Pasti ramai yang dah tonton episod akhir Tentang Dhia semalam. Adakah anda berpuas hati dengan kesudahan drama tersebut? Tak puas hati? Hehehe... Sama lah dengan saya. Saya pun kurang berpuas hati sebenarnya. Sebab takde ending pasal mak mertua Dhia yang kejam tu. Kenapa takde pembalasan pada mak mertua dia tu? Memang macam tak best la ending cerita tu. Yang pasti cerita tu sangat menyentuh hati saya semalam. Kebetulan tonton sorang2, sebab incik suami lambat balik semalam. So, boleh lah leleh2 air mata sikit. Hehehe... Kalau incik suami ada, dia suka kutuk saya. Katanya, "tu pun nak nangis, sikit2 nak sedih bila tengok drama. Emosi sangat." Maklumlah saya ni jenis memang mudah mengalirkan air mata. Nak2 nye berkaitan dengan wanita. Memang mudah benar lah air mata ni nak mengalir. Bagi saya lah kan, bagilah pengajaran sikit kepada mak mertua Dhia tu. Sebab dia terlalu kejam dan syirik. There is no point. Takde pengajaran kepada orang2 seperti mak mertua Dhia tu. Cerita ni macam menunjukkan yang orang2 syirik dan kejam seperti mak mertua Dhia tu boleh senang lenang hidup dengan terus melakukan kejahatan tanpa sebarang pembalasan. Betul tak? Bagi saya cerita ni kurang beri pengajaran kepada penonton. Hanya memberi pengajaran tentang cinta, kesabaran sebagaimana watak Dhia dalam drama tersebut. Cehhh wahhh... panjang lebar nya saya kritik. Macam lah pandai sangat kan. Takpelah, saya hanya share apa pendapat saya lah kan. Setiap orang berhak beri pendapat masing2. Jadi ini adalah pendapat saya. Yang penting, saya suka drama ni.
Bila dah menonton drama Tentang Dhia ni mulalah saya ni ralik. Aqil main sorang2. Saya biarkan dia main diam2. Sebab senang saya nak tengok TV. Tapi tak main ke mana pun dia, ada je depan mata saya. Hehehe.... Sambil dok menonton tu, saya tengok2 lah gelagat dia main2 tu. Sekarang dia memang selalu berdiri. Tapi selama ni tak pandai nak mulakan step. Tapi semalam, saya sangat teruja bila tengok dia dah mulakan langkah. 1 2 3 langkah.. Wahhhh......anak mama dah pandai jalan! yeay! Mama suka sangat. Suka suka suka!! Now aqil dah 10 bulan dan lagi beberapa hari akan melangkah ke umur 11bulan. Kira cepat jugak aqil jalan. Mungkin dia ikut saya, sebab saya masa kecik2, umur 9 bulan dah jalan. Syabas anak mama!
Harini hari Jumaat terakhir di tahun 2011. Dan harini jugak hari terakhir bekerja di tahun 2011. Minggu depan masuk kerja dah melangkah masuk tahun 2012. Selamat datang 2012!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan