia mungkin memahami keadaan saya. Dan akhirnya hari ni saya terpaksa ambil cuti juga. Sebab demam aqil semakin tinggi nampaknya. Pagi-pagi lagi dia dah merengek-rengek meragam dengan badan dia yang sangat panas. Jadi, saya dengan incik suami decide tak pergi kerja hari ni. Pagi ni kami bawa aqil balik rumah nenek di Taman Melawati, KL. Sebelum balik rumah mak pagi tadi, saya sempat mandikan aqil dengan air daun bunga raya. Alhamdulillah nampak juga kurangnya. Terima kasih banyak kepada sepupu saya Yus yang tolong ambilkan daun tu. Dan tak lupa juga saya sangat berterima kasih kepada officemate saya Kak Hani dan suaminya (abg bo) yang sanggup hantar air penawar untuk aqil di tengah-tengah malam buta ke rumah kami. Saya sangat terhutang budi dengan mereka ni semua.  Dan sekarang saya sudah berada di rumah mak mertua saya di Taman Melawati, KL. Lega rasanya bila dah sampai sini tadi. At least, ada orang boleh bagi saya advice macam mana nak jaga anak kecil yang demam. Ye lah saya ni pun bukan nya pandai sangat pun kan. Maklumlah anak pertama. Ini adalah satu pengalaman walaupun tak cukup tidur, penat dan sebagainya. Thank to God!

28 September 2011

Mengantuk

Pagi-pagi dah mengantuk? Ya! Saya mengantuk. Ini semua gara-gara tak dapat tidur lena malam tadi la ni. Mana tak nya, anak saya Muhammad Aqil Rizqin tu demam. Memang pagi semalam sebelum saya nak pergi kerja dah dia demam. Tapi, saya tetap juga hantar pergi rumah Umi. Rupanya demam dia masih ada. Tapi, takde lah teruk sangat. Dia masih boleh main-main tak boleh duduk diam macam biasa. Saya dan incik suami tuam kepala dia dengan kain basah. Takut panas melarat. Tapi, alhamdulillah tak lah teruk sangat. Cuma dia tak lena tidur malam tadi. Asyik tersedar dan merengek. Saya pun risau jugak mulanya. Alhamdulillah pagi ni reda sikit panasnya. Selepas pukul 3 pagi tadi dia boleh tidur lena. Pagi tadi macam biasa saya hantar dia pergi rumah Umi. Saya bekalkan ubat demam dan kool fever.  Harap-harap dia OK. Susah hati betul bila dia demam. Nampak lesu sungguh dia dengan mata yang kuyu. Makan taknak, minum susu pun taknak. Kesian anak mama. Mama doa moga Aqil cepat sembuh ye. Aminn....

27 September 2011

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU

Ketahuilah wahai umat Islam
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? 
Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang."
(AlMudathsir:42,43)

Siksaan Ketika Hidup Di Dunia 

Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya ditolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Siksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi OrangOrang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu
SUBUH     : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR       : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR           : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan  

                         bapanya (jika perempuan).
ISYAK         : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain. 

SEKSA NERAKA 

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya) 

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu 
mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-


1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat. 


Enam seksa semasa hidup di dunia: 


1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih. 
Tiga seksa tatkala hendak mati: 
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas. 

Tiga seksa ketika di alam kubur: 


1. Disempitkan kuburnya.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat. 

Tiga seksa di hari kiamat: 


1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang." 

Renungan: 

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:- 

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun. 

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam. 

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. 

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri. 

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah. 

Perlu ke?

Perlu ke kita nak kena dengar cakap kawan2 seratus peratus? Perlu ke kita nak kena ikut "bontot" kawan2 setiap masa? Perlu ke kita nak terasa hati bila takde kawan? Perlu ke kita bersedih kalau dipulaukan? Eh, kenapa saya bagi soalan ni semua. Saya pun tak tahu apa jawapan yang lebih tepat untuk semua soalan2 tu. Diri sendiri pun confuse untuk menjawab soalan2 tu. Tapi, yang pasti, saya tidak berada di dalam keadaan itu sekarang. Yang penting, bila berkawan mesti lah ikhlas, tak perlu lah mengata sesama sendiri. Tapi lumrah kehidupan manusia, tak boleh tak mengata orang. Tak boleh lari dari semua itu. Takde manusia yang sempurna sifatnya tidak kira dari segi fizikal atau sifatya.

26 September 2011

Makan lagi

Ye ye saya tahu saya dah janji nak share lagi pasal makan makan dan makan tu, tapi tak share2 kan. Takde masa lah + perasaan malas amat sangat. Lagipun cerita tu dah basi. Tapi saya cerita lah ek sikit pasal kisah makan saya dari hari Sabtu sampai lah semalam hari Ahad. Dua hari berturut-turut makan tanpa henti. Terima kasih kepada semua yang sudi jemput kami sekeluarga. Moga makin murah rezeki anda semua. Hari Sabtu tu, kami ada dua jemputan rumah terbuka + sambutan majlis hari lahir. Rumah pertama adalah rumah kawan baik incik suami di Zoo View. Memang saya sangat teruja tuk pergi ke rumah dia ni. Sebab selalu tengok kat tv je. Mesti korang pelik kan, kenapa saya kata saya tengok rumah dia kat tv je. Sebenarnya rumah Shah ni selalu disewa oleh geng2 pelakon untuk buat penggambaran. Salah satu cerita yang sewa rumah dia ni adalah cerita Adnan Sempit (bukan the series, tapi filem tu). Yang rumah family Nadia tu lah rumah nya. Memang besar dan sangat cantek. Teruja la kejap tengok. Al-maklum la kita ni mana ada rumah yang sebesar tu. Cantek pulak tu, jakun la jap. Hihihi..Eh, cerita pasal rumah pulak kan. Hehehe.. Sebagai saringan je tu. Yang penting, makanan kat rumah Shah memang sedap2. I like satay! Nyummmm.... Layanan yang kami terima pun sangat memuaskan. Family dia baik2 semua. TQ so much!
Lepas je habis makan kat rumah Shah, kami pun bergerak pulak tuk menuju ke rumah yang kedua di AU (Keramat) berape tah, lupe lah. hehhehe... Ni rumah kawan incik suami jugak, dia buat jamuan raya sekali dengan sambutan birthday anak dia. Masa kat rumah dia ni saya dah tak mampu nak mengisi perut. Memang sebenar punya kenyang masa kat rumah Shah.  Lepas tu kami takde apa2 aktiviti lagi, terus balik rumah mak mertua kat Taman Melawati, kami tidur semalaman kat sana. Esok tengah harinya kami dah keluar nak pergi ke A&W JJ AU2 tuk menghadiri birthday party Ardini Nayli anak kepada kawan baik incik suami. Boleh tahan meriah jugak majlis tu. Tak lama kami kat sana. Sebab ada lagi jemputan lain yang kami nak attend.  Habis je majlis tu, kami terus ke Bandar Tun Razak, Cheras rumah kawan serumah saya masa bujang2 dulu. Kebetulan pulak suami dia tu kawan sekolah menengah incik suami. So, memang tak keberatan la untuk kami pergi, lagipun lama dah tak jumpa. Lepas je siap makan dan borak2 kami pun minta diri tuk pulang. Terus kami meneruskan perjalanan ke rumah terbuka seterusnya di Semenyih, rumah CC lama incik suami. Dan akhir sekali, ke rumah officemate kami di Presint 5, Putrajaya. Fuhhh...memang kenyang sungguh. Aqil walaupun tak dapat makan apa2, dia tetap penat ikut mama dan ayah pergi makan2.

21 September 2011

cerita makan makan dan makan part 1

Dah seminggu tak update blog. Bukan ape, saya ni bz dengan kerja, biasa lah kerja dok kat bahagian Sumber Manusia kan, mana lah ada masa lapang sangat sebenarnya. Tapi, saya ni macam sokmo ada je masa lapang. Hehehehe.. Tapi, sebenarnya saya ni malas dan takde idea nak menaip. Harini dah ada mood nak update. Mariii.............


Harini saya bukan nak cerita pasal update ke tak update ke. Tapi, saya nak cerita pasal weekend lepas, banyak beno jemputan. Selain dari jemputan rumah terbuka, ada juga jemputan kahwin dan majlis cukur jambul baby kawan. Tiga hari cuti, tiga hari tu jugak lah kerja saya makan makan dan makan. Mana lah badan tak semakin buntal. OMG! Seram tengok badan sendiri sekarang dan tak boleh terima. Sedang berusaha meringankan semula badan yang semakin berat sekarang. Help meeee.~~~
Jumaat lepas (16 Sept) adalah cuti umum sempena Hari Malaysia. Kerja gov biasalah kalau cuti umum, semua cuti lah kan. Tu yang best tu, boleh melayan kerenah si kecik. Jumaat tu pagi2 lagi kami dah bangun dan keluar pergi sarapan kat kedai mamak kat presint 18r12. Saje je pergi sarapan kat situ, kebetulan sepupu saya ada datang tidur kat rumah hari Khamis malam tu, so pagi tu saya tak masak, jadi kami pun keluar lah. Lepas siap je breakfast pagi tu, kami pun balik bersiap tuk balik ke KL sebab bestfren incik suami langsungkan majlis nikah pukul 10 pagi tu. Alhamdulillah semua nya ok. Ada lah sikit2 gambar yang incik suami amek. 


:: Ni lah dia pengantin lelaki @ bestfren incik suami ::

:: Ada 2 pasangan yang bakal dinikahkan pada hari tersebut ::

:: Gementar sungguh muka beliau ::

:: Pandai ye anak mama nak mengorat ::

:: Apalah agaknya yang disembangkan ::

:: Aipsss...jangan pegang anak dara orang la syg ::

:: Menggoda sungguh senyuman itu ::

:: Pengantin perempuan ::




:: Seronok setelah selesai ::

:: Sesi wajib mereka ::

:: Makan time ::
Itulah antara gambar2 yang ada masa majlis nikah berlangsung. Kenapa muka saya takde dalam gambar2 tu? Hehehehe....Al-maklum lah kalau dah tengah "tak bersih", tak boleh lah nak melangkah masuk masjid. Tunggu lah saya sorang2 kat dalam kereta. Lepas selesai je semuanya, kami pun balik terus ke Melawati, aqil nak jumpe nenek. Heheheh... Gembira nenek dapat jumpe aqil. Rindu....Petang dan malam tu kami tak ke mana2 pun. Dok umah je. Kebetulan pulak hari Jumaat tu, Busu dan anak2 dan Maklong semua ada datang bertandang ke rumah mak mertua ku. Dorang tido kat Melawati sampai hari Ahad. Meriah sikit lah rumah, sampai nenek tak sempat sangat nak main dengan aqil. Hari Sabtu pulak, pagi dalam pukul 11 tu Hannan and her family datang beraya ( hannan ni anak yang mak mertua saya jaga ).. Dah dua minggu dia tak datang, sebab balik kampung. So, rindulah kami kat dia. Masa dia datang tu, ada jugak lah gambar2 yang kami snap.


:: Tengok tu, suke aqil jumpe kakak hannan ::






Sejam jugak lah time tu hannan kat rumah. Hannan balik je kami pun keluar tuk attend majlis persandingan kahwin bestfren incik suami kat Gombak. Makan lagi..padahal pagi tu dah makan kat rumah, mak mertua masak.hehehhee...


:: Aik, knp tgk mama tu, jeles ke mama hug nayli ::




Bila dah kenyang, perut pun seronok. Badan pun semakin maju naik. Wahhhhh..Arghhh....terus stress. Kena berusaha bersungguh2 ni tuk menurunkan berat badan. Lepas habis majlis tu, kami gi jalan2 pusing sana sini. Tak tahu mana hala tuju sebenarnye. Last2 gi jalan2 kat Tmn Tasik Titiwangsa. 


:: Takut beno gayanya ::

:: Wooooottt ::

:: Khusyuk nye ::

:: Tengok ape tu ::
Macam2 kan aktiviti kami. Penat tetap penat, tapi kenyang tetap kenyang. Hehehehe... Nanti ada lagi saya nak cerita pasal makan, tapi cerita hari Ahad punya pulak. Next blog saya sambung ye, sekarang nak sambung buat kerja vs main game dulu. Babaiiiii....Assalamualaikum!

14 September 2011

aQiL admit ward

Kesian anak saya, aritu balik je dari Singapore, tak pasal2 demam, muntah2 dan cirit birit sampai kena masuk wad. Mama ngan ayah yang makan lebih2, anak pulak yang cirit birit kan. Hehehehe.. Tapi, nasib baik semalaman je. Boring jangan cerita lah dok dalam wad tu. Saya ni tak boleh, rase cam dok dalam penjara je kat sane tu. Tak sakit, boleh jadi sakit tau.


Macam ni kisahnye, kami sampai KL malam tu dalam pukul 9 lbh kot. Usah cakap lah penat nye. Seharian suntuk dok dalam kereta. Dah lah sempit yang amat sangat kena dok belakang. Pening kepala. Tapi, takpe lah, sebab faham kita ni menumpang kereta orang je. Bayangkan lah dari pukul 12 tghari dok dalam kereta je. Mane tak penat yang teramat sangat. Dah lah highway plus tu jem. Sabo je lah. Aqil pun mase OTW balik tu dah muntah. Tapi sekali je. Cirit birit memang dah banyak kali lah. Tak tau mane silap nye. Dia minum susu ngan minum nestum je. Takde bagi makan ape2 pun. So, ingat kan dia penat sangat ke ape ke. Dan ingat kan esoknye akan baik la. Ape yang aku pikirkan sama sekali meleset. Makin berlarutan pulak. Hari jumaat tu badan dia rasa "deda2". So, saya pun bagi lah dia makan ubat demam biasa. Hari Jumaat saya bawa dia pergi Klinik kat Melawati. Memang lepas tu ok sampai lah hari Ahad. Tapi, ada lah sesekali rasa lagi demamnye tu dan cirit birit tu. Muntah2 memang dah takde lah. So, saya kata dalam hati, dah ok dah kot. Tapi, tetibe hari Ahad pagi dalam pukul 3pagi, dia muntah2 n cirit birit lagi. Pastu badan dia panas. Saya dah tak sedap hati ni. Terus ajak incik suami bawa dia pergi HKL. 
So, kami pun terus lah bawak dia pergi unit kecemasan. Ramailah pulak orang. Ingatkan pagi2 camtu takkan ramailah orang. Sejam kami tertonggok menunggu giliran dipanggil. Masa tu dah makin kerap dah aqil cirit birit. Pastu bila saya bagi dia minum susu, abis semua keluar balik, menangis2 dia. Saya pun menitis air mata tengok dia macam tu. Memang tak sampai hati. 
Last2, bila doc dah panggil untuk check, terus doc kata aqil kena admit ward. Takpe lah, janji anak mama sihat. Masuk je wad, dia nangis tak henti2 pulak. Tak tau kenapa. Memang satu wad tu lah dengar suara dia jerit menangis. Last2 dalam pukul 7 tu dia tertido. Mungkin dia nangis sebab mengantuk dan penat kot.
Tak sampai hati saya tengok tangan dia kena cucuk sebab nak masuk kan air. Memang dia menjerit2 la kat dalam bilik rawatan tu. Saya pun naik takut dengar. Mari saya share gambar2 aqil masa admit ward haritu.


:: 1st day admit ::

:: Baring je tak bermaya ::

:: Tengok lah tangan yang kena ikat tu ::

:: Dah macam orang besar caranya duduk ::

:: Dah OK sikit lah tu ::

:: Cumel ::

:: 2nd day, baru bangun tido ::

:: Dah kembali aktif, tak duduk diam ::
Petang hari Ahad, aqil pun dibenarkan balik. Punye la suke dia. Girang sungguh dia. Macam tau2 pulak. Berat dia pun mendadak naik daripada 6.2 kepada 6.7. 6.2 tu hari Sabtu, Ahad terus naik. Tu yang doc bagi balik. Yeay!


