08 Oktober 2012

Join The Walk

Happy Monday Blues everybody!

Memandangkan mood Monday Blues, jadi marilah kita tengok2 gambar blogger yang ada termasuklah aku yang tak berapa blogger sangat ni. Wakakakaka.. Apa aktiviti weekend korang minggu lepas? Haa..dok rumah je? Allah tak bestnye! Aku? Aku weekend lepas rajin sikit. Kenapa aku kata rajin. Sebab kami 3beranak tetiba rajin join satu program ni kat Putrajaya. Program "join the walk". Jalan dari Istana Kehakiman Putrajaya sampai ke PICC. Memang best sangat i told u! Serius! Enjoy ok! Tak penat tapi fun sangat! Aqil? Pastilah aku bawak. Mana boleh tinggal si kecik tu sepertimana aku telah katakan dalam entry aku sebelum ni. Program tu start pukul 1pm. Tapi kami datang kul 3pm gitulah. Sebab jalan pun start petang kan. Takyah bebel panjang2 sangatlah ekin! Layan je gambar ok! 

:: Ni lah baju tuk program tu::

:: Amy search pun ada buat persembahan ::


Sebenarnya ada lagi artis2 lain, tapi aku sempat tengok Amy Search je. Sebab aku kan datang lambat. Dah pukul 3pm baru datang, memang takde kesempatan lah nak tengok artis2 lain tu.

:: Si kecik yang taknak dok diam dlm stroller dia ::


:: Bukan main aktif lagi dia ::

:: Nasib ada baju yang lebih kurang sama warna ngan baju kitorang aritu ::


:: Kami bertiga ::



:: Mulakan perjalanan ::
Aku suka sangat sebenarnya aktiviti begini. InsyaAllah kalau ada lagi, pasti aku nak join lagi. Sekali sekala apa salah nya kan. Daripada dok umah je tak buat apa2, baik join aktiviti sihat macam ni kan. Bukan mahal pun kena bayar. Disamping kita dapat pahala buat charity ni, kita pun boleh sihatkan badan dengan keluarkan peluh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan