13 Julai 2014

Pengalaman bersalin anak kedua

Assalamualaikum!

Setelah sekian lama menyepi, harini baru lah aku munculkan diri. Buat pengetahuan korang sekarang aku dalam pantang. Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan seorang lagi baby boy pada 27 Jun yang lepas. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Harini dah hari ke-17 aku berpantang. Sekejap je rasa masa tu berlalu.

Harini aku nak share pengalaman bersalin kali ke-2 ni. Tak berapa jauh beza ngan abang aqil. Cuma si adik ni lahir seminggu awal la lebih kurang. Due sepatutnye 6 Julai, tapi 27 Jun dia dah keluar. Lega! Perasaan aku sebelum bersalin memang bercampur baur. Excited, takut semua adalah. Sebab aku pernah rasa sakit nak bersalin tu camne kot tu yang buat aku takut lebih tu.

Dijadikan cerita, 25 Jun tu aku ada checkup macam biasa kat KK. Boleh pulak time tu nurse and doc cakap darah (bp) aku tinggi. Terus kena refer ke hospital. Aku dah cakap kat doc tu aku nak refer ke HKL terus. Tapi dia tak bagi. Nak jugak suruh ke hospital putrajaya tu. Tensi aku. Aku pun pergi lah. Doc kat hospital cakap takdelah tinggi sangat bp aku tu. Setakat 135 je oiii. Dorang pun pelik kenapa kk kate tinggi. Selain dari masalah tu, aku gak dah rasa contraction sikit2 masa malam sebelum tu. Sampai tak boleh tido. Terus lah masa refer tu doc cek laluan. Ohh dah bukak 2cm. Tetiba sorang doc ni kata aku kena induce. Jadahnye! Memang taknak lah aku! Terus aku cakap "saya taknak bersalin kat sinilah, saya dah minta nak refer ke HKL kan". Barulah terhegeh2 nak call HKL tanya bagai. Ok dipendekkan cerita aku pun dihantar oleh ambulans ke HKL. Sampai sana doc cek laluan lagi, ohh dah bukak 3cm. Ok comfirm tak boleh balik dah. Admit! Bosan! Rindu abang aqil!

Start malam tu tido lah aku kat wad bersalin. Memang bosan! Sebab aku takde rasa sakit pun, tapi kena dok wad. Contraction pun takde. Kadang2 je la rasa. Tapi jarang2 dan tak heavy langsung pun. Esok nya pun sama. Sampai lah hari rabu pun sama. Doc siap pesan suruh aku jalan banyak supaya laluan bukak lagi. Dah naik malas berjalan aku dah. Last2 sampai la hari jumaat (27 Jun) pagi. Macam biasa lah doc cek semua patient. Pastu sampai turn aku, doc kata ehh awak tak bersalin lagi? Ofkos la belum doc, kan saya masih disini. Pastu dia kata ok masuk bilik sekarang, saya nak cek laluan. Bila cek, ok dah 4cm. Doc suruh mandi makan apa semua dulu. Aku pun ilek2 lah buat semua, call hubby sebab masa tu takde contraction pun.

Dalam kul 9.15 pagi aku pn ditolak masuk ke labour room (lr). Bilik 8 kalau tak silap pandang. Debar gak masa tu. Contraction masih tak rasa. Sampai la doc pecahkan air ketuban kul 9.30. Peluh mula menitis dah kat seluruh muka. Contraction dah datang. Dalam hati tak sudah2 baca 'Allahhumma yasir wala tu'asir'. Selawat ni la aku dok ulang2. Hubby pulak tak sampai2 lagi time ni. Dia boleh pegi keje pulak time ni. Berkejar la dia dari putrajaya ke kl. 

Masa contraction dah kuat tu dalam kul 9.45 kot. Rasa nak berak dah ada. Yang bidan tu dok tanya dah ada rasa nak berak tak. Aku hanya mampu angguk je. Tak boleh cakap dah. Pastu dorang tengok bacaan CTG aku, kata bacaan jantung anak aku lemah. YaAllah aku dah risau dah time ni. Aku pandang jam baru kul 10. Baru setengah jam aku kat sini, boleh ke bersalin cepat ni. Dorang estimate 4 jam. Tapi kul 10 tu dorang dah suruh aku teran je kalau nak berak. 

Dorang kata aku kena teran je. YaAllah masa ni lah aku guna sehabis tenaga aku nak meneran tu. Ramai doc , niurse bidan yang bagi support time tu. Hubby pun dah sampai masa tu. Sekuat tenaga aku push. Nak2 pulak dengar bacaan jantung baby tak ok sangat. Lagi lah menguatkan semangat aku time tu nak push bagi baby keluar cepat2. Akhirnya tepat jam 10.18 pagi selamat lah baby boy seberat 3.18 kg dilahirkan. Syukur alhamdulillah. Terus lega masa tu. Baby pulak diletakkan di atas dada kita. Ohhh indahnya saat tu! 

Dah siap2 tu kitorang laki bini sembang2. Snap pic apa semua. Pastu aku tanya bidan tu, banyak tak nak kena jahit? Jawapan bidan tu sangat mengejutkan aku sebab dia kata tak perlu jahit, tak koyak pun. Terkejut aku time tu. Kuasa Allah. Aku bersyukur sangat. Terima kasih YaAllah kerana memudahkan urusan hambaMu ini.

Pengalaman bersalin kalini memang sangat berbeza ngan abang aqil. Masa abang aqil ambil masa 4 jam dalam lr. Yang kalini amek masa tak sampai sejam pun. Setiap orang dan setiap anak tu lain2 pengalamannya. Tak sama semuanya. Sekarang baby ada jaundice, dulu masa aqil takde jaundice. Tak tau nak buat camne. Harap baby cepat lah sembuh ye.

Ahli keluarga baru kami diberi nama MUHAMMAD AMIL RIFQY. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan