21 September 2011

cerita makan makan dan makan part 1

Dah seminggu tak update blog. Bukan ape, saya ni bz dengan kerja, biasa lah kerja dok kat bahagian Sumber Manusia kan, mana lah ada masa lapang sangat sebenarnya. Tapi, saya ni macam sokmo ada je masa lapang. Hehehehe.. Tapi, sebenarnya saya ni malas dan takde idea nak menaip. Harini dah ada mood nak update. Mariii.............


Harini saya bukan nak cerita pasal update ke tak update ke. Tapi, saya nak cerita pasal weekend lepas, banyak beno jemputan. Selain dari jemputan rumah terbuka, ada juga jemputan kahwin dan majlis cukur jambul baby kawan. Tiga hari cuti, tiga hari tu jugak lah kerja saya makan makan dan makan. Mana lah badan tak semakin buntal. OMG! Seram tengok badan sendiri sekarang dan tak boleh terima. Sedang berusaha meringankan semula badan yang semakin berat sekarang. Help meeee.~~~
Jumaat lepas (16 Sept) adalah cuti umum sempena Hari Malaysia. Kerja gov biasalah kalau cuti umum, semua cuti lah kan. Tu yang best tu, boleh melayan kerenah si kecik. Jumaat tu pagi2 lagi kami dah bangun dan keluar pergi sarapan kat kedai mamak kat presint 18r12. Saje je pergi sarapan kat situ, kebetulan sepupu saya ada datang tidur kat rumah hari Khamis malam tu, so pagi tu saya tak masak, jadi kami pun keluar lah. Lepas siap je breakfast pagi tu, kami pun balik bersiap tuk balik ke KL sebab bestfren incik suami langsungkan majlis nikah pukul 10 pagi tu. Alhamdulillah semua nya ok. Ada lah sikit2 gambar yang incik suami amek. 


:: Ni lah dia pengantin lelaki @ bestfren incik suami ::

:: Ada 2 pasangan yang bakal dinikahkan pada hari tersebut ::

:: Gementar sungguh muka beliau ::

:: Pandai ye anak mama nak mengorat ::

:: Apalah agaknya yang disembangkan ::

:: Aipsss...jangan pegang anak dara orang la syg ::

:: Menggoda sungguh senyuman itu ::

:: Pengantin perempuan ::




:: Seronok setelah selesai ::

:: Sesi wajib mereka ::

:: Makan time ::
Itulah antara gambar2 yang ada masa majlis nikah berlangsung. Kenapa muka saya takde dalam gambar2 tu? Hehehehe....Al-maklum lah kalau dah tengah "tak bersih", tak boleh lah nak melangkah masuk masjid. Tunggu lah saya sorang2 kat dalam kereta. Lepas selesai je semuanya, kami pun balik terus ke Melawati, aqil nak jumpe nenek. Heheheh... Gembira nenek dapat jumpe aqil. Rindu....Petang dan malam tu kami tak ke mana2 pun. Dok umah je. Kebetulan pulak hari Jumaat tu, Busu dan anak2 dan Maklong semua ada datang bertandang ke rumah mak mertua ku. Dorang tido kat Melawati sampai hari Ahad. Meriah sikit lah rumah, sampai nenek tak sempat sangat nak main dengan aqil. Hari Sabtu pulak, pagi dalam pukul 11 tu Hannan and her family datang beraya ( hannan ni anak yang mak mertua saya jaga ).. Dah dua minggu dia tak datang, sebab balik kampung. So, rindulah kami kat dia. Masa dia datang tu, ada jugak lah gambar2 yang kami snap.


:: Tengok tu, suke aqil jumpe kakak hannan ::






Sejam jugak lah time tu hannan kat rumah. Hannan balik je kami pun keluar tuk attend majlis persandingan kahwin bestfren incik suami kat Gombak. Makan lagi..padahal pagi tu dah makan kat rumah, mak mertua masak.hehehhee...


:: Aik, knp tgk mama tu, jeles ke mama hug nayli ::




Bila dah kenyang, perut pun seronok. Badan pun semakin maju naik. Wahhhhh..Arghhh....terus stress. Kena berusaha bersungguh2 ni tuk menurunkan berat badan. Lepas habis majlis tu, kami gi jalan2 pusing sana sini. Tak tahu mana hala tuju sebenarnye. Last2 gi jalan2 kat Tmn Tasik Titiwangsa. 


:: Takut beno gayanya ::

:: Wooooottt ::

:: Khusyuk nye ::

:: Tengok ape tu ::
Macam2 kan aktiviti kami. Penat tetap penat, tapi kenyang tetap kenyang. Hehehehe... Nanti ada lagi saya nak cerita pasal makan, tapi cerita hari Ahad punya pulak. Next blog saya sambung ye, sekarang nak sambung buat kerja vs main game dulu. Babaiiiii....Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan