01 Julai 2013

Langkawi Day 2

Ok, disebabkan kemalasan yang amat sangat melanda diri harini jadi marilah kita teruskan dengan episod kedua vacation Langkawi kami. Mentang2 harini bos-bos takde, so kemalasan tuk buat kerja memang tinggi menggunung lah. Update blog rajin pulak kan arini. Kang kalau tinggal lama2, memang terus takde la episod seterusnya ni.

Hari ke-2 kami di Langkawi dimulakan dengan makan lah dulu. Breakfast. Kitorang dapat voucher breakfast je kat sana. Waktu makan lain di luar hotel lah ye.




:: Laluan untuk ke Cafe LLR ::

:: Antara tempat ambil makanan ::

:: Tengok betapa bizinye aku, konon2 ::

:: Hari pertama turun breakfast, Aqil tak mandi lagi ::




Dah selesai breakfast, kami naik ke bilik dulu untuk siapkan Aqil. Mak ayah alan pergi round2 area resort tu. Aku tengok2 kamera, bukan main lagi dorang bergambar. Hehehehe..

:: Muka hari pertama breakfast ::

:: Dalam lift pun jadi ::

:: Jalan ke bilik kami ::

:: Ni lah bilik kami 227, in-law punya bilik kat sebelah je, 229 ::
Pagi tu tempat pertama kitorang pergi adalah Underwater World. Nak tau harganya, tengoklah SINI. So, total kitorang aritu RM140 utk 5 orang. Ok lah.


:: Aqil cuba tuk silangkan kakinya ::
Dah semakin besar hero kecik aku ni. Sekarang dah makin banyak cakap. Dia pun sekarang suka nak nyanyi je. Happy tengok Aqil membesar dengan sihat. Alhamdulillah.


:: My Father-In-Law & Mather-In-Law ::


:: Brother-In-Law ::

:: Kami ::




:: Lagak macam orang dah besar sangat ::





Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi aku sorting2 je lah ye. Kang muntah korang tengok gambar kitorang. hahahaa. Oh..lupa nak bagitau sebelah underwater world ni ada 1 pasaraya nama The Zon. Bangunan dia bercantum je. Hari pertama tu kami dah pegi jalan2 soping kat sana. Boleh tahan gak murah barang2 kat situ. Kitorang soping baju n seluar je. Lepas ke sini, kitorang gerak pulak ke Beras Terbakar. Pun dekat gak dengan tempat penginapan kitorang tu. Tapi kat Beras Terbakar tu, lupa pulak aku nak snap picture. Kat sana pun murah2 barang soping. Baju, kain batik, kain pelekat, semua ok2 lah harga dia. Sempat lah soping kain batik baju bagai. Tapi kain batik tak boleh beli banyak2 kat sana, sebab tu barang terkawal. Kalau beli banyak2 nanti kena rampas pulak kat airport. Jadi, korang kalau datang sini, janganlah beli kain batik banyak2. Limit seorang 5helai je. 

Dah selesai shoping kat sini, kitorang terus balik ke hotel. Sebab hari kedua tu kan hari Jumaat. So, kita mak2 ni dok kat bilik dulu lah baring2 sementara tunggu bapak2 pergi solat Jumaat. Habis solat Jumaat baru keluar semula pergi makan dan sambung shopping lagi. Kali ni kitorang pergi ke Pekan Kuah. Kitorang pergi dulu ke Idaman Suri. Sape2 yang gila pinggan mangkuk periuk belanga bagai sila lah standby duit bebanyak dalam poket tu. Memang rambang mata ok!


:: Luggage kat sana mmg murah2 sgt ok! ::

:: Coklat ::





:: Inilah dia Idaman Suri ::
Rasa tergoda tak? Hahaha. Aku? Tergoda gak la. Tapi still boleh kawal nafsu soping lagi. Hebat kan. Tahniah Ekin! Muahahaha.. Ehh lupa lagi. Sebelum ke sini, kitorang singgah borong minyak gamat dulu kat Nusantara.

:: Besar kan botol gamatnya ::



:: Ni lah tempatnya ::

:: Harga nya boleh tahan murah lah. Semua jenis gamat ada kat sini ::


 Kat bawah ni gambar2 barangan kat Haji Ismail Group (HIG) pulakk. Memang rasa nak borong je semua. Tapi rasa cam leceh je berkaca2 bagai nak bawak naik flight. Dan aku pun bukan penggila barangan ni sangat pun. Sekadar suka2 nak tengok je.






Silalah bawak diri dan makbapak korang sekali ke sini. Pasti mereka2 suka. Seharian kami berjalan tuk hari kedua. Dah habis shopping kat sini, kitorang pun gerak balik hotel. Masa tu pun dah nampak muka Aqil penat je. Dah mula buat hal dah dia. Bapak dia pun muka dah semacam. Dah penat. Dia bila dah penat, mudah sangat nak naik angin. Tu nyampah ngan bapak dia tu. 

:: OTW balik hotel, tak sampai bape minit naik kete, Aqil dah lena ::

:: Ternganga dah anak mama tido. Dia jarang tido menganga tau melainkan kalau penat sangat ::
Kalau korang nak tau, malam tu aku tak keluar pun pergi makan tau. Duduk kat bilik je. Laki aku ngan mak ayah dia je pergi makan. Laki aku tapaukan je tuk aku. Bukan aku taknak keluar, tapi sebab Aqil tidur dari dalam kereta ni sampai lah ke pagi esoknya tu baru dia bangun ok! Penat gila gayanya kan. Macam dia pulak yg drive kan. Esok pagi2 dia bangun bukan main segar lagi. Siap boleh mandi dulu sebelum turun breakfast. Hari pertama kan dia tak mandi. So hari kedua turun breakfast, dia dah mandi dulu ok. Elok gak aku tak keluar malam tu, boleh gak aku layan cite Sebenarnya Saya Isteri Dia. hahahaha.. 

Itu sajalah aktiviti kitorang hari kedua di Langkawi. Later kita sambung Langkawi day 3 ok.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan