20 Julai 2012

Aqil

Dah lama sungguh rasanya tak update pasal my lil hero ni. Dah besar dah tau aqil sekarang. Umur dia sekarang dah setahun setengah. Sekejap je rasa masa berlalu. Semakin besar, semakin bijak budak2 sekarang ni. Dah pandai nak mintak itu ini, dah pandai nak merajuk, dah pandai menyakat kita dan macam2 lagi lah. Cuma aqil ni belum pandai cakap sangat lagi. Sikit2 ikut kita cakap tu boleh la. Betul kata orang, bila balik kerja penat2 tengok keletah anak2 memang hilang terus rasa penat, stress segala bagai. Memang anak adalah ubat paling mujarab untuk menghilangkan rasa bosan, rasa marah, rasa menyampah kat sape2 pun, rasa penat, rasa stress dan segala bagai yang seangkatan dengan nya lah. Hari Rabu baru2 ni aqil dah pun dapat suntikan vaksin yang terakhir. Suntikan bagi budak umur setahun setengah. Alhamdulillah! Semakin besar ni semakin comel dan handsome pulak hero aku ni macam bapak dia. Hahahaha....









Segala2nya aqil..Mama love u sayang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan