Best pulak pepagi ni nak update blog. Alhamdulillah hari ni saya puasa sempena tibanya 1rejab dan kebetulan untuk mengganti puasa yang tinggal lagi 6hari belum berganti. Teruk kan saya? Sekarang dah bulan 5, insyaAllah pertengahan bulan 7 kita akan menyambut ramadhan. Baru sekarang saya nak ganti puasa. Ish...mudah leka lah saya. Kadang2 terasa malu dengan mak mertua yang dah habis pun ganti puasa, saya yang masih sihat segar bugar ni dah last2 minit macam ni baru lah terhegeh-hegeh nak ganti. Ok, saya sedar kesilapan saya!
Pagi2 ni datang kerja terus terjah bukak blog. Dan terjumpa pulak blog isteri Dr Syeikh Muzzaffar (angkasawan negara tu). Tak semena-mena terus saya rasa berminat nak baca. Maybe sebab tengok dorang kat nona tu kot. hehe... Seronok tengok anak dorang swimming. Saya ni memang suka bab2 tu. Walaupun saya sendiri tak pandai sangat berenang, tapi saya nak anak saya pandai berenang. Best kan. Incik suami dah beli dah swimming suit, pelampung, jaket keselamatan untuk aqil, tapi takde kesempatan langsung nak bawak dia pergi swimming pool, insyaAllah bulan depan family dari Singapore nak turun ke PD, so kami akan join mereka di sana, dan kami akan paksa aqil swimming. Hahaha... PAKSA!
Memang seronok lah baca blog Dr Halina ni. Ada macam2 tip, menu untuk bayi kita. Bagus untuk kita mommy2 ni baca. Sebagai rujukan kita. Kalau korang free, sila lah layari
http://barelysupermommy.com/ ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan