30 Disember 2011

Gemersik Kalbu

Itu adalah tajuk drama terbaru yang akan menggantikan drama Tentang Dhia di slot Akasia TV3 setiap hari Isnin-Khamis jam 7 petang. Tentang Dhia dah tamat dah semalam. Jadi cerita baru ni akan mula ditayangkan pada 02 Januari 2012 = Isnin depan. Harap2 menariklah cerita ni kan. Cerita ni pun rupanya adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk Gemersik Kalbu juga hasil nukilan Anis Ayuni.



Jalan cerita Gemersik Kalbu 
Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin.  Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..nak tau kesudahannya..

Kisah 29 Disember 2011

Pasti ramai yang dah tonton episod akhir Tentang Dhia semalam. Adakah anda berpuas hati dengan kesudahan drama tersebut? Tak puas hati? Hehehe... Sama lah dengan saya. Saya pun kurang berpuas hati sebenarnya. Sebab takde ending pasal mak mertua Dhia yang kejam tu. Kenapa takde pembalasan pada mak mertua dia tu? Memang macam tak best la ending cerita tu. Yang pasti cerita  tu sangat menyentuh hati saya semalam. Kebetulan tonton sorang2, sebab incik suami lambat balik semalam. So, boleh lah leleh2 air mata sikit. Hehehe... Kalau incik suami ada, dia suka kutuk saya. Katanya, "tu pun nak nangis, sikit2 nak sedih bila tengok drama. Emosi sangat." Maklumlah saya ni jenis memang mudah mengalirkan air mata. Nak2 nye berkaitan dengan wanita. Memang mudah benar lah air mata ni nak mengalir. Bagi saya lah kan, bagilah pengajaran sikit kepada mak mertua Dhia tu. Sebab dia terlalu kejam dan syirik. There is no point. Takde pengajaran kepada orang2 seperti mak mertua Dhia tu. Cerita ni macam menunjukkan yang orang2 syirik dan kejam seperti mak mertua Dhia tu boleh senang lenang hidup dengan terus melakukan kejahatan tanpa sebarang pembalasan. Betul tak? Bagi saya cerita ni kurang beri pengajaran kepada penonton. Hanya memberi pengajaran tentang cinta, kesabaran sebagaimana watak Dhia dalam drama tersebut. Cehhh wahhh... panjang lebar nya saya kritik. Macam lah pandai sangat kan. Takpelah, saya hanya share apa pendapat saya lah kan. Setiap orang berhak beri pendapat masing2. Jadi ini adalah pendapat saya. Yang penting, saya suka drama ni. 

Bila dah menonton drama Tentang Dhia ni mulalah saya ni ralik. Aqil main sorang2. Saya biarkan dia main diam2. Sebab senang saya nak tengok TV. Tapi tak main ke mana pun dia, ada je depan mata saya. Hehehe.... Sambil dok menonton tu, saya tengok2 lah gelagat dia main2 tu. Sekarang dia memang selalu berdiri. Tapi selama ni tak pandai nak mulakan step. Tapi semalam, saya sangat teruja bila tengok dia dah mulakan langkah. 1 2 3 langkah.. Wahhhh......anak mama dah pandai jalan! yeay! Mama suka sangat. Suka suka suka!! Now aqil dah 10 bulan dan lagi beberapa hari akan melangkah ke umur 11bulan. Kira cepat jugak aqil jalan. Mungkin dia ikut saya, sebab saya masa kecik2, umur 9 bulan dah jalan. Syabas anak mama! 

Harini hari Jumaat terakhir di tahun 2011. Dan harini jugak hari terakhir bekerja di tahun 2011. Minggu depan masuk kerja dah melangkah masuk tahun 2012. Selamat datang 2012!

28 Disember 2011

Pe'el Rizqin di mana2 pun

Mood harini? Agak baik. Tak badmood. Cuma takde mood nak meng'update' je. Hehehe.. Dan harini jugak saya sangat jobless! Boring jugak kalau dah jobless sangat kan. Takde kerja pun merungut, ada kerja lagi lah merungut. Kan kan kan... Biasalah manusia kan. Bila dah bosan ni mula lah saya rasa nak share video tentang keletah si manja saya. Buah hati pengarang jantung saya! Mari layan ye.. Abaikan je lah apa2 yang anda akan tonton di belakang aqil tu nanti ye. Yang saya nak tunjuk adalah aqil... Hehehe.




Inilah keletah anak saya semenjak dah berumur 10 bulan ni. Semenjak dia dah pandai nak jalan ni, macam-macam kerja dia. Tengok lah video dia tolak cousin dia yang dok dalam walker tu. Mentang2 lah dia dah pandai nak jalan, bukan main lagi dia nak tolak orang pulak. Cousin nya tu sebaya, cuma beza 20hari je dengan aqil. Alhamdulillah! Saya sangat gembira dengan perkembangan diri anak saya yang sumell tu. 

21 Disember 2011

Dingin Lavenda


SINOPSIS :



Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.

Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.

Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.

Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne. Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.

Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.
Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.

Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

Walaupun baru beberapa episod, dah nampak menarik juga drama ni. Marilah menonton sama2 ye pada setiap hari Jumaat jam 9malam.

Kembali Menyerang

Macam ni lah saya harini. Saya baru je baik dari demam + selsema + batuk minggu lepas. Dan semalam penyakit2 ini datang kembali. Ni semua gara2 balik dalam hujan lah semalam. Maklumlah orang bermotosikal, tak boleh elak lah kan kalau dalam keadaan hujan. Nak tunggu rasa macam lama je lagi hujan akan berhenti. Jawapannya redah je lah. Dari KL sampai Putrajaya memang hujan tak henti. Boleh tahan lebat gak lah. Sampai2 rumah, lenjun lah kami laki bini. Padahal dah pakai baju hujan tu. Hihihii.... So, harini saya terima padahnya. Sob sob sob...............

20 Disember 2011

Wordless Tuesday


Seronoknya meja dah clear takde kerja. So, saya bersenang lenang sambil bermuka buku dan ber'blog' je. Jangan jeles ye semua! Best best ! Esok lusa tak tahu lah kan macam mana kebizian yang menanti. Tapi yang pasti harini saya takde kerja! Saya suka!

Tanda-tanda Hari Kiamat



Kepastian datangnya hari kiamat hanya Allah swt yang mengetahui. Sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang, Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.” (QS. Thaha:15). Dengan demikian tiada seorang pun mengetahui kapan hari kiamat akan tiba. Allah swt hanya memberikan tanda-tanda menjelang datangnya kiamat.
Berdasarkan hadits-hadits Rasulullah saw, tanda-tanda hari kiamat sebagai berikut:
1.    Tanda-tanda shugra (kecil), yang sebagian di antaranya sudah tampak dalam kehidupan sekarang ini :
  • Ajaran Islam kurang diperhatikan dan bahkan ditinggalkan oleh kaum Muslim.
  • Jumlah ulama (ahli agama) yang sesungguhnya semakin sedikit, sebaliknya banyak orang bodoh yang mengaku ulama dan menyesatkan umat.
  • Perzinahan dilakukan terang-terangan dan sudah menjadi suatu kebiasaan di masyarakat luas.
  • Begitu pula mabuk-mabukan yang banyak dilakukan seolah bukan perbuatan yang diharamkan.
  • Jumlah wanita semakin lebih banyak dibandingkan dengan pria, dan mereka sudah tidak malu lagi berpakaian setengah telanjang.
  • Banyak wanita yang berdandan/berpenampilan seperti pria, begitu juga sebaliknya.
  • Umat manusia berlomba menumpuk kekayaan dengan jalan yang tidak halal serta maraknya praktek riba.
  • Para orangtua menjadi budak dan diperlakukan sewenang-wenang oleh anak-anaknya.
  • Semakin banyak fitnah yang menimpa umat Islam.
  • Semakin sering terjadi bencana alam, pembunuhan, dan peperangan.
  • Banyaknya perceraian.
  • Bermewah-mewah dalam membangun masjid sementara jamaahnya sedikit, serta saling membanggakan keindahan masjid.
2.    Tanda-tanda kubra (besar)
  • Waktu berputar semakin cepat, sehingga setahun terasa sebulan, sebulan terasa seminggu.
  • Matahari terbit di sebelah barat.
  • Keluarnya Dajjal, yaitu sosok pembohong yan g menutupi kebenaran.
  • Adanya Ya’juj dan Ma’juj, yaitu segolongan umat manusia yang mempunyai kekuatan besar dan berpikiran sesat.
  • Turunnya Imam Mahdi ke dunia untuk meluruskan syari’at Islam dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah saw.
  • Turunnya Nabi Isa as. dari langit yang akan memperjuangkan kebenaran bersama Imam Mahdi. Dialah yang menumpas Dajjal serta mengajak umat manusia mengesakan Allah swt dan menyambah-Nya.
  • Hilangnya Al Quran dari mashaf san hati umat manusia hingga hilang pedoman.
Tanda-tanda kecil datangnya hari kiamat secara umum datang lebih dahulu dari tanda-tanda besar, serta sebagiannya sudah terjadi. Jika tanda-tanda besar muncul telah muncul satu, maka akan diikuti tanda-tanda yang lainnya, yaitu yang pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari barat. Demikianlah kita sebagai umat manusia hendaknya mempersiapkan diri sebaik mungkin dengan  taat dan takwa kepada Allah swt, karena bagaimanapun juga tanda-tanda kecil datangnya kiamat telah banyak terjadi dan itu semua sebagai peringatan agar manusia sadar dan bertaubat.

19 Disember 2011

Huru Hara 15 Ramadhan 2012?



03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 sahaja. 
( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dalam golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dalam Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)
Sama ada benar atau tidak khabar ini,  hanya Allah yang mengetahui. Tapi, tidak mustahil. Peristiwa ini juga telah tertulis di dalam Al-Quran. Kita sebagai hambaNya, perlu lah memperbanyakkan amal supaya kita tergolong dalam 1/3 tersebut. Benar @ tidak WALLAHHUALAM...

17 Disember 2011

Panduan Cipta Bahagia

Rumah tangga yang bahagia takkan datang sendiri tanpa ada usaha. Ada perkara yang perlu anda lakukan untuk memperolehinya. Faktor-faktor berikut perlu ditelitikan untuk mencipta bahagia.

JUJUR
Setiap rumah tangga yang dibini memerlukan kesetiaan. Dari kejujuran inilah yang    menerbitkan rasa sayang dan hormat kepada pasangan.

HORMAT
Amalkan sikap hormat-menghormati. Rasa hormat ini menandakan seseorang itu  patuh dan setia kepada pasangan.

LUAHAN
Tunjukkan rasa kecintaan terhadap pasangan dengan seikhlas hati. Sebaiknya sering lafazkan ucapan sayang dan cinta kepada pasangan anda. Paling kurang sekali sehari.

TEMU JANJI
Biarpun telah mempunyai anak-anak, cari masa untuk berdua agar dapat merasakan nikmat bercinta selepas berkahwin. Ini menggamit suasana romantis dan menghangatkan lagi perhubugan anda.

JANGAN MENGUNGKIT
Dalam perkahwinan, jangan gemar mengungkit perkara yang lepas. Ia akan membangkitkan rasa kemarahan. Jadikannya sebagai satu pengajaran.

PERCAYA
Wujudkanlah kepercayaan anda terhadap pasangan. Sekiranya anda merasa curiga, 
seharusnya ungkapkan perkara tersebut dengan baik.

PERHATIAN
Jangan gagal memberikan perhatian kepada pasangan anda. Dengan cara ini, dia 
tahu bahawa anda sering memberikan tumpuan kepadanya. 

KAWAL DIRI
Jika anda dan dia bertengkar, kawal setiap perkataan yang dihamburkan.

Cara Uruskan Uri Bayi

Tiba-tiba harini saya rasa nak share tip ni. Walaupun saya tak pernah buat, tapi tak salahkan saya share. Saya ambil tip ni dari sebuah majalah. Mari lah kita ambil ilmu ni.

  1. Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
  2. Basuh uri dengan bersih menggunakan air paip atau sungai yang mengalir sehingga tiada kesan darah yang melekat.
  3. Selepas itu, bilas dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
  4. Letakkan uri yang telah dibersihkan di atas kain putih yang bersih.
  5. Taburkan sedikit garam bersama asam keping di atas uri berkenaan.
  6. Bungkus uri dengan kemas dan ikat ketat.
  7. Gali lubang tanah kira-kira satu kaki setengah (saiz muat untuk uri berkenaan sahaja. Jangan terlalu besar).
  8. Alaskan dasar lubang dengan papan atau bahan yang mudah reput (boleh juga gunakan tempurung kelapa).
  9. Setelah itu, timbus tanah dan ratakan. Pastikan lubang yang digali tadi menghadap ke arah kiblat.
  10. Akhiri proses dengan surat Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq serta Al-Ikhlas seterusnya panjatkan doa pada-Nya agar bayi kita terlindung dari sebarang gangguan dan penyakit.

12 Disember 2011

Boleh pergi haji balik hari

Itu hanyalah perumpamaan semata-mata. Perumpamaan yang sesuai dituju kepada orang yang cekik darah bila berniaga. Boleh tahan bengang jugak lah saya bila terkena. Ni semua gara-gara pagi tadi la ni. Saya nak ber'alkisah' sikit dengan korang semua pengalaman saya pagi tadi. Bagi saya memang tak berpatutan lah harganya dengan apa yang saya ambil. Tak logik lah. Ni pendapat saya, tak tahu lah macam mana pulak pendapat korang kan.

Harini tanggal 12 Disember 2011 (Isnin), KPKK telah mengadakan sesi taklimat berkaitan SBPA. So, saya adalah antara orang yang wajib menghadirkan diri walaupun malas. Sebelum masuk ke dewan taklimat tu, saya dengan kawan pejabat saya ni pergilah sarapan dulu kat kafe bawah bangunan tu. Saya je lah yang makan, kawan saya ni tak. Sebab dia dah siap sarapan. Nak dijadikan cerita, saya pergi lah meninjau2 apa2 makanan yang sedap untuk dimakan. Jadi saya pun memilih lah nak makan nasi dagang. Nampak sedap lah. Ditambah pulak dengan seketul / sepotong ikan. Kemudian ternampak sosej. Wahhh saya ni memang pantang nampak sosej, mesti nak sambar. Jadi ambiklah satu. Itu je. Nasi pun takdelah banyak sangat. Kemudian beratur nak beli air sekali nak bayar lah. Beratur punya beratur, lama sangat pulak orang tu. Tak jadilah beli air. Sebab saya dah kesuntukan masa. Yang buat saya terkejut bila saya bayar nasi dagang yang saya makan tadi tu, harganya RM5.00 OK! Semata-mata nasi dagang + ikan sepotong + sosej satu. Itu je! Dah RM 5 ok! Tu belum campur harga air. Toke kedai tu boleh lah pergi haji balik hari. Mahal sungguh lah bagi saya. Kalau campur air, logik lagi. Ni tak! 

Saya ni memang dari dulu suka makan nasi dagang, nasi kerabu tu semua. Tak pernah lagi lah kena harga semahal tu bagi sepinggan atau sebungkus nasi dagang atau nasi kerabu. Saya ni tadi tak sempat nak pertikaikan pada akak tu. Sebab saya dah lambat nak masuk dalam dewan. Jadi saya berlalu begitu sahaja. Sehinggalah sekarang saya baru tersedar kembali. Nasib baik lah saya bukan penghuni bangunan tersebut. Kalau tidak, hari2 kot akak tu kena sound ngan saya sebab charge mahal sangat. Terima kasihlah akak sebab dah berjaya kenakan saya harini !!

10 Disember 2011

Terpaksa

Sejak lepas bajet 2012 diumumkan, memang tak menang tangan dah kami ni nak buat kerja. Terutama bila dah masuk bulan Disember ni. Lepas tu pulak, sekarang ni pekeliling yang sepatutnya dah ada yang keluar. Mulalah tugasan kami. Dan harini jugak saya terpaksa datang office semata-mata nak siapkan data pegawai-pegawai negeri Selangor dan Labuan untuk dimasukkan dalam sistem Hrmis. Terbaik kan. Ahhh...takde maknenye terbaik. Terpaksa OK! Dah lah terpaksa datang office buat kerja, lepas terpaksa pulak saya membawa si kecik. Bukan saya sengaja nak bawak dia, tapi tiba-tiba incik suami pun kena datang office jugak disebabkan tugas untuk program esok lusa dan tulat. Nak hantar kat mak, mak pulak nak pergi kenduri. Nak hantar pada pengasuh memang tak lah kan. Sebab harini hari Sabtu! So, berkorban apa sajalah! Walaupun kami ni satu office, tapi unit lain-lain tau. So, ada lah tugas sendiri. Memang kesian lah bila bawak si kecik ke sini. Mana boleh bebas macam duduk kat rumah kan. Terhad lah pergerakan dia. Mesti dia rasa bosan. Takpelah ye sayang, for today je! Sekarang tugas saya yang sepatutnya saya selesaikan harini telah selesai. Lega memang lega! Tapi lega dengan tugas ni je lah. Yang lain2 banyak lagi menanti. Hari Isnin (12.12.11) ni pulak kena pergi ke Kompleks KPKK pulak, ada taklimat berkaitan SBPA. Macam-macam lah. Kalau boleh terus balik rumah takpe, ni tak. Taklimat tu habis tengah hari, dan kami kena masuk office. Sadiss kan. Saya ni lagi lah sadis rumah dah baik punya kat Putrajaya. Tup tup kena jugak pergi KL pada hari Isnin tu. Menci..

:: Kesian dia, mengantuk! Dia memang tidur tak guna bantal ::

:: Ni upah untuk aqil ye, sebab sanggup ikut mama pergi office. Dibiayai oleh aunty kema ::
Memang habis fries tu dia makan. Suka dia. Mentang-mentang lah dah ada gigi. Hehehe.. Tak lupa jugak, thanks pada Qema yang sudi taja makan tengah hari kami. Ngeh ngeh ngeh.... Sekarang kerja dah siap, tapi ayah nya macam belum siap je lagi buat kerja nya. Tak tahulah pukul berapa nak balik ni. Sekarang jam dah menunjukkan pukul 4.37 petang. Dah penat dah ni. 

Bapak Borek Anak Rintik




Nampak tak apa yang cuba saya tunjukkan? Tengok2 dan intai2 lah ye apa dia. Ni baru fizikal, belum nampak lagi dari segi dalaman. Maksudnya yang tersirat.

09 Disember 2011

3 jam menunggu

Sebagaimana yang korang tahu @ yang mana kenal dan mengikuti kisah anak saya, semua mesti tahu yang my lil hero tu tak sihat2 lagi. Dah masuk 2 minggu ni kot. Dah naik risau jugak lah. Dah banyak ubat yang saya try bagi. Dah 2 3 klinik kitorang pergi. Tapi still batuk dan selsema dia tu tak baik2. Demam pulak on off on off je. Apa lagi lah kan saya nak buat. Dah tak tahu dah. Akhirnya petang semalam balik kerja saya dan incik suami buat keputusan bawak aqil pergi hospital Putrajaya pulak. Tambahan pulak, masa jemput aqil di rumah pengasuh, pengasuh bagitau yang aqil ni meragam je sepanjang hari. Katanya, tak boleh pulak takde orang depan mata dia. Kalau takde, mula lah dia menangis. Selalu nya takkan macam tu. Kecuali kalau dia tak sihat @ demam, comfirm dia jadi macam tu. Memang kami sendiri dah maklum sangat dengan perangai aqil tu. 

Berbalik semula pada cerita bawak pergi hospital tu. Kitorang keluar rumah pukul 6.15 petang lebih kurang. Kononnya fikir taknak lah pergi lambat sangat, nanti kalalu lambat pergi lambat lah balik. Jadi keluar lah awal. Sampai2 je kat unit kecemasan tu, mak aiiii ramainye orang. Memang penuh lah. Sampai kat luar orang. Bila daftar, nurse tu cakap memang lambat sikit lah sebab orang ramai. Saya pun cakap lah takpe. Ye lah takkan saya nak balik pulak kan. Tunggu je lah. Tunggu punye tunggu tak panggil2 jugak. Takpe sabar je lah. Sebab kita paham la kan. Hospital kerajaan. Kalau nak cepat pergilah hospital bayar. Betul tak? Demi aqil saya dan incik suami sabar menunggu sehinggalah nama aqil dipanggil. Masa tu korang tau tak dah pukul berapa. Dah pukul 8 lebih ok. Memang lama! Lepas tu bila dah masuk bilik doc tu. Memang serius lembap doc tu. Slow sangat dia buat kerja. Nak marah karang, tak sampai hati. Bila dah siap doc check, tunggu pulak nak ambil ubat. Pun lambat jugak. MasyaAllah sabar je lah. Tepat pukul 9 malam rasanya kami baru sampai kat rumah. Punya lah lama! 

Kadang-kadang tak faham kenapa lah servis dorang tu lambat sangat. Janganlah macam tu kan. Bukan nya kita ni duduk tunggu kat luar tu sihat walaafiat. Dah tentu2 lah kita ni sakit @ tak sihat. Mana yang bawak anak kecil macam saya ni, dah tentu2 lah meragam2 diorang tu. Sampai ada saya tengok yang masih dalam pantang dan bawak baby kecik tu. Menangis2 anak dia punyalah lama dah tunggu kan. Muka pun dah merah2. Saya rasa anak dia demam. Takkan lah pihak hospital tu tak tahu. Kalau budak kecik demam panas, bahaya sangat ! Janganlah ambil mudah. Memang betul kita perlu tunggu, tapi jangan lah sampai berjam2. Sampai ada yang balik. Kesihatan tu penting. Kalau apa2 jadi pada anak2 orang semua, nak ke diorang bertanggungjawab? Tak kan? Jadi sedarlah! Berhati perut lah sikit. Biarlah ada kemajuan di mana2 hospital kerajaan. Janganlah hospital sebesar besar alam, tapi doktor nye dua ekor je! 

06 Disember 2011

Sesi Meng'HANDSOME'kan!

Rasanya macam dah lama je tak update. Sepertimana yang korang tahu, yang pernah baca entry saya sebelum ni. Cerita pasal sibuk tu. So, kesibukan tersebut telah bermula ye. Sebab tu lah saya lama tak update. Lama tak lama jugak lah. Baru je beberapa hari. Hehehe... Ni pun curi-curi masa je untuk menyinggah kejap. Nak baca entry kawan2 lain pun tak berkesempatan. Sadisss sungguh! Biarlah cerita kesibukan tu berlalu begitu sahaja. Mungkin next time saya akan share kot. Kalau berkesempatan dan rasa nak update lah ye. Kali ni saya nak share pasal hari Sabtu lepas.

Sabtu lepas saya balik rumah mak mertua. Maklumlah dah 2minggu tak balik. Rindu nenek kepada cucunya nanti. Kebetulan pulak minggu tersebut ada kenduri di area KL. So, alang-alang lah kan. Hari Sabtu tu lepas pergi kenduri di Cheras, kami terus menuju ke Melawati. Tapi sebelum balik rumah mak, kami singgah kedai mamak kat Melawati tempat biasa aqil gunting rambut tu. Dah lama benor rasanya tak gunting rambut dia. Jadi bermulalah operasi gunting menggunting rambut dia.

:: Rambut sebelum digunting ::

:: Mula2 sampai ::

:: Cool je kan muka dia ::

:: Bagus anak mama ni ::

:: Hensem nye ::

:: Amboi muke dia ::

:: Dah mule dah ::

:: Still under control ::

:: Muke boring - tak boleh duduk lama dia ni ::

:: Dah masam dah muke dia ::

:: Mengantuk sebenarnye ::

:: Dah siap tapi tak sempat sikat lagi ::

Macam-macam perangai dia kan. Tu lah anak bujang saya sorang ni. Memang dia boleh duduk diam bila gunting rambut tu. Tapi tak boleh lama-lama sangat. Bila dah lama-lama sangat tu, mule lah dia meragam dah. Tapi memang dia tak menangis pun. Bagus lah anak mama. Pandai.. Sayang sangat kat dia! 

:: Inilah hasilnya ::

03 Disember 2011

Demam OMBAK RINDU!

Sekarang aku memang gila-gila minat Aaron Aziz. Hensem lah dia. Berbakat besar sungguh dalam bidang lakonan. Tak sia2 aku pergi tengok filem Ombak Rindu tu. Kalau korang nak tau, sanggup OK aku keluar awal di hari Jumaat tu. Ni semua gara-gara abang aaron! I love him very much. Hahahaha.. Gila over kan. Incik suami selalu cakap kat aku, dia tu dah ada anak 2. Apa ku kesah.... Hahahhaa..


:: Tengok ni ::

Sanggup kan aku. Tak kisah lah hari kerja ke. Pergi je. Ye lah kalau hari2 cuti Sabtu dan Ahad tak merasa lah nak pergi tengok wayang. Maklum lah dah beranak kecik ni. Rumah je lah jawabnye. Saya ingin menasihatkan kepada sesiapa yang belum pergi tengok filem ni, sila lah pergi. Sure korang tak menyesal. Memang kena pergi. ABP nanti tak mustahil lah Aaron Aziz boleh dapat award sebagai Bintang Paling Popular bagi tahun 2011. Saya dah plan akan beli surat khabar Berita Harian setiap hari nanti bila undian untuk ABP dah keluar. Saya akan terus menerus mengundi Aaron Aziz. I love u lah!

25 November 2011

Bunga April

Saya baru perasan pagi tadi yang hari Isnin 28 November ni cuti rupanya. Memang serius tak ingat. Padahal malam tadi incik suami ada mengajukan soalan kepada saya bila cuti Awal Muharam. Dengan selamba saya jawab 28 haribulan = hari Isnin. Tu lah jawapan saya. Saya tak teringat pulak yang semalam tu dah 24 November rupanya. hahaha... Apa lah aku ni. Cuti 3 hari ni tak ke manalah aku nampak gayanya. Duduk je lah kat rumah kami anak beranak. Berehat-rehat setelah penat bekerja 5hari seminggu. Best

OK lah kita lupakan lah cerita pasal cuti tu, saya nak cerita yang sekarang saya dah minat lagi satu drama tv3. Drama Bunga April yang ditayangkan setiap hari Selasa - Khamis jam 10.30 malam. Sekarang baru episod 3. Mula2 episod dah nampak menarik. Mungkin saya akan terus tertarik untuk menontonnya. Harap2 saya boleh lah ye bertahan sehingga jam tersebut. Maklumlah saya ni jenis yang tidur awal. Jarang lah melebihi 10.30 malam.




Slot Samarinda Bunga April ini dibintangi oleh Shah Jaszle, Zach (X-Factor), Tasha, Noniswara, Mustapha Kamal dan Aida Aris. Saya kongsikan lah sinopsis drama ni ye.


Sinopsis Drama Bunga April

Bunga April menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi diwarisi Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.

Johar, anak tiri Tan Sri Azmi, hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan dibuat Puan Sri Hamidah.

Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp dan syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.

April anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas dimiliki April.

Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Jangan lupa menyaksikan Bunga April yang bersiaran 25 episod, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Samarinda  di TV3 bermula 22 Nov 2011.

23 November 2011

Goalkeeper @ Pelumba Motor

Khairul Fahmi Che Mat satu nama yang bukan lagi asing di Malaysia. Satu nama yang kian disebut-sebut, diagung-agungkan, dibangga-banggakan. Memang tak sia-sia usaha beliau selama ini. Beliau lah goalkeeper terulung Malaysia. Syabas KFCM! Pernah suatu ketika dahulu namanya disebut-sebut bukan kerna hebatnya dia sebagai seorang penjaga gol. Tapi pada ketika itu, namanya disebut-sebut dan digembar gemburkan dek kerana putusnya ikatan pertunangan di antara dia dan Elia @ jejariruncing.blogspot.com. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan. Bagi saya, semua sudah tertulis. Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Jadi tak perlulah kita mahu menuding jari kepada siapa salah siapa benar dan pada siapa yang kita mahu salahkan di antara mereka berdua. Itu urusan peribadi mereka. Jadi biarkan mereka dengan kisah peribadi mereka itu. Tak perlu kita mahu menafsir pelbagai tanggapan negatif kepada kedua-dua insan ini. Sebenarnya saya adalah salah seorang follower blog elia @jejariruncing.blogspot.com sejak dari zaman diorang bercinta lagi. 

Eh.. apa sebenarnya yang saya mahu cerita ni. hehehehe.. Dah meleret-leret kan. Takpelah, sambil menyelam minum air. Minum air sampai kembung ye. hahahaha.. Kalau korang nak tahu, KFCM ni bukan sahaja penjaga gol yang bagus, dia juga sebenarnya pelumba motosikal yang bagus.. Korang tak percaya? Mari....mari saya tunjukkan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
~~lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalala~~

..sroll lagi..













































































tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Percaya tak sekarang? Hehehehe... Percaya kan. Saya tak tipu!