20 Oktober 2014

My baby bambam kena demam campak

Salam Isnin uolsss..

Jangan nak ber'monday' blues sangat lah ye. Hihihi. Aku? Biasa2 aje. Cuma hati tak tenang sangat sebab my lil bambam kena demam campak. Sian my baby bambam.

Dia start demam hari Rabu (15 Okt) tengah malam tu. Hari Rabu lepas maghrib tu, aku dah perasan dia macam merengek je. Nak aku duduk dengan dia. Pastu nak bergayut je. Bila aku duduk je ngan dia, dia elok je sengih2 bagai. Bila aku bangun buat kerja, mula lah dia melalak2. Aku dah pelik dah time tu, sebab dia bukan jenis gitu.

Pastu malam tu dia tidur pun tak lena asyik jaga2 je. Selalu dia lah baby yang jarang sangat bangun malam. Kadang2 tak bangun langsung pun sampai ke pagi. Bila dia bangun tengah2 malam tu, aku bagi susu and aku dah rasa macam "eh, kenapa badan adik ni macam panas". Tapi aku masih relax lagi. Kerap bagi susu je malam tu. Tapi instinct seorang ibu kan, memang sah instinct ku betul. Baby bambam ku demam buat pertama kalinya. Nasib baik dia tak meragam. Just dia tak boleh tidur je nak kita layan dia main je.

Keesokan paginya, aku masuk opis lambat sebab risaukan baby bambamku itu. Pada mulanya taknak anta ke umah BS. Tapi makcik kata kalau dia xmeragam, anta je. Pastu aku pantau suhu dia, takde la tinggi sangat. Paling tinggi 37.6 je. Kire dedar2 la tu. So, dalam kul 9 lbh aku anta gak dia g umah pengasuh. Alhamdulillah sampai petang dia ok. Cuma masih dedar2 lagi. Dedar2 tu berlarutan lah sampai ke hari Sabtu (18 Okt) tengah malam.

Semalam Ahad (19 Okt) bangun pagi dia dah takde demam, suhu dah normal balik. Tapi tetiba ayah dia kate muka n badan dia macam ada ruam2. Macam kena campak. Kebetulan in-law ada kat rumah, tunjuk kat mak, mak kata haah memang betul campak. Demam campak pasir/halus.

Sian baby bambam mama. Umur baru 3 bulan lebih dah kene demam campak. Orang kata bagus budak bawah umur setahun kena demam campak sebab itu menunjukan imun badan dia kuat. Semoga anak mama kuat lah.




Ni lah dia rupa my baby bambam yang kena demam campak halus/pasir. Setakat ni aku sapu bedak sejuk dan ISB moogoo je. Pagi ni aku masuk opis, nanti tengah ari aku jemput dia bawak pergi jumpa doktor. Semoga anak mama cepat sembuh seperti sedia kala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan