01 Julai 2013

Langkawi Day 2

Ok, disebabkan kemalasan yang amat sangat melanda diri harini jadi marilah kita teruskan dengan episod kedua vacation Langkawi kami. Mentang2 harini bos-bos takde, so kemalasan tuk buat kerja memang tinggi menggunung lah. Update blog rajin pulak kan arini. Kang kalau tinggal lama2, memang terus takde la episod seterusnya ni.

Hari ke-2 kami di Langkawi dimulakan dengan makan lah dulu. Breakfast. Kitorang dapat voucher breakfast je kat sana. Waktu makan lain di luar hotel lah ye.




:: Laluan untuk ke Cafe LLR ::

:: Antara tempat ambil makanan ::

:: Tengok betapa bizinye aku, konon2 ::

:: Hari pertama turun breakfast, Aqil tak mandi lagi ::




Dah selesai breakfast, kami naik ke bilik dulu untuk siapkan Aqil. Mak ayah alan pergi round2 area resort tu. Aku tengok2 kamera, bukan main lagi dorang bergambar. Hehehehe..

:: Muka hari pertama breakfast ::

:: Dalam lift pun jadi ::

:: Jalan ke bilik kami ::

:: Ni lah bilik kami 227, in-law punya bilik kat sebelah je, 229 ::
Pagi tu tempat pertama kitorang pergi adalah Underwater World. Nak tau harganya, tengoklah SINI. So, total kitorang aritu RM140 utk 5 orang. Ok lah.


:: Aqil cuba tuk silangkan kakinya ::
Dah semakin besar hero kecik aku ni. Sekarang dah makin banyak cakap. Dia pun sekarang suka nak nyanyi je. Happy tengok Aqil membesar dengan sihat. Alhamdulillah.


:: My Father-In-Law & Mather-In-Law ::


:: Brother-In-Law ::

:: Kami ::




:: Lagak macam orang dah besar sangat ::





Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi aku sorting2 je lah ye. Kang muntah korang tengok gambar kitorang. hahahaa. Oh..lupa nak bagitau sebelah underwater world ni ada 1 pasaraya nama The Zon. Bangunan dia bercantum je. Hari pertama tu kami dah pegi jalan2 soping kat sana. Boleh tahan gak murah barang2 kat situ. Kitorang soping baju n seluar je. Lepas ke sini, kitorang gerak pulak ke Beras Terbakar. Pun dekat gak dengan tempat penginapan kitorang tu. Tapi kat Beras Terbakar tu, lupa pulak aku nak snap picture. Kat sana pun murah2 barang soping. Baju, kain batik, kain pelekat, semua ok2 lah harga dia. Sempat lah soping kain batik baju bagai. Tapi kain batik tak boleh beli banyak2 kat sana, sebab tu barang terkawal. Kalau beli banyak2 nanti kena rampas pulak kat airport. Jadi, korang kalau datang sini, janganlah beli kain batik banyak2. Limit seorang 5helai je. 

Dah selesai shoping kat sini, kitorang terus balik ke hotel. Sebab hari kedua tu kan hari Jumaat. So, kita mak2 ni dok kat bilik dulu lah baring2 sementara tunggu bapak2 pergi solat Jumaat. Habis solat Jumaat baru keluar semula pergi makan dan sambung shopping lagi. Kali ni kitorang pergi ke Pekan Kuah. Kitorang pergi dulu ke Idaman Suri. Sape2 yang gila pinggan mangkuk periuk belanga bagai sila lah standby duit bebanyak dalam poket tu. Memang rambang mata ok!


:: Luggage kat sana mmg murah2 sgt ok! ::

:: Coklat ::





:: Inilah dia Idaman Suri ::
Rasa tergoda tak? Hahaha. Aku? Tergoda gak la. Tapi still boleh kawal nafsu soping lagi. Hebat kan. Tahniah Ekin! Muahahaha.. Ehh lupa lagi. Sebelum ke sini, kitorang singgah borong minyak gamat dulu kat Nusantara.

:: Besar kan botol gamatnya ::



:: Ni lah tempatnya ::

:: Harga nya boleh tahan murah lah. Semua jenis gamat ada kat sini ::


 Kat bawah ni gambar2 barangan kat Haji Ismail Group (HIG) pulakk. Memang rasa nak borong je semua. Tapi rasa cam leceh je berkaca2 bagai nak bawak naik flight. Dan aku pun bukan penggila barangan ni sangat pun. Sekadar suka2 nak tengok je.






Silalah bawak diri dan makbapak korang sekali ke sini. Pasti mereka2 suka. Seharian kami berjalan tuk hari kedua. Dah habis shopping kat sini, kitorang pun gerak balik hotel. Masa tu pun dah nampak muka Aqil penat je. Dah mula buat hal dah dia. Bapak dia pun muka dah semacam. Dah penat. Dia bila dah penat, mudah sangat nak naik angin. Tu nyampah ngan bapak dia tu. 

:: OTW balik hotel, tak sampai bape minit naik kete, Aqil dah lena ::

:: Ternganga dah anak mama tido. Dia jarang tido menganga tau melainkan kalau penat sangat ::
Kalau korang nak tau, malam tu aku tak keluar pun pergi makan tau. Duduk kat bilik je. Laki aku ngan mak ayah dia je pergi makan. Laki aku tapaukan je tuk aku. Bukan aku taknak keluar, tapi sebab Aqil tidur dari dalam kereta ni sampai lah ke pagi esoknya tu baru dia bangun ok! Penat gila gayanya kan. Macam dia pulak yg drive kan. Esok pagi2 dia bangun bukan main segar lagi. Siap boleh mandi dulu sebelum turun breakfast. Hari pertama kan dia tak mandi. So hari kedua turun breakfast, dia dah mandi dulu ok. Elok gak aku tak keluar malam tu, boleh gak aku layan cite Sebenarnya Saya Isteri Dia. hahahaha.. 

Itu sajalah aktiviti kitorang hari kedua di Langkawi. Later kita sambung Langkawi day 3 ok.





Langkawi Day 1

Assalamualaikum! 

How are u? Hahaha soklan tak menahan, bajet ada orang tengok blog ko. Puihhh. Ok, arini nak up entry vacation kami last week. The best vacation! So, kita up day by day k. Day 1 - day 3. InsyaAllah. Ini adalah percutian kedua kami untuk tahun 2013. Yang pertama ke Sabah bulan Februari lepas. Kali ni kami ke Langkawi pulak. Sebenarnya tiket flight ni aku dah beli dari tahun lepas lagi dah. Beli tiket ni sebelum beli tiket pergi Sabah lagi. Tapi Sabah yang kami pergi dulu. Hampir setahun tiket ni telah dibeli. Motif lama sangat? Sebab nak kumpul duit dulu sebelum pergi, boleh tinggal tempat yang selesa, shopping sakan bagai. Kalau beli bulan lepas, bulan ni pergi, tak sempat lah kan nak menabung. Itu cara aku! Muahahaha.

Percutian kali ni kami bawak sekali ayah dan mak mertua aku dan adik ipar aku. Jadi semuanya 6orang sahaja. Kami amek 2 bilik. Kami terbang pada 27 Jun (Khamis) dan terbang balik pada 29 Jun (Sabtu). Kali ni penginapan kami sangat sangat selesa ok. 4-5 bintang resort ni. Alhamdulillah rezeki. Itu gunanya menabung. Kami tinggal di Langkawi Lagoon Resort. Memang best cuma tempat ni jauh dari Pekan Kuah ye. Jauh tak jauh sangat lah. Setengah jam je pun ke Pekan Kuah. Kalau korang rasa berminat ke nak try boleh la ke laman web LLR . Segala bagai tentang resort tu ada kat situ, so janganlah nanti tanya lagi aku berapa rate lah, macam mana hotel tu lah. Yang aku boleh cakap sangat sangat selesa. Segala kemudahan semua ada. Kereta sewa pun boleh ambil je dari situ, dorang akan caj kat bil hotel je. Senang kan.

:: Ni lah pemandangan dari depan resort tersebut ::

:: Ruangan menunggu di Lobby ::






Gambar-gambar ni semua sekitar pemandangan di LLR. Not bad lah. Cuma pantai dia tak secantik di Pantai Cenang lah. Bilik2 tu adalah antara bilik yang kami dapat di sana. Picture credit to google. Aku tak amek gambar bebetul aritu. Cantik kan. Memang tak rugi korang bayar mahal2 dok sini. Berbaloi!

Hari pertama kami sampai kat airport, dah ada orang resort tunggu kami utk bawak pergi resort. Dari airport nak ke tempat ni memang sangat sangat dekat. 5 minit gitu je. Sampai je bilik, kami berehat jap tuk solat Zohor dulu dan Jama' terus tuk Asar. Selesai solat semua, kami terus ke Lobby tuk dapatkan kereta. 

Oh lupa nak bagitau, dari rumah ke airport kami amek teksi je. Boleh tahan murah lah. Dari Taman Melawati, KL ke LCCT hanya RM140 je. Murah kan. Boleh la ke mana2 web online booking teksi. Aku nak bagi link, tapi tak jumpa pulak dah link nye tu.

:: Ni masa dalam teksi, OTW ke LCCT ::

:: Muka budak malas nak jalan ::
:: Lepas checkin luggage, kita tunggu lah kat tepi tu jap ::

:: Pengantin baru datang tuk mengiringi percutian kami :: 


:: Boarding time ::











Inilah suasana bilik kami.

:: Ni kereta sewa yg pihak resort bagi kami ::
Hari pertama kami dimulakan dengan makan dulu (WAJIB). Makan biasa2 je kat area Pantai Cenang. Dah kenyang, terus gerak ke Pekan Kuah. Terus ke Dataran Lang dulu. Lepas tu baru survey2 ke tempat soping2. Best!
















Gambar sekitar di Dataran Lang. Waktu ni dah Maghrib. So ada gambar yang blur2. Bergambo je lah kat sini. Lepas tu kami terus ke Haji Ismail Group (HIG). Hari pertama ni kami tengok2 je dulu. Pastu jalan2 sikit kat pasar malam kat situ. Dalam pukul 9 gitu kami dah gerak balik ke hotel. Berehat dulu dan esok kita sambung lagi tuk hari kedua. Malam tu kami tidur dengan lenanya. Aqil pun sama. Lena sangat dia tidur, mentang2 dalam aircond kan!