19 Februari 2013

Borak Saje

Takde apa yang menarik dan indah hendak dicanangkan disini. Sekadar cerita-cerita biasa. Kehidupan seharian pun seperti biasa. Ulang alik Putrajaya - KL - Putrajaya. Letih. Memang letih. Tapi apakan daya. Disitu lah pintu rezeki aku. Nasib baik suami aku kat Putrajaya je. In case ada emergency pasal Aqil, boleh la dia berkejar dulu kan. 

Dah 4 tahun rupanya aku kat Jabatan ni. Sekejap rasa masa berlalu. Dulu bermula dengan jawatan Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) je kat sini. Hampir 10 bulan jugak dulu aku pegawai SPS. Alhamdulillah rezeki menyebelahi aku masa tu, aku dapat jawatan kontrak (contract of service). Aku bersyukur sangat dapat jawatan ni, walaupun kontrak. Kenapa aku bersyukur? Sedangkan bukan jawatan tetap? Ye bukan jawatan tetap tapi benefit yang aku dapat sama macam orang tetap dapat kecuali pencen lah kan. Lagipun kontrak kat sini tak perlu risau sebab comfirm2 sambung. 2tahun sekali. Nak2 pulak aku ni jawatan biasa je. Dan aku pulak yang buat servis penyambungan. Jadi perlu ke aku risau? Eh mesti lah kena risau, sampai bila kan aku nak pegang jawatan kontrak je. Nak juga jawatan tetap, ada pencen masa tua nanti. Tapi belum rezeki lagi. InsyaAllah satu hari nanti.

Hmm.. apa lagi nak cerita ye. Oh! Jumaat ni (22 Feb), kami sekeluarga bakal terbang ke Kota Kinabalu, Sabah. Sambil2 attend wedding, sambil2 bawak aqil merasa naik flight dan jalan2 kat sana. Moga2 semuanya dipermudahkan. Aku tak pernah lagi sampai sana, ni kira 1st time la. Incik suami ye lah dah 2 3 kali dia ke sana. Kami akan stay kat sana 4 hari 3 malam. Excited tu memang excited, tapi takut pun ada jugak. Risau kalau aqil meragam ke menangis ke dalam flight nanti. Pastu nanti kat sana boleh ke dia takde buai. Uwaaaaaa.. Banyaknya dilema. Dah la aku tak pernah naik airasia. Selalu naik MAS yang free kerajaan sponsor. Macam mana lah agaknya nanti. 

Sebelum pergi dan sepanjang kat sana nanti aku berharap kesihatan aqil baik2 je. Janganlah ada apa2. Aqil pun sekarang dah besar. Dah boleh dengar kata. Cuma dia tak berapa pandai cakap lagi. Ada kita faham, ada yang tak. Dia tak rapat sangat dengan aku. Dia sangat rapat dengan ayah dia. Sape2 yang rapat ngan aku pasti dah tau benda ni. Aqil sikit2 ayah, sikit2 ayah. Mama? Jarang. Kalau buat enjut dia dalam buai pun, nak ayah. Kalau cuci poo poo dia pun nak ayah jugak kadang2. Senang yek hidup mak kau aqil. Muahahahaha....

Lagi lagi lagi nak cerita pasal hajat suamiku yang nak bawak mak dan ayah dia naik flight pun bakal tercapai. Semalam aku dah siap booking tiket flight. Bawa mak, ayah dan adik dia bercuti. Dalam Malaysia je pun. Kami punya tiket memang dari tahun lepas lagi aku dah book. Semalam book tuk mak ayah dan adik incik suami. InsyaAllah kalau takde apa2, diizinkan Allah, bulan 6 ni kami terbang lagi. Lokasi nya akan diberitahu kemudian ok. 

Suamiku memang sangat rapat dengan keluarganya. Kira dia ni anak mak lah kiranya. Tak jeles ke? Sedikit pun tak! Malah aku pun jadi rapat dan sayang dengan mertua aku. Itu adalah satu perkara yang sangat indah. Tambahan pula aku dah takde mak sejak dari kecik lagi. Jadi ini lah masanya aku nak merasa kasih sayang sepenuhnya dari sebuah keluarga yang sempurna. Keluarga dia, keluarga aku jugak. Keluarga aku, keluarga dia jugak. Takde beza kan. Dan menjadi salah dan berdosa besar kalau kita sebagai isteri menghalang suami kita berbuat baik kepada mak dan ayah dan keluarga diorang. Kerana itu adalah tanggungjawab mereka dan syurga seorang anak lelaki adalah di bawah tapak kaki ibu walaupun dia dah mempunyai keluarga sendiri.

Ok dah habis cit cat cit cat kita arini. Lain kali sambung lagi k. Babaiiii


Tiada ulasan:

Catat Ulasan