:: Tengok tu, suka nye dia ::

:: Manisnye senyuman ::



:: Dah tak sabar tunggu ayah sampai ::

:: Tengok tu dah tak boleh duduk diam ::


:: Muke "kerek" sebab ayah dah sampai ::
Alhamdulillah sekarang aqil dah ok. Selera makan dia pun semakin bertambah sekarang. Saya pun senang hati bila tengok dia OK je duduk rumah pengasuh. Alhamdulillah.

13 September 2011

Selamat Hari Raya 2

Assalamualaikum dan selamat pagi! Minggu ni masih mood raya. Banyak jemputan rumah terbuka yang perlu dihadiri. Alhamdulillah! Rezeki jangan ditolak orang kate kan. Semakin membesar la badan ku yang memang dah sedia besar ni. MasyaAllah!  Hari ni ada jamuan raya KPKK kat kraftangan, Jln Conlay. Kalau rajin jap gi, nak pegi. InsyaAllah.

OK...sebenarnya blog kali ni saya bukan nak cerita pasal jamuan hari raya, tapi saya nak cerita pasal sambutan hari raya kami yang lepas, yang saya dah janji nak share gambar2 masa raya tu. Sebelum tu, saya cerita lah sikit ek pasal sambutan raya yang lepas tu. 
Pagi raya tahun ni saya berada di Bentong, Pahang. Kami balik ke Bentong pada hari Sabtu sebelum raya tu dan bermalam la kat sane sampai pagi raya pertama. Boleh tahan meriah gak. Sebab dapat tengok orang main mercun, main meriam, bakar lemang dan macam2 lagi lah. Incik suami sebenarnye tak penah rase macam ni. Ye la dia membesar di KL kan. Mane lah nak rase bende2 tu sume kan. Macam saya, memang dah biasa. Kalau takde suasana tu sume, mesti borink.
Pagi raya tu, lepas semayang raya, kami pun bersalam-salaman dan bergambar-gambaran. Tengok lah kat bawah ni antara gambar2 mase kat bentong dan gambar2 kaum saudara saya.


:: Comel di pagi raya ::



:: Ini adalah antara sepupu2 saya & makcik saya ::

:: Gembira ye dapat duit raya banyak ::



Lepas je beraya di beberapa rumah di Bentong pagi tu, kami pun bertolak pulang ke KL. Kami balik gak ke KL pagi tu sebab kami nak terus kan lagi perjalanan kami yang agak jauh pada hari raya tahun ni. Kami semua nak balik Singapore tahun ni. Alhamdulillah rezeki Aqil tahun ni dapat beraya di Singapore. Sampai je kat KL, kami terus ke rumah "Grandma" incik suami kat Taman Melawati gak. Tak jauh mane pun lah kan. hehehe..

Dalam pukul 3 petang baru kami sekeluarga bergerak untuk balik ke Singapore. Jauhnye la saya rase. Penat tak terkata la kan. Tapi, semua penat tu kena ketepikan. Kami sampai Singapore malam tu dalam pukul 9 malam. Memang penat lah.

:: Ni masa OTW ke Singapore ::

:: Garang betul muke c anis ni ::


:: Baru sampai, eh dah bertuka pakai baju melayu balik ::

:: Raya kedua ::






Gambar2 kat atas tu semua nye mase raye pertama dan kedua. Kami dok kat sane 3hari 2malam. Malam kedua berada di sana, kami gi jalan2, tinggalkan anak kat rumah.hehehehe...
Takyah cite banyak la, mari saya share gambar2 kami gi jalan2.

:: Mak Dara dan Anak Dara ::

:: Muke2 kami yang nak enjoy je ::

:: Incik suami's siblings ::
Ini jelah ek gambar yang saya share. Kalau nak tengok lebih lagi, tengok lah kak FB saya ye kawan2.
Esoknye hari kamis, kami pun bergerak pulang ke KL. Tapi, OTW balik tu kami singgah di JB pergi beraya kat rumah mokde incik suami dan sepupu incik suami.

:: Muke bile dah nak balik ::

:: Bergambar sebelum balik ::



Ok ..setakat ni je lah dulu saya share ye. Next blog saya nak share pasal si kecik ni terpakse dimasukkan dalam wad. So pity my baby!