02 Januari 2013

Suntikan Pneumococcal

Pasti ramai tertanya2 apakah itu? Yup... aku pun sama. Tapi lepas dah terkena dan dah ambil suntikan ni dan dengar nasihat doktor barulah aku tahu betapa pentingnya suntikan ini untuk anak kita. Kenapa lah tak dari dulu lagi aku tau. Aku tak tahu sebab dari kecil sampai sekarang aqil checkup kat kerajaan je. Kalau sesiapa checkup kat swasta pasti tau. Dan sangat2 digalakkan untuk ambil. Kita yang hidup sederhana ni mana lah mampu nak checkup kat swasta kan. Tapi nasib baik ada kawan2 bagitau dan zaman dah maju boleh search je kat internet sumenye.

Penyakit pneumokokal ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yg dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokus. Kuman ini boleh menyebabkan penyakit MENINGITIS (jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang), BAKTEREMIA ( jangkitan darah ), PNEUMONIA ( jangkitan paru2 ), OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga.

Kuman pneumokokus terdapat di dalam hidung dan kerongkong org dewasa dan kanak2 yg sihat. Ia boleh merebak dr seorang anak kepada yg lain dalam cecair apabila beliau bersin atau batuk.

Sumber yang aku amik dari FB hospital bersalin pasal pneumocaccal..

Perlukah suntikan imunisasi Pneumococcal utk anak2 kita?
Ya! Sangat perlu dan penting!

Imunisasi Tambahan – Pneumococcal

Imunisasi Pneumococal adalah salah satu daripada 2 imunisasi tambahan (pilihan). 

Apakah penyakit Pneumococcal?

* adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae, atau lebih dikenali pneumococcus.

* satu kumpulan jangkitan berbahaya yang terjadi selalunya kepada kanak2, terutamanya umur bawah 2 tahun.

* bakteria pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru2), bacteraemia (jangkitan darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).

Apakah penyakit2 ini?

Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

* boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang2 kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian.

* simptom : demam, lethargy atau drowsiness, muntah2, dan kejang leher atau kaki.

Bacteraemia (jangkitan darah)

* terjadi apabila bakteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah.

* boleh juga menjadi meningitis

* simptom : demam, gatal2 dan sesak nafas (nafas laju)

Pneumonia (jangkitan paru2)

* simptom : batuk, sesak dada, kahak, demam dan gigil

* diagnosis dan perubatan awal amat penting

Otitis media (jangkitan tengah telinga)

* Simptom : gatal telinga, demam dan selalu menarik telinga

Seriuskah penyakit Pneumococcal ini?

* Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian.

* penyakit Pneumococcal boleh menjejaskan kualiti hidup kanak2 dan juga seluruh keluarga. Cuba fikirkan masa terpaksa dihabiskan menjaga nak yang sakit, lawatan ke doktor, cuti dari kerja. Jika memerlukan rawatan di hospital, beban akan lebih bertambah.

Di negara lain suntikan ini dah diWAJIBkan. Tapi Malaysia? Belum. Ini adalah kerana faktor kos setiap dos suntikan tersebut. Memang sedikit mahal. Tapi ia sangat bagus dan penting sebenarnya.

Akhirnya semalam aku dan incik suami dah ambil 1dos untuk aqil. Kami pergi Poliklinik An-Nur Presint 15 Putrajaya. Satu dos hanya RM245. Harga ni agak murah berbanding tempat lain. Biasanya harga suntikan ni RM280-320 setiap dos. Nasib kami baik aqil masih sempat ambil. Sebab sebaik2nya kena ambil 2tahun dan ke bawah. Kalau ambil suntikan ni masa anak dah umur 2tahun ke atas doktor tu cakap dah takde benefit pun untuk dia. Kami buat keputusan ambil suntikan ni sebab nak elak aqil kerap demam lagi. Suntikan pneumococcal ni adalah untuk mencegah sebelum terjadi. Kalau anak kita tak sihat sekalipun selepas dah ambil suntikan ni, pasti dia akan cepat recover dari penyakit tu. Aku sangat2 syorkan pada ibu2 di luar sana supaya ambil suntikan ni.

6 ulasan:

  1. https://www.facebook.com/groups/OHUBMalaysia/ boleh join fb ni baca2 ape yg patut...our healthy unvaccinated babies..selamat membaca..:)

    BalasPadam
  2. Selamat..anak sya dah ambik suntikan prtama..adakah sya blh delay tarikh utk suntikan kedua? Mohon jelaskan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aritu saya terdelay dalam beberapa minggu la, tp doc marah sbb suntikan ni pn kene ikut date yg doc dh bg tuk next injection tu. sbb nnt takut lapse plk dr tarikh tu. so jawapan nye xblh delay lah.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Anak sy da 2x amik suntikan ni..mmg sihat..alhamdulillah...tp lepas 1tahun 4bulan sakit balik..sbb da lama jarak amik 2nd vaksin tu, xle la nk amik dose ke 3,jd skrg kene stat dose pertama balik..

    BalasPadam
  5. salam..nm tnye..brape jarak utk second dos ye? contohnye 3hb May 2018 utk second dos,tp klu kte ada hal o kos tidak mcukupi utk second dos..brape lme kte boleh jarakkn dr tarikh yg dktor bg tu?

    BalasPadam