21 September 2011

cerita makan makan dan makan part 1

Dah seminggu tak update blog. Bukan ape, saya ni bz dengan kerja, biasa lah kerja dok kat bahagian Sumber Manusia kan, mana lah ada masa lapang sangat sebenarnya. Tapi, saya ni macam sokmo ada je masa lapang. Hehehehe.. Tapi, sebenarnya saya ni malas dan takde idea nak menaip. Harini dah ada mood nak update. Mariii.............


Harini saya bukan nak cerita pasal update ke tak update ke. Tapi, saya nak cerita pasal weekend lepas, banyak beno jemputan. Selain dari jemputan rumah terbuka, ada juga jemputan kahwin dan majlis cukur jambul baby kawan. Tiga hari cuti, tiga hari tu jugak lah kerja saya makan makan dan makan. Mana lah badan tak semakin buntal. OMG! Seram tengok badan sendiri sekarang dan tak boleh terima. Sedang berusaha meringankan semula badan yang semakin berat sekarang. Help meeee.~~~
Jumaat lepas (16 Sept) adalah cuti umum sempena Hari Malaysia. Kerja gov biasalah kalau cuti umum, semua cuti lah kan. Tu yang best tu, boleh melayan kerenah si kecik. Jumaat tu pagi2 lagi kami dah bangun dan keluar pergi sarapan kat kedai mamak kat presint 18r12. Saje je pergi sarapan kat situ, kebetulan sepupu saya ada datang tidur kat rumah hari Khamis malam tu, so pagi tu saya tak masak, jadi kami pun keluar lah. Lepas siap je breakfast pagi tu, kami pun balik bersiap tuk balik ke KL sebab bestfren incik suami langsungkan majlis nikah pukul 10 pagi tu. Alhamdulillah semua nya ok. Ada lah sikit2 gambar yang incik suami amek. 


:: Ni lah dia pengantin lelaki @ bestfren incik suami ::

:: Ada 2 pasangan yang bakal dinikahkan pada hari tersebut ::

:: Gementar sungguh muka beliau ::

:: Pandai ye anak mama nak mengorat ::

:: Apalah agaknya yang disembangkan ::

:: Aipsss...jangan pegang anak dara orang la syg ::

:: Menggoda sungguh senyuman itu ::

:: Pengantin perempuan ::




:: Seronok setelah selesai ::

:: Sesi wajib mereka ::

:: Makan time ::
Itulah antara gambar2 yang ada masa majlis nikah berlangsung. Kenapa muka saya takde dalam gambar2 tu? Hehehehe....Al-maklum lah kalau dah tengah "tak bersih", tak boleh lah nak melangkah masuk masjid. Tunggu lah saya sorang2 kat dalam kereta. Lepas selesai je semuanya, kami pun balik terus ke Melawati, aqil nak jumpe nenek. Heheheh... Gembira nenek dapat jumpe aqil. Rindu....Petang dan malam tu kami tak ke mana2 pun. Dok umah je. Kebetulan pulak hari Jumaat tu, Busu dan anak2 dan Maklong semua ada datang bertandang ke rumah mak mertua ku. Dorang tido kat Melawati sampai hari Ahad. Meriah sikit lah rumah, sampai nenek tak sempat sangat nak main dengan aqil. Hari Sabtu pulak, pagi dalam pukul 11 tu Hannan and her family datang beraya ( hannan ni anak yang mak mertua saya jaga ).. Dah dua minggu dia tak datang, sebab balik kampung. So, rindulah kami kat dia. Masa dia datang tu, ada jugak lah gambar2 yang kami snap.


:: Tengok tu, suke aqil jumpe kakak hannan ::






Sejam jugak lah time tu hannan kat rumah. Hannan balik je kami pun keluar tuk attend majlis persandingan kahwin bestfren incik suami kat Gombak. Makan lagi..padahal pagi tu dah makan kat rumah, mak mertua masak.hehehhee...


:: Aik, knp tgk mama tu, jeles ke mama hug nayli ::




Bila dah kenyang, perut pun seronok. Badan pun semakin maju naik. Wahhhhh..Arghhh....terus stress. Kena berusaha bersungguh2 ni tuk menurunkan berat badan. Lepas habis majlis tu, kami gi jalan2 pusing sana sini. Tak tahu mana hala tuju sebenarnye. Last2 gi jalan2 kat Tmn Tasik Titiwangsa. 


:: Takut beno gayanya ::

:: Wooooottt ::

:: Khusyuk nye ::

:: Tengok ape tu ::
Macam2 kan aktiviti kami. Penat tetap penat, tapi kenyang tetap kenyang. Hehehehe... Nanti ada lagi saya nak cerita pasal makan, tapi cerita hari Ahad punya pulak. Next blog saya sambung ye, sekarang nak sambung buat kerja vs main game dulu. Babaiiiii....Assalamualaikum!

14 September 2011

aQiL admit ward

Kesian anak saya, aritu balik je dari Singapore, tak pasal2 demam, muntah2 dan cirit birit sampai kena masuk wad. Mama ngan ayah yang makan lebih2, anak pulak yang cirit birit kan. Hehehehe.. Tapi, nasib baik semalaman je. Boring jangan cerita lah dok dalam wad tu. Saya ni tak boleh, rase cam dok dalam penjara je kat sane tu. Tak sakit, boleh jadi sakit tau.


Macam ni kisahnye, kami sampai KL malam tu dalam pukul 9 lbh kot. Usah cakap lah penat nye. Seharian suntuk dok dalam kereta. Dah lah sempit yang amat sangat kena dok belakang. Pening kepala. Tapi, takpe lah, sebab faham kita ni menumpang kereta orang je. Bayangkan lah dari pukul 12 tghari dok dalam kereta je. Mane tak penat yang teramat sangat. Dah lah highway plus tu jem. Sabo je lah. Aqil pun mase OTW balik tu dah muntah. Tapi sekali je. Cirit birit memang dah banyak kali lah. Tak tau mane silap nye. Dia minum susu ngan minum nestum je. Takde bagi makan ape2 pun. So, ingat kan dia penat sangat ke ape ke. Dan ingat kan esoknye akan baik la. Ape yang aku pikirkan sama sekali meleset. Makin berlarutan pulak. Hari jumaat tu badan dia rasa "deda2". So, saya pun bagi lah dia makan ubat demam biasa. Hari Jumaat saya bawa dia pergi Klinik kat Melawati. Memang lepas tu ok sampai lah hari Ahad. Tapi, ada lah sesekali rasa lagi demamnye tu dan cirit birit tu. Muntah2 memang dah takde lah. So, saya kata dalam hati, dah ok dah kot. Tapi, tetibe hari Ahad pagi dalam pukul 3pagi, dia muntah2 n cirit birit lagi. Pastu badan dia panas. Saya dah tak sedap hati ni. Terus ajak incik suami bawa dia pergi HKL. 
So, kami pun terus lah bawak dia pergi unit kecemasan. Ramailah pulak orang. Ingatkan pagi2 camtu takkan ramailah orang. Sejam kami tertonggok menunggu giliran dipanggil. Masa tu dah makin kerap dah aqil cirit birit. Pastu bila saya bagi dia minum susu, abis semua keluar balik, menangis2 dia. Saya pun menitis air mata tengok dia macam tu. Memang tak sampai hati. 
Last2, bila doc dah panggil untuk check, terus doc kata aqil kena admit ward. Takpe lah, janji anak mama sihat. Masuk je wad, dia nangis tak henti2 pulak. Tak tau kenapa. Memang satu wad tu lah dengar suara dia jerit menangis. Last2 dalam pukul 7 tu dia tertido. Mungkin dia nangis sebab mengantuk dan penat kot.
Tak sampai hati saya tengok tangan dia kena cucuk sebab nak masuk kan air. Memang dia menjerit2 la kat dalam bilik rawatan tu. Saya pun naik takut dengar. Mari saya share gambar2 aqil masa admit ward haritu.


:: 1st day admit ::

:: Baring je tak bermaya ::

:: Tengok lah tangan yang kena ikat tu ::

:: Dah macam orang besar caranya duduk ::

:: Dah OK sikit lah tu ::

:: Cumel ::

:: 2nd day, baru bangun tido ::

:: Dah kembali aktif, tak duduk diam ::
Petang hari Ahad, aqil pun dibenarkan balik. Punye la suke dia. Girang sungguh dia. Macam tau2 pulak. Berat dia pun mendadak naik daripada 6.2 kepada 6.7. 6.2 tu hari Sabtu, Ahad terus naik. Tu yang doc bagi balik. Yeay!


:: Tengok tu, suka nye dia ::

:: Manisnye senyuman ::



:: Dah tak sabar tunggu ayah sampai ::

:: Tengok tu dah tak boleh duduk diam ::


:: Muke "kerek" sebab ayah dah sampai ::
Alhamdulillah sekarang aqil dah ok. Selera makan dia pun semakin bertambah sekarang. Saya pun senang hati bila tengok dia OK je duduk rumah pengasuh. Alhamdulillah.

13 September 2011

Selamat Hari Raya 2

Assalamualaikum dan selamat pagi! Minggu ni masih mood raya. Banyak jemputan rumah terbuka yang perlu dihadiri. Alhamdulillah! Rezeki jangan ditolak orang kate kan. Semakin membesar la badan ku yang memang dah sedia besar ni. MasyaAllah!  Hari ni ada jamuan raya KPKK kat kraftangan, Jln Conlay. Kalau rajin jap gi, nak pegi. InsyaAllah.

OK...sebenarnya blog kali ni saya bukan nak cerita pasal jamuan hari raya, tapi saya nak cerita pasal sambutan hari raya kami yang lepas, yang saya dah janji nak share gambar2 masa raya tu. Sebelum tu, saya cerita lah sikit ek pasal sambutan raya yang lepas tu. 
Pagi raya tahun ni saya berada di Bentong, Pahang. Kami balik ke Bentong pada hari Sabtu sebelum raya tu dan bermalam la kat sane sampai pagi raya pertama. Boleh tahan meriah gak. Sebab dapat tengok orang main mercun, main meriam, bakar lemang dan macam2 lagi lah. Incik suami sebenarnye tak penah rase macam ni. Ye la dia membesar di KL kan. Mane lah nak rase bende2 tu sume kan. Macam saya, memang dah biasa. Kalau takde suasana tu sume, mesti borink.
Pagi raya tu, lepas semayang raya, kami pun bersalam-salaman dan bergambar-gambaran. Tengok lah kat bawah ni antara gambar2 mase kat bentong dan gambar2 kaum saudara saya.


:: Comel di pagi raya ::



:: Ini adalah antara sepupu2 saya & makcik saya ::

:: Gembira ye dapat duit raya banyak ::



Lepas je beraya di beberapa rumah di Bentong pagi tu, kami pun bertolak pulang ke KL. Kami balik gak ke KL pagi tu sebab kami nak terus kan lagi perjalanan kami yang agak jauh pada hari raya tahun ni. Kami semua nak balik Singapore tahun ni. Alhamdulillah rezeki Aqil tahun ni dapat beraya di Singapore. Sampai je kat KL, kami terus ke rumah "Grandma" incik suami kat Taman Melawati gak. Tak jauh mane pun lah kan. hehehe..

Dalam pukul 3 petang baru kami sekeluarga bergerak untuk balik ke Singapore. Jauhnye la saya rase. Penat tak terkata la kan. Tapi, semua penat tu kena ketepikan. Kami sampai Singapore malam tu dalam pukul 9 malam. Memang penat lah.

:: Ni masa OTW ke Singapore ::

:: Garang betul muke c anis ni ::


:: Baru sampai, eh dah bertuka pakai baju melayu balik ::

:: Raya kedua ::






Gambar2 kat atas tu semua nye mase raye pertama dan kedua. Kami dok kat sane 3hari 2malam. Malam kedua berada di sana, kami gi jalan2, tinggalkan anak kat rumah.hehehehe...
Takyah cite banyak la, mari saya share gambar2 kami gi jalan2.

:: Mak Dara dan Anak Dara ::

:: Muke2 kami yang nak enjoy je ::

:: Incik suami's siblings ::
Ini jelah ek gambar yang saya share. Kalau nak tengok lebih lagi, tengok lah kak FB saya ye kawan2.
Esoknye hari kamis, kami pun bergerak pulang ke KL. Tapi, OTW balik tu kami singgah di JB pergi beraya kat rumah mokde incik suami dan sepupu incik suami.

:: Muke bile dah nak balik ::

:: Bergambar sebelum balik ::



Ok ..setakat ni je lah dulu saya share ye. Next blog saya nak share pasal si kecik ni terpakse dimasukkan dalam wad. So pity my baby!

09 September 2011

Selamat Hari Raya 1

ASSALAMUALAIKUM !
 
Lama nya saya tak update BloG. Takde mood & takde feel kot nak menaip. Dan mungkin juga sebab saya cuti raya yang sangat panjang bagi tahun ni berbanding tahun lepas. Macam-macam perkara berlaku masa raya aritu. Seronok ada, gembira pun ada. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bagi saya, raya tahun ini adalah raya yang paling bermakna sebab tahun ni tahun pertama saya beraya sebagai seorang ibu. Perasaan saya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seronok beraya bersama suami, anak dan family semua. Nak2 pulak tahun ni beraya jauh lebih sikit dari tahun sebelum2 ni. Memang lain benar suasana raya di negara orang. Alhamdulillah..aqil pun boleh tahan banyak gak dapat duit raya, Rezeki dia. Mama pun dah bank in kan duit aqil ye sayang. 
Aqil pun nampak gembira sangat dapat beraya. Sampai ada perkara yang tak diduga jadi pada dia. Aqil comel saya masuk wad masa dah balik KL aritu. Kesian sangat anak mama. Tapi, sekarang alhamdulillah dah ok..
Setakat ni dulu saya share pasal raya kami.. Next blog saya akan share gambar2 yang ada sekitar hari raya Aidilfitri aritu. SELAMAT HARI RAYA SEMUA!