02 Januari 2013

Aqil admit lagi

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2013 semua!

Harini hari pertama bekerja di tahun 2013. Mood? Takde. Sebab jasad je kat office, jiwa kat rumah teringat kan aqil. Kalau sape yang follow FB dan Instagram aku mesti dah tau yang aqil admit di Hospital Putrajaya sebab demam panas sampai fit.  Ini adalah kali kedua dia admit ward sebab fit. Aku memang betul2 fobia dan sedih sangat. Tapi alhamdulillah takde yang serius jadi pada aqil. Dia baik2 saje sekarang. Syukur alhamdulillah.

Hari Jumaat tengahari tu, dia kena fit kat rumah pengasuh. Tapi pengasuh kata belum sempat teruk lah. Baru badan ketar2. Aku dah menggeletar dengar dah. Terus aku call ayah dia suruh balik time tu jugak. Aku memang minta half day haritu sebab tak sedap hati. Rupanya betul ada benda nak jadi. Ayah dia pulak kebetulan baru balik dari masjid otw nak balik office terus dia balik rumah. 

Ayah dia sampai je rumah terus kitorang bawak aqil pergi Hospital Putrajaya. Masa tu aqil nampak lemah je. Tapi panas badan still ada lagi la. Sampai je hospital, terus aqil kena masuk bilik semi-kritikal untuk masuk air dan rawatan susulan. Kitorang kat hospital tu dari pukul 3ptg smp 5ptg. Doc kata tak perlu admit. Sebab dia pun dah ok dan suhu pun dah turun. Kami pun iyekan je la. Sebab memang nampak aqil dah ok. Panas badan pun dah takde masa tu. So kami pun balik lah. Sampai rumah dalam pukul 5 lebih gitu. 

Tiba2 dalam pukul 6 lbh tu badan aqil panas balik aku rasa. Terus aku angkat dia masuk bilik air dan aku jirus dia dengan air sampai dia menggigil2. Dalam pukul 6.45 gitu dia mintak buai. So kami masukkan lah dia dalam buai dan dia pun tidur. Lepas ayah dia solat maghrib, ayah dia baca yassin. Aku pulak pergi mandi. Masa aku mandi tu, tetiba aku dengar suara ayah dia jerit2. Aku dah mula panik. Aku tengok anak aku dah kena fit. Cepat2 aku suruh ayah dia bawak aqil duduk bawah air shower. Dan kitorang bergegas keluar rumah mintak tolong jiran. Kebetulan sorang jiran ni doktor, dia dah tepuk2 aqil dan aqil pun dah mula nangis. Dia cepat2 suruh kitorang bawak aqil pergi hospital. 

Sepanjang perjalanan ke hospital aqil langsung tak berbunyi. Dia diam je. Aku memang takut sangat sampai tak boleh tengok dan pegang dia. Nasib masa tu jiran tolong drive. Sampai je hospital aqil terus menangis. Dan doc bagi dia oksigen apa semua. Alhamdulillah dia ok. Akhirnya hari Jumaat malam tu aqil admit jugak. Aku lebih rela aqil admit daripada balik rumah membuatkan aku dan incik suami tak tau nak buat apa kan. 3hari aqil duduk wad. Aku siap cakap kat doc tu aku taknak keluar wad selagi aqil blm betul2 sihat. Alhamdulillah ari ahad tu dia ok dan aqil boleh balik.

Cuma sekarang kena monitor aqil lebih sikit lah. Dan aku dan incik suami decide nak amek suntikan pneumococcal untuk aqil. Hari Isnin tu puas kitorang cari, tapi semua klinik pakar kanak-kanak dah habis stock injection tu. Dan alhamdulillah petang semalam balik putrajaya, terus pergi An-Nur Presint 15 tu, dan dapat ambil injection tu. Nanti next entry aku cerita apa itu PNEUMOCOCCAL. Ianya sangat penting. Dan aku sangat2 suggest korang ibu2 pergi lah bawak anak ambil injection ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan