25 Januari 2012

Saya Stress!

Harini hari pertama bekerja setelah 4 hari bercuti. Cuti kali ni memang seronok. Seronok sebab apa? Hehehe... Seronok sebab kami sekeluarga pergi ber'holiday' ke Cameron Highlands! Yippiieeeee!! Ini adalah percutian kami yang pertama bagi tahun 2012. InsyaAllah kalau ada rezeki panjang umur, kami akan bercuti ke Langkawi pulak pada bulan April nanti. Aktiviti bercuti sebegini memang bagus untuk kehidupan kita yang dah bekeluarga. Di samping dapat bergembira, kita pun dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan kemesraan kekeluargaan. Panjang pulak saya berceloteh pasal cuti ni ek. Nanti2 lah ye saya share kisah percutian kami di Cameron Highlands tu. Tapi kalau korang nak tengok gambar2 percutian kami tu, boleh lah tengok kat page FB saya. Entry kali ni saya nak bagitau anda semua yang saya sangat stress!!! Stress kenapa? Saya sangat stress sebab saya dah sangat gemuk! Gemuk OK! Saya benci keadaan saya sekarang. Sangat benci!! Lemak, please go away boleh tak?? Arghhhhhh.... Tapi dalam 2minggu ni saya dah berjaya tak makan malam. Dan nampak juga lah hasilnya, walalupun tak ketara. Kawan saya pun ada yang tegur nampak kecik sikit. Dia kata, masa raya aritu saya lagi besar, sekarang dah nampak kecik sikit. Lega hati. Tapi tetap rasa stress OK! Saya nak turunkan berat badan saya lagi.. So, saya ada cara2 pemakanan nya. Kawan saya izah yang bagi.. Saya kena berdisiplin ni. Saya akan cuba! 

BREAKFAST :
  1. Whole Meal Bread (1-2)
  2. Whole Meal Biscuit (1-4)
  3. Oat / 3 in 1 Nestum
  4. Fruits + yogurt (plain, kiwi, strawberry)
LUNCH :
  1. Rice + Vegetable + Meat / Fish
  2. Mee Hoon [ x = mee, kuih teow
  3. Spagetti
  4. Yong Tau Fu
DINNER :
  1. Vegetables / fruits
  2. Protein (Meat, Fish, Taufu) [x = Rice, Noodles, Bread, Biscuits
* 2-4 hours before sleep.

( x = JANGAN )

Sesiapa nak cuba, boleh lah. Setakat 2minggu ni, memang saya tak makan malam, rasa berkesan sikit lah. Tapi yang penting, kena minum air masak banyak. Baru berkesan. Dan yang penting, kena disiplin kan diri tu. Jangan ikut macam saya yang tak pandai nak disiplin bab makan. Main hentam je. Beginilah jadinya. Padan muka aku!
   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan