Tiba-tiba harini saya rasa nak share tip ni. Walaupun saya tak pernah buat, tapi tak salahkan saya share. Saya ambil tip ni dari sebuah majalah. Mari lah kita ambil ilmu ni.
- Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
- Basuh uri dengan bersih menggunakan air paip atau sungai yang mengalir sehingga tiada kesan darah yang melekat.
- Selepas itu, bilas dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
- Letakkan uri yang telah dibersihkan di atas kain putih yang bersih.
- Taburkan sedikit garam bersama asam keping di atas uri berkenaan.
- Bungkus uri dengan kemas dan ikat ketat.
- Gali lubang tanah kira-kira satu kaki setengah (saiz muat untuk uri berkenaan sahaja. Jangan terlalu besar).
- Alaskan dasar lubang dengan papan atau bahan yang mudah reput (boleh juga gunakan tempurung kelapa).
- Setelah itu, timbus tanah dan ratakan. Pastikan lubang yang digali tadi menghadap ke arah kiblat.
- Akhiri proses dengan surat Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq serta Al-Ikhlas seterusnya panjatkan doa pada-Nya agar bayi kita terlindung dari sebarang gangguan dan penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan