31 Oktober 2012

Suprise for me!

Entry ni sepatutnya minggu lepas lagi aku kena buat. Tapi disebabkan malas dan kekangan tugas yang agak banyak sejak akhir2 ni membuatkan aku terpaksa postpone kan. Kira entry dah basi lah ni. Entry yang aku maksudkan adalah cerita tentang aku ketika menyambut hari kelahiran aku yang ke-25! Muda lagi kan! Apa ada dengan usia. Hahahaha...

Tanggal 23 Oktober 2012 lepas genaplah umur aku 25 tahun. Sekejap je rasa dah mencecah umur 25 tahun. Dan yang paling best pada usia 25 tahun ni aku telah mempunyai seorang anak yang sangat comel ok! Suami dan anak adalah harta paling berharga yang aku ada sekarang.

Aku tidak menyangka incik suami aku seorang yang agak romantik jugak rupanya. Aku tak tau pun yang dia akan buat suprise birthday untuk aku. Siang tu dia cume gtalk aku kata "malam ni tak payah masak ye syg, kita makan luar je". Aku ok kan je.  

Malam tu selesai je menunaikan solat maghrib, incik suami pun kata jom lah. Nanti lambat pulak. Dalam kereta aku dok tanya2 nak pergi mana ni. Jawapan dia senang je, tengok lah nanti. Kami pergi Alamanda je. Ingat kan nak bawak makan kat food court tu. Rupanya bukan. Incik suami bawak aku ngan Aqil pergi makan kat Fish Manhantan. Owh ni 1st time aku ye. Not bad lah. Rupa2 nya incik suami siang2 tadi dah pergi booking kan tempat tuk kami 3beranak. Siap booking bilik special tuk kami bertiga je ye. Alhamdulillah. Aku memang tak tahu nak makan apa, aku makan je apa yang laki aku dah order. Boleh lah, cuma bila dah banyak sangat tu perut pun dah tak lalu sangat la.

Aku ingat tu je. Rupa2 nya ada lagi suprise nye. YaAllah suamiku! Aku sangat terharu sebab tetiba tengah syok2 makan tu, ada orang masuk bawak kek sambil nyanyikan lagu Happy birthday! So sweet my husband! Rasa nak nangis je, sebab happy sangat. Tq very much abang! I love u so much! Siap orang tu hulur kan hadiah. Hadiah kasut yang aku suka! Alhamdulillah syukur! Jom lah tengok serba sikit gambar yang ada.

















Gambar orang bawak kek takde, sebab incik suami rakam video je. Tapi aku taknak upload video lah. Malu! So gambar2 yang ada je kite tunjuk. Terima kasih YaAllah kerana telah memberi peluang kepada hambaMu ini merasa nikmat kebahagiaan bekeluarga. Aku sayang keluarga aku. Syukur alhamdulillah aku telah dikurniakan seorang suami yang penyayang, memahami, bertolak ansur, penyabar, beriman. Syukur sangat2. 

Allah telah menentukan jodoh yang paling baik kepada hamba2Nya. Cuma lambat dan cepat kita menemuinya. Aku dulu pernah bercinta more than 5 years tapi dah bukan jodoh aku dengan dia, semuanya terputus di tengah jalan. Incik suami aku sekarang aku hanya kenal less than 6 months, terus kami nikah dan alhamdulillah bahagia dan gembira sekarang. Terima kasih YaAllah. 

Kalau dah tertulis itu bukan jodoh kita, maka tidak akan sesekali terjadi. Tapi kalau dia lah jodoh kita, sejauh mana pun kita lari, tetap kita akan bersama dengannya. Semuanya dengan izinNya. InsyaAllah.

18 Oktober 2012

Tip untuk ajar anak cepat bercakap


1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda. Saya sudah merasainya. DEMI ALLAH, ia sangat membahagiakan.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti membantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya. Ye tepat sekali! aqil memang hari2 mintak aku bukakkan youtube downloader kat hp aku untuk dia tengok video2 lagu dia. Good boy!

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Aqil nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Aqil nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Seronok dengan keletah aqil sekarang yang dah pandai cakap. Dan yang penting sekarang aqil suke menyanyi ye walaupun tak tau apa yg dicakap atau dinyanyikan. Memang fun sangat! Setiap hari tak sabar nak balik rumah nak tengok keletah dia. Aku sangat suka sakat dia! 

15 Oktober 2012

Tak sesuai

Dah hari Isnin dah ek arini. Cepat sungguh masa berlalu sekarang. Weekend pun tak rasa. Laju sangat berlalu. Rasa tak cukup rehat di waktu weekend. Mana tak rasa cepatnya masa tu berjalan, aku pun asyik berjalan je. Tak lekat kat rumah pun. Tapi bukan ke mana pun, balik rumah mak mertua je pun. Duduk2 sana 2hari. Pergi kenduri kahwin, pergi shopping, cepat la masa berlalu kan. Padan muka aku! Hahahaha.. Takde apa yang menarik pun weekend kami yg baru ni, just duduk rumah mak makan membesarkan badan. kenapa mak masak sedap sangat? 

Seronok sebenarnya berblogging ni. Tapi nak kena rajin. Nak kena ada idea baru boleh berblogging kan. Sekadar nak suka2 ade blog, tapi peram pun buat ape kan. Aku akan login blog ni bila aku rasa ada idea nak tulis. Sebab aku bukan jenis karang2 dulu kat kertas ke apa ke. Tak! Aku spontan punya orang. Ape terlintas, itulah tersurat kat sini. Takde tersurat2 nya ok! 

Blog ni pun salah satu ruang yang paling sesuai dan amat sesuai untuk meluah perasaan ke bercerita panjang2 ke, upload gambar banyak2 ke. Tapi aku tengok ramai yang suka meluahkan perasaan di FB. Korang rasa sesuai ke? Bagi aku tak! Kalau perasaan happy2 tu ok lah. Tapi kalau perasaan marah ke benci ke sedih ke, bukan di FB kot. Rasa macam tak sesuai pulak. Terutama masalah personal, FB bukan lah tempat yang sesuai meluahkan rasa tersebut. Katakan ada orang yang tak suka kita, pasti mereka akan tersenyum, tergelak, bertepuk tangan ke bila melihat status kita yang macam2 kat FB tu. Better di sini lah tempat nya. Sebab tak semua kawan kat FB tu tengok luahan hati kita kat blog ni melainkan kalau kita sendiri yang share link blog ni kat FB kan.

Aku hanya cerita2 kosong je pagi ni. Sebab kebetulan ramai pulak kawan2 kat FB aku meluah perasaan. Tapi aku tak tau dorang tu ada blog ke tak. Maybe takde lah tu kot. Cehh memandai je aku. Tapi kalau taknak berblog pun, tulis dalam diari pun ok ape! Baru nampak klasik sikit kan! 

11 Oktober 2012

Jangan good sangat!

Macam2 ragam manusia sekarang. Ada yang elok,ada yang buruk. Takde pun orang yang sempurna akhlaknya kecuali Nabi Muhammad S.A.W.. Bukan kata orang lain lah, diri kita sendiri pun belum tentu sempurna sangat. Jadi jangan mudah nak mengata orang atau judge orang lain. 

Kalau kau rasa tak suka pada orang lain, orang lain lagi rasa tak suka dengan kau! Aku taknak buat status atau apa di mana2, aku taknak kau atau orang lain terpakse telan pedasnya kata2 aku. Jangan buat2 kau tu good sangat. 

Orang sekeliling kau jelik sangat dengan perangai mengade2 kau. Tapi taknak cakap je sebab nak jage hati. Jadi harap kau faham suatu hari nanti. Kata2 ni semua bukan semata2 untuk orang lain tapi juga kepada diri sendiri. Seburuk2 aku, aku boleh fikir elok lagi dgn tidak mengade2. 

Aku pun tidak sempurna. Ada baik dan buruknya juga. Jangan sampai aku buat semua orang benci kau! Aku dah tentu2 dari dulu tak berapa suka perangai kau. Seronok kan entry meluahkan perasaan ni. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati. Sekadar mengingatkan diri sendiri.

10 Oktober 2012

Fakta tentang kelahiran


Saat ketika mengandung dan melahirkan adalah satu pengalaman yang sangat manis dalam hidup aku. Bila aku cakap macam tu, bukan bermakna aku dah ready untuk next baby. Tapi aku hanya nak share apa yang aku rasa. Ada orang fobia nak bersalin lagi, aku pun begitu jugak. Tapi rasa teringin tu tetap ada. Tapi bukan sekarang, biarlah aqil besar sikit lagi ye. Tunggu umur dia dah 3 ke 4 tahun, baru boleh ada adik.

Ada beberapa fakta tentang kelahiran oleh wanita yang bergelar isteri dan ibu yang perlu kita tahu :-

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Alhamdulillah aku telah merasai pengalaman indah ini. Terima kasih Ya Allah. 

~Sumber gambar dan fakta dari google~

Fakta tentang wanita


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25. Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Isteri buat suami.

Sekadar untuk renungan bersama.


Special tu textgram renungan bersama aku siap ada gambar kami berdua ok!

Ringankanlah penderitaannya

Sedih amat aku melihat keadaan bayi tersebut. Mengalir air mata tatkala aku membaca kisahnya, apatah lagi melihat gambar2 nya. Betapa tabahnya ibu kepada Ahmad Adam Syukri. Aku sebagai seorang ibu, tak dapat bayangkan bagaimanakah kalau aku ditempat beliau. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kurangkan lah penderitaan bayi tersebut. Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya hidup baginya adalah lebih baik, maka panjangkanlah umurnya, jika mati baginya adalah lebih baik, maka bantulah dia Ya AllahBukan niat aku nak nak mendoakan yang tidak baik untuk anak ini, tapi aku tidak sanggup melihat penderitaan bayi sekecil itu. Itu adalah yang terbaik. Biarlah dia tunggu ibu bapanya di sana nanti, InsyaAllah. Tapi, jika Adam boleh pulih seperti sediakala, Kau pulihkan lah dia secepat yang mungkin Ya Allah.

Semua ini telah ditentukan oleh Allah dan semua adalah sebahagian ujian daripadaNya kepada hambaNya. Kita yang tidak mengalami masalah sebesar Adam dan keluarganya, kita patut bersyukur dan jangan mudah lupa kepadaNya. 

Sedikit kisah tentang Ahmad Adam Syukri. Kisah ini diambil dari blog2 yang telah menyiarkan kisah Adam.

“Ahmad Adam Syukri dilahirkan pada 04.03.2012 dan telah mengalami brain damaged (severe hie) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Adam dilahirkan secara vacuum dan sewaktu kelahirannya Adam keluar  dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI pada 09.03.2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Adam juga perlu bergantung pada mesin sunction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan Adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak."






Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga keluarga Adam tabah. Sama2 lah kita doakan untuk Adam.
Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan dari segi kewangan, boleh salurkan ke:



NORAISAH BINTI MOHAMAD MALENA 
CIMB ACC: 02040007292201

Sumbangan dan doa anda sangat diperlukan. Tidak mengapa jika kita tiada kemampuan nak membantu dari segi kewangan, tapi bantulah dengan cara berdoa untuk anak ini dan share kan entry ini kepada yang lain supaya mereka yang lain dapat sama2 membantu. 

Fuhhh.

Selamat pagi Rabu! Wahh pagi2 lagi aku dah nak update ni. Ada cerita best ke? Takde pun. Saje je mengade. Tetiba jejari ni rancak je menari2 di atas papan keyboard ku yang sumell ni. Nak cerita lah wei buat kali pertama nya dalam sejarah harini aku terlajak tidur ok! Tak pernah tau aku terlajak tidur. Selalu sharp on time alarm aku bunyi pasti aku sedar dan bangun terus tanpa berlengah. Entah macam mana harini aku boleh terlajak. Padahal pukul 5pg tadi aku dah sedar. Siap incik suami aku kata "sayang, dah pukul 5". Aku dengan yakinnya jawab "ha'ah ok". Dan dengan tanpa berlengah lagi aku terus pejam kan mata. Kononnya nak lelap sekejap sebelum bangun buat segala kerja sebelum mandi. 

Last2 aku tersedar, tengok jam dah pukul 6.05 pg ok! OMG! Selalu time ni aku dah siap nak pergi ye. Sebab aku selalu keluar rumah pukul 6.15pagi. Masa tersedar tu automatik terus aku cakap "abang, dah lambat!" Terus kena marah. "Tula awak, abang dah cakap tadi, bla bla bla". Entah apa lagi yang dibebelkan oleh suamiku. Aku tanpa berlengah bangun capai towel dan terus masuk bilik air. Dah macam kena renjatan elektrik cara aku terkejut bangun tu ok! Sebab selalu hari2 aku takkan pergi mandi terus. Aku akan bangun cuci semua botol susu aqil, kemas dapur, masak air, isi air botol incik suami, buat bekal sarapan untuk incik suami, kemas baju aqil masuk dalam beg nak hantar pada pengasuh, kemas tempat tidur, iron baju dan last sekali baru aku mandi. Dan pagi ni semua dah jadi terbalik! Aku mandi dulu, pastu baru iron baju, buat bekalan roti untuk incik suami, isi air bekal dia, kemas baju aqil semua. Fuhh..serius tonggang langgang. Tempat tidur minta incik suami kemaskan nanti. Tak sempat dah aku nak buat. 

Dah lambat tu, terus aku masuk ikut MEX Highway la. Mahal sikit pun takpelah. Nak kejar masa lah katakan. Sampai2 opis kul 7.40 gitu lah. Merah jugak ye punch kad aku. Aku kan WP1. Biakan lah, merah pun merah lah. Terus aku bagi EO aku sign punch kad aku tu. 

Aku terlajak tidur tu maybe sebab malam tadi lambat tidur kot. Sebab tak boleh tidur lah malam tadi. Selalu pukul 10 aku dah tidur. Tapi malam tadi pukul 1pg baru aku tidur. Ni lah padahnya. Lagipun malam tadi tu aqil tetiba buat hal. Batuk. Tak tau kenapa. Pastu tengah2 malam tu dia mintak nak buai pulak. Terpakse lah enjut dia dulu dan bila dah tidur, baru angkat dia turun. Lepas tu baru la aku boleh tidur. 


Sebenarnya setiap malam aku tak pernah bangun buat susu untuk aqil ye. Selalu memang incik suami yang buatkan. Aku sangat beruntung dan bersyukur dapat incik suami begitu. Incik suami aku sangat bertolak ansur. Terima kasih suamiku! 

08 Oktober 2012

Riadah

Sabtu aktiviti bersukan kan. Hari Ahad pulak kita buat aktiviti riadah ok. Jalan2 tengok pemandangan. Seharian dok rumah. Dah boring ok. Dah puas tidur, bangun makan pulak, pastu tengok tv pulak. Last2 tak tau nak buat apa, kami pun keluar lah bawak si kecik tu. Jalan2 sekitar Putrajaya je. Naik motor je lah ye qiqil oi. Sekali sekala bawak qiqil naik motor, memang best. Dia pun suka. Sebelum gi jalan2 tengok pemandangan Putrajaya tu, aku ajak incik suami try roti john popular D'Putrajaya kat Taman Warisan tu. Hmm.. komen aku ok2 je lah. Tak umphh lagi lah bagi aku. Aku pun pelik macam mana lah gerai tu boleh masuk dalam JJCM aritu. Ingat kan terbaik sangat lah. Takdelah sangat ok. Sorry tuan kedai. Not my taste sangat lah. Roti john kat kampung aku tu lagi terbaik ok! Ever and ever!


:: Comel tak saya ::
 Haaa..tu dia! Sebelum memulakan perjalanan, ciri2 keselamatan jangan dilupakan ye! "met atil? met atil?"(helmet aqil? helmet aqil?) kata2 aqil ketika mencari helmet nya. Pandai anak mama!

:: Roti john ayam ::
 Ni lah dia Roti John Popular D'Putrajaya tu. Biasa2 je. Beratur memang panjang lah. Tak tau lah sebab sedap ke sebab dah masuk dalam JJCM tu ke. Tapi bagi aku sebab dah masuk dalam JJCM tu kot. Sebab rasanya aku rasa biasa je. Tak mengancam sangat lah bagi aku. Sorry!

:: Coconut shake ::
Coconut shake yang menyegarkan. Not bad lah. Boleh lah hilang2 dahaga. Dah cair dah aiskrim sume. 

:: Masa mula2 sampai ::
 Lupa nak bagitau kan aku pergi beriadah kat mana. Hahaha. Sori2. Kitorang pergi Menara yang macam roket tu. Apa ek nama dia. Oh ye! Namanya Monumen Alaf Baru (Millennium Monument) yang terletak di Presint 2 Putrajaya tu. Ok lah tempat ni, memang best. Memang cantik view dia. Nampak masjid, nampak bangunan2 yang cantik. Dok pulak tepi tasik kan. Memang berangin je. Tenang rasa. Sesuai sangat kalau nak bawak anak2 main2 kat sini. Takdelah taman permainan. Tapi adalah kawasan nak bawak anak main basikal ke, kereta control ke. Siap ada rumput tempat kita boleh bersantai macam berkelah tu k. Semalam siap ada yang bawak tikar berkelah makan2 kat situ. Best je aku tengok!

:: Bapak memimpin tangan anaknya ::

:: Masa mendaki ke menara ::

:: Berlatar belakangkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ::











:: Sungguh cantik, best dapat tengok sunset kat sini ::




:: Kami ::






 Sampai dekat pukul 7 jugak lah kitorang kat sini. Memang best. Lain kali nak datang lagi. Nak bawak basikal or kereta aqil pulak datang sini. Bagi dia main2 kat sini. Lagi satu, lupa aku nak cakap, kalau korang nak feeling makan macam tepi laut dengan angin sepoi2 bahasa, kat sini ada restoran ok. Aku tak try makan pun semalam, lalu je. Sebab kenyang kan baru lepas makan roti john tu. Kalau weekend2 korang rasa takde apa nak buat kat rumah tu, bawak lah anak jalan2 kat sini k. Parking kereta pun senang.

Join The Walk

Happy Monday Blues everybody!

Memandangkan mood Monday Blues, jadi marilah kita tengok2 gambar blogger yang ada termasuklah aku yang tak berapa blogger sangat ni. Wakakakaka.. Apa aktiviti weekend korang minggu lepas? Haa..dok rumah je? Allah tak bestnye! Aku? Aku weekend lepas rajin sikit. Kenapa aku kata rajin. Sebab kami 3beranak tetiba rajin join satu program ni kat Putrajaya. Program "join the walk". Jalan dari Istana Kehakiman Putrajaya sampai ke PICC. Memang best sangat i told u! Serius! Enjoy ok! Tak penat tapi fun sangat! Aqil? Pastilah aku bawak. Mana boleh tinggal si kecik tu sepertimana aku telah katakan dalam entry aku sebelum ni. Program tu start pukul 1pm. Tapi kami datang kul 3pm gitulah. Sebab jalan pun start petang kan. Takyah bebel panjang2 sangatlah ekin! Layan je gambar ok! 

:: Ni lah baju tuk program tu::

:: Amy search pun ada buat persembahan ::


Sebenarnya ada lagi artis2 lain, tapi aku sempat tengok Amy Search je. Sebab aku kan datang lambat. Dah pukul 3pm baru datang, memang takde kesempatan lah nak tengok artis2 lain tu.

:: Si kecik yang taknak dok diam dlm stroller dia ::


:: Bukan main aktif lagi dia ::

:: Nasib ada baju yang lebih kurang sama warna ngan baju kitorang aritu ::


:: Kami bertiga ::



:: Mulakan perjalanan ::
Aku suka sangat sebenarnya aktiviti begini. InsyaAllah kalau ada lagi, pasti aku nak join lagi. Sekali sekala apa salah nya kan. Daripada dok umah je tak buat apa2, baik join aktiviti sihat macam ni kan. Bukan mahal pun kena bayar. Disamping kita dapat pahala buat charity ni, kita pun boleh sihatkan badan dengan keluarkan peluh.