Satu nama yang sangat unik dan cantik pada saya. Sesuai lah nama ini dengan tuan empunya diri. Secantik orangnya. Saya saje2 nak share pasal neelofa harini. Saya rasa anda semua pasti kenal siapa neelofa ni kan. Seorang pelakon yang boleh dikatakan mempunyai bakat besar jugak dalam bidang lakonan. Dan sekarang pula dia menjadi salah seorang pengacara dalam rancangan Nona setiap hari Ahad di TV3 jam 2petang. Neelofa bergandingan dengan Fara Fauzana.
Sebut nama Fara Fauzana ni, boleh tak saya nak komen sikit tentang dia sebagai pengacara Nona. Bagi saya lah kan Fafau ni kurang sesuai jadi pengacara dalam rancangan Nona. Macam tak kena dengan diri dan jiwa dia. Itu hanya pandangan kasar saya sahaja. Jangan anda terpengaruh pulak kan. Saya kata begitu bukan sebab apa, kan fafau ni seperti yang kita tahu dan pernah tonton rancangan yang diacarakannya dan kita pun hari2 dengar radio HotFM, dia seorang yang happy go lucky, banyak cakap, selamba, senang kata nampak sifat 'kekasaran' sikit. Bila kena jadi pengacara Nona, dia kena formal sentiasa. Cakap pun bersusun, tak kena lah dengan nada suara dia tu. Gaya tubuh dia mengacarakan rancangan Nona tu pun nampak kurang menarik. Nampak sangat macam dia control2. Tapi itu semua hanya permulaan. Tak tahulah macam mana lepas ni kan. Kita tunggu dan lihat je lah. Dah merepek pulak cerita pasal fafau ni. Jom kembali kepada Neelofa.
Saya suka tengok muka Neelofa. Dia sangat cantik. Tanpa makeup pun, dia cantik. Terserlah kecantikan semulajadi beliau. Tuah badan lah katakan.
:: Tanpa sebarang makeup pun, cantik kan dia? :: |
:: Cantiknya lah dia ni :: |
:: Neelofa dan ibunya :: |
Cantik dia kan? Saya bukan lah peminat setia dia. Tapi saya suka tengok dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan