14 September 2011

aQiL admit ward

Kesian anak saya, aritu balik je dari Singapore, tak pasal2 demam, muntah2 dan cirit birit sampai kena masuk wad. Mama ngan ayah yang makan lebih2, anak pulak yang cirit birit kan. Hehehehe.. Tapi, nasib baik semalaman je. Boring jangan cerita lah dok dalam wad tu. Saya ni tak boleh, rase cam dok dalam penjara je kat sane tu. Tak sakit, boleh jadi sakit tau.


Macam ni kisahnye, kami sampai KL malam tu dalam pukul 9 lbh kot. Usah cakap lah penat nye. Seharian suntuk dok dalam kereta. Dah lah sempit yang amat sangat kena dok belakang. Pening kepala. Tapi, takpe lah, sebab faham kita ni menumpang kereta orang je. Bayangkan lah dari pukul 12 tghari dok dalam kereta je. Mane tak penat yang teramat sangat. Dah lah highway plus tu jem. Sabo je lah. Aqil pun mase OTW balik tu dah muntah. Tapi sekali je. Cirit birit memang dah banyak kali lah. Tak tau mane silap nye. Dia minum susu ngan minum nestum je. Takde bagi makan ape2 pun. So, ingat kan dia penat sangat ke ape ke. Dan ingat kan esoknye akan baik la. Ape yang aku pikirkan sama sekali meleset. Makin berlarutan pulak. Hari jumaat tu badan dia rasa "deda2". So, saya pun bagi lah dia makan ubat demam biasa. Hari Jumaat saya bawa dia pergi Klinik kat Melawati. Memang lepas tu ok sampai lah hari Ahad. Tapi, ada lah sesekali rasa lagi demamnye tu dan cirit birit tu. Muntah2 memang dah takde lah. So, saya kata dalam hati, dah ok dah kot. Tapi, tetibe hari Ahad pagi dalam pukul 3pagi, dia muntah2 n cirit birit lagi. Pastu badan dia panas. Saya dah tak sedap hati ni. Terus ajak incik suami bawa dia pergi HKL. 
So, kami pun terus lah bawak dia pergi unit kecemasan. Ramailah pulak orang. Ingatkan pagi2 camtu takkan ramailah orang. Sejam kami tertonggok menunggu giliran dipanggil. Masa tu dah makin kerap dah aqil cirit birit. Pastu bila saya bagi dia minum susu, abis semua keluar balik, menangis2 dia. Saya pun menitis air mata tengok dia macam tu. Memang tak sampai hati. 
Last2, bila doc dah panggil untuk check, terus doc kata aqil kena admit ward. Takpe lah, janji anak mama sihat. Masuk je wad, dia nangis tak henti2 pulak. Tak tau kenapa. Memang satu wad tu lah dengar suara dia jerit menangis. Last2 dalam pukul 7 tu dia tertido. Mungkin dia nangis sebab mengantuk dan penat kot.
Tak sampai hati saya tengok tangan dia kena cucuk sebab nak masuk kan air. Memang dia menjerit2 la kat dalam bilik rawatan tu. Saya pun naik takut dengar. Mari saya share gambar2 aqil masa admit ward haritu.


:: 1st day admit ::

:: Baring je tak bermaya ::

:: Tengok lah tangan yang kena ikat tu ::

:: Dah macam orang besar caranya duduk ::

:: Dah OK sikit lah tu ::

:: Cumel ::

:: 2nd day, baru bangun tido ::

:: Dah kembali aktif, tak duduk diam ::
Petang hari Ahad, aqil pun dibenarkan balik. Punye la suke dia. Girang sungguh dia. Macam tau2 pulak. Berat dia pun mendadak naik daripada 6.2 kepada 6.7. 6.2 tu hari Sabtu, Ahad terus naik. Tu yang doc bagi balik. Yeay!


:: Tengok tu, suka nye dia ::

:: Manisnye senyuman ::



:: Dah tak sabar tunggu ayah sampai ::

:: Tengok tu dah tak boleh duduk diam ::


:: Muke "kerek" sebab ayah dah sampai ::
Alhamdulillah sekarang aqil dah ok. Selera makan dia pun semakin bertambah sekarang. Saya pun senang hati bila tengok dia OK je duduk rumah pengasuh. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan