17 Disember 2011

Panduan Cipta Bahagia

Rumah tangga yang bahagia takkan datang sendiri tanpa ada usaha. Ada perkara yang perlu anda lakukan untuk memperolehinya. Faktor-faktor berikut perlu ditelitikan untuk mencipta bahagia.

JUJUR
Setiap rumah tangga yang dibini memerlukan kesetiaan. Dari kejujuran inilah yang    menerbitkan rasa sayang dan hormat kepada pasangan.

HORMAT
Amalkan sikap hormat-menghormati. Rasa hormat ini menandakan seseorang itu  patuh dan setia kepada pasangan.

LUAHAN
Tunjukkan rasa kecintaan terhadap pasangan dengan seikhlas hati. Sebaiknya sering lafazkan ucapan sayang dan cinta kepada pasangan anda. Paling kurang sekali sehari.

TEMU JANJI
Biarpun telah mempunyai anak-anak, cari masa untuk berdua agar dapat merasakan nikmat bercinta selepas berkahwin. Ini menggamit suasana romantis dan menghangatkan lagi perhubugan anda.

JANGAN MENGUNGKIT
Dalam perkahwinan, jangan gemar mengungkit perkara yang lepas. Ia akan membangkitkan rasa kemarahan. Jadikannya sebagai satu pengajaran.

PERCAYA
Wujudkanlah kepercayaan anda terhadap pasangan. Sekiranya anda merasa curiga, 
seharusnya ungkapkan perkara tersebut dengan baik.

PERHATIAN
Jangan gagal memberikan perhatian kepada pasangan anda. Dengan cara ini, dia 
tahu bahawa anda sering memberikan tumpuan kepadanya. 

KAWAL DIRI
Jika anda dan dia bertengkar, kawal setiap perkataan yang dihamburkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan