21 Mei 2012

Weekend kami anak beranak

Selamat hari Isnin semua! Monday blues? Hehe... Jangan kata korang, saya pun sama. Ngeeee..

Bila mood Monday Blues tu dah sampai, jadi marilah kita beramai2 menyelak blog masing2 ye. Hari ni saya nak cerita pasal weekend kami anak beranak. Sejak dua menjak ni saya memang tak boleh lekat kat rumah langsung. Nak2 nya sebulan ni dok umah mak mertua, lagi lah saya taknak dok umah. Hehe.. Weekend je mesti ada je tempat yang saya nak ajak incik suami pergi. Sampai letih lah dia nak layan kerenah saya ni. 

Hari Sabtu lepas plan awalnya nak ke Genting Highlands, nak bawak aqil merasa naik cabel car lah kononnya. Tapi dengar ada kawan saya cakap cabel car tu tengah dalam proses penyelenggaraan, jadi terpaksa lah dibatalkan hajat di hati saya ni. Sedar je dari tidur pagi tu, terus cakap kat incik suami "jom kita pergi zoo nak tak, bawak aqil tengok haiwan2". Incik suami pun ok. Maka pagi tu pergi lah kami ke zoo negara yang letaknya sekangkang kera je dari umah mak mertuaku. Jimat lah kos perjalanan kan sebab belakan rumah je pun zoo negara nya. Aqil memang excited lah bila dapat pergi zoo. Dapat tengok berbagai2 jenis haiwan kat sana. Seronok tengok dia excited gitu. Adalah sikit picture yang di snap. Jom le tengok2.

:: Selamat datang! ::

:: See the elephant ::

:: Ahhh ::

:: Anak bapak ::

:: Muka dah letih ::

:: tQ mama n ayah ::

:: Dekatnye, takuttt ::
Seronok aqil dapat berjalan-jalan kat zoo. Sampai penat lah. Balik2 tu terus mandikan dia dan bagi dia minum susu, n tanpa perlu berbuai, aqil dah lena kat atas toto. Kesian anak mama! 


Hari Ahad tu pulak kami balik ke Bentong sempena sambutan birthday sepupu saya di Taman Mawar Sari. Pagi2 dah gerak balik bentong, sebab takut jalan jem. Ye lah kan red warrior semua turun KL ari Sabtu tu. Comfirm lah jalan kat Bentong akan jem bila dorang dah mula nak balik ke Kelantan. Seronok jugak balik Bentong semalam, sebab dapat jumpa sedara mara yang dah lama saya tak jumpa. 


OMG! Minggu ni saya nak balik Johor pulak. Kampung sebelah incik suami. Dan mungkin masuk Singapore jugak jumpa sedara mara kat sana. Tapi kena pikir banyak kali dulu nak gi Singapore tu. Hehehe..Maklumlah kena berkira2 bajet nya dulu..Ngeee. Sebab minggu depan nak kena balik Melaka pulak..Wahh......penuh nya jadual weekend kami. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan