Entry ni sepatutnya minggu lepas lagi aku kena buat. Tapi disebabkan malas dan kekangan tugas yang agak banyak sejak akhir2 ni membuatkan aku terpaksa postpone kan. Kira entry dah basi lah ni. Entry yang aku maksudkan adalah cerita tentang aku ketika menyambut hari kelahiran aku yang ke-25! Muda lagi kan! Apa ada dengan usia. Hahahaha...
Tanggal 23 Oktober 2012 lepas genaplah umur aku 25 tahun. Sekejap je rasa dah mencecah umur 25 tahun. Dan yang paling best pada usia 25 tahun ni aku telah mempunyai seorang anak yang sangat comel ok! Suami dan anak adalah harta paling berharga yang aku ada sekarang.
Aku tidak menyangka incik suami aku seorang yang agak romantik jugak rupanya. Aku tak tau pun yang dia akan buat suprise birthday untuk aku. Siang tu dia cume gtalk aku kata "malam ni tak payah masak ye syg, kita makan luar je". Aku ok kan je.
Malam tu selesai je menunaikan solat maghrib, incik suami pun kata jom lah. Nanti lambat pulak. Dalam kereta aku dok tanya2 nak pergi mana ni. Jawapan dia senang je, tengok lah nanti. Kami pergi Alamanda je. Ingat kan nak bawak makan kat food court tu. Rupanya bukan. Incik suami bawak aku ngan Aqil pergi makan kat Fish Manhantan. Owh ni 1st time aku ye. Not bad lah. Rupa2 nya incik suami siang2 tadi dah pergi booking kan tempat tuk kami 3beranak. Siap booking bilik special tuk kami bertiga je ye. Alhamdulillah. Aku memang tak tahu nak makan apa, aku makan je apa yang laki aku dah order. Boleh lah, cuma bila dah banyak sangat tu perut pun dah tak lalu sangat la.
Aku ingat tu je. Rupa2 nya ada lagi suprise nye. YaAllah suamiku! Aku sangat terharu sebab tetiba tengah syok2 makan tu, ada orang masuk bawak kek sambil nyanyikan lagu Happy birthday! So sweet my husband! Rasa nak nangis je, sebab happy sangat. Tq very much abang! I love u so much! Siap orang tu hulur kan hadiah. Hadiah kasut yang aku suka! Alhamdulillah syukur! Jom lah tengok serba sikit gambar yang ada.
Gambar orang bawak kek takde, sebab incik suami rakam video je. Tapi aku taknak upload video lah. Malu! So gambar2 yang ada je kite tunjuk. Terima kasih YaAllah kerana telah memberi peluang kepada hambaMu ini merasa nikmat kebahagiaan bekeluarga. Aku sayang keluarga aku. Syukur alhamdulillah aku telah dikurniakan seorang suami yang penyayang, memahami, bertolak ansur, penyabar, beriman. Syukur sangat2.
Allah telah menentukan jodoh yang paling baik kepada hamba2Nya. Cuma lambat dan cepat kita menemuinya. Aku dulu pernah bercinta more than 5 years tapi dah bukan jodoh aku dengan dia, semuanya terputus di tengah jalan. Incik suami aku sekarang aku hanya kenal less than 6 months, terus kami nikah dan alhamdulillah bahagia dan gembira sekarang. Terima kasih YaAllah.
Kalau dah tertulis itu bukan jodoh kita, maka tidak akan sesekali terjadi. Tapi kalau dia lah jodoh kita, sejauh mana pun kita lari, tetap kita akan bersama dengannya. Semuanya dengan izinNya. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan