30 Januari 2012

Percutian Kami

Kalau sesape dah bace entry saya sebelum ni atau FB saya, mesti korang dah tau kan seminggu yang lepas saya dan family dan kawan2 pergi bercuti ke Cameron Highlands. Ye! Saya tau lambat saya nak update pasal cuti2 tu. Bukan busy, tapi malass. Hehehe.. Memang seronok percutian tersebut. Kami pergi 3hari 2malam. Seronok dan happening sebab pergi ramai2. Kami 4keluarga pergi ke sana. Ini adalah percutian saya dan family yang pertama bagi tahun 2012. Percutian yang kedua akan menyusul pada bulan April nanti. Yang tu saya akan pergi dengan family in law. Kami akan ke Langkawi. InsyaAllah! Mari kita kembali kepada cerita asal kisah percutian kami 4keluarga di Cameron Highlands tempoh hari. Kami pergi hari Sabtu (21.01.2012-23.01.2012). Hari Sabtu kami gerak dari KL dalam pukul 5 pagi tau. Tapi terkejut sangat highway selepas tol Jalan Duta tu dah jem ok! Nasib baik lah si kecik lena. Kalau tak mau mengamuk dia. Memang sepanjang jalan tu jem teruk. Kami sampai kat tol Simpang Pulai dalam pukul 9 pagi. Lama kan. Elok2 biasa 2jam lebih je, ni jadi 4jam. Dasattt..

Kat sana kami tinggal di Apartment kat Tanah Rata. Agak selesa. Memuaskan! Sampai2 sana, hari hujan pulak, sejuk je. Aqil apa lagi asyik tidur je la. Senang betul dia tidur, saya ni siap bawak buai dari rumah tau sebab takut dia tak boleh tidur, tapi tak memang senang je dia tidur. Sejuk agaknya, best. Tak perlu la kot saya cerita panjang2 , meh la kita layan gambar2 yang ado..

:: Ni dah sampai, nak pergi lunch ::

:: Cantik kan pemandangan ::

:: Sambil minum petang, sambil melihat pemandangan yang cantik ::

:: Suke sangat aqil dapat jalan2 ::

:: Kami bertiga ::

:: Nak jalan2 kat pasar malam brinchang ::

:: Jalan2 cari breakfast ::

:: Inilah tempat tinggal kami selama 3ari 2mlm ::

:: Meleleh air mata menangis, nak tidur la tu ::


:: Tak kira di mana, pantang nampak ::

:: 'Angry bird' sangat ::

:: Kami nak masuk muzium ::

:: Posto...posto! ::

:: Susah betul aqil ni pandang kamera, bad mood ::

:: Sayang sangat aqil ::


:: Malam BBQ kami, sebelum pulang ke KL ::

:: Hasil air tangan kami OK! ::

:: Pagi di BOH ::

:: Kenal tak tempat ni, tempat abg AARON shooting tu! ::

:: Yeay! kami dah sampai di sini ::



:: Meh makan ::

:: Memang dia tak suka mayonis betul ::

:: Tengok tu bad mood lagi ::

:: OTW turun dari BOH ::

:: Sejuk! ::

:: Jom kita petik daun teh ni mama ::

:: WAJIB! Sebelum pulang ::

:: Ni kami masa di BOH ::

Itulah saje gambar2 yang boleh di share. Karang banyak sangat, boring pulak kan. Muntah pulak karang tengok gambar banyak2. Hehehe.. Alhamdulillah balik dari Cameron ni aqil sihat tak demam. Ye la aqil ni sebenarnya tak boleh jalan jauh sangat, kalau balik mesti demam. Alhamdulillah kali ni tak. 

Lagi 3hari Muhammad Aqil Rizqin akan genap setahun. Sekejap masa berlalu. Tanpa sedar anak saya dah hampir mencapai usia setahun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan