13 September 2011

Selamat Hari Raya 2

Assalamualaikum dan selamat pagi! Minggu ni masih mood raya. Banyak jemputan rumah terbuka yang perlu dihadiri. Alhamdulillah! Rezeki jangan ditolak orang kate kan. Semakin membesar la badan ku yang memang dah sedia besar ni. MasyaAllah!  Hari ni ada jamuan raya KPKK kat kraftangan, Jln Conlay. Kalau rajin jap gi, nak pegi. InsyaAllah.

OK...sebenarnya blog kali ni saya bukan nak cerita pasal jamuan hari raya, tapi saya nak cerita pasal sambutan hari raya kami yang lepas, yang saya dah janji nak share gambar2 masa raya tu. Sebelum tu, saya cerita lah sikit ek pasal sambutan raya yang lepas tu. 
Pagi raya tahun ni saya berada di Bentong, Pahang. Kami balik ke Bentong pada hari Sabtu sebelum raya tu dan bermalam la kat sane sampai pagi raya pertama. Boleh tahan meriah gak. Sebab dapat tengok orang main mercun, main meriam, bakar lemang dan macam2 lagi lah. Incik suami sebenarnye tak penah rase macam ni. Ye la dia membesar di KL kan. Mane lah nak rase bende2 tu sume kan. Macam saya, memang dah biasa. Kalau takde suasana tu sume, mesti borink.
Pagi raya tu, lepas semayang raya, kami pun bersalam-salaman dan bergambar-gambaran. Tengok lah kat bawah ni antara gambar2 mase kat bentong dan gambar2 kaum saudara saya.


:: Comel di pagi raya ::



:: Ini adalah antara sepupu2 saya & makcik saya ::

:: Gembira ye dapat duit raya banyak ::



Lepas je beraya di beberapa rumah di Bentong pagi tu, kami pun bertolak pulang ke KL. Kami balik gak ke KL pagi tu sebab kami nak terus kan lagi perjalanan kami yang agak jauh pada hari raya tahun ni. Kami semua nak balik Singapore tahun ni. Alhamdulillah rezeki Aqil tahun ni dapat beraya di Singapore. Sampai je kat KL, kami terus ke rumah "Grandma" incik suami kat Taman Melawati gak. Tak jauh mane pun lah kan. hehehe..

Dalam pukul 3 petang baru kami sekeluarga bergerak untuk balik ke Singapore. Jauhnye la saya rase. Penat tak terkata la kan. Tapi, semua penat tu kena ketepikan. Kami sampai Singapore malam tu dalam pukul 9 malam. Memang penat lah.

:: Ni masa OTW ke Singapore ::

:: Garang betul muke c anis ni ::


:: Baru sampai, eh dah bertuka pakai baju melayu balik ::

:: Raya kedua ::






Gambar2 kat atas tu semua nye mase raye pertama dan kedua. Kami dok kat sane 3hari 2malam. Malam kedua berada di sana, kami gi jalan2, tinggalkan anak kat rumah.hehehehe...
Takyah cite banyak la, mari saya share gambar2 kami gi jalan2.

:: Mak Dara dan Anak Dara ::

:: Muke2 kami yang nak enjoy je ::

:: Incik suami's siblings ::
Ini jelah ek gambar yang saya share. Kalau nak tengok lebih lagi, tengok lah kak FB saya ye kawan2.
Esoknye hari kamis, kami pun bergerak pulang ke KL. Tapi, OTW balik tu kami singgah di JB pergi beraya kat rumah mokde incik suami dan sepupu incik suami.

:: Muke bile dah nak balik ::

:: Bergambar sebelum balik ::



Ok ..setakat ni je lah dulu saya share ye. Next blog saya nak share pasal si kecik ni terpakse dimasukkan dalam wad. So pity my baby!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan