20 Julai 2012

Puasa VS Berat Badan

Bila sebut puasa, pasti ramai kaum wanita terutama yang mempunyai berat badan yang tidak ideal dengan diri sendiri seperti saya ni akan kata "puasa ni boleh lah turunkan berat badan". Konon-konon je kan. Kalau tak nekad tak boleh jugak. Makan main hentam je, memang harapan je la kau nak kurus! 


Dah makan main bantai je, memang harapan lah kau nak dapat bentuk tubuh macam ni. Lepas tu selamber je nak salahkan penimbang kan bila jarum penimbang tu tunjuk ke angka yang besar2.



Kesian mesin penimbang tu. Hahaha..

Janganlah anda menjadi sebegini rupa. Macam cakap dengan cermin je aku ni. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat berkat untuk kita mengumpul amalan. Bukan semata-mata berpuasa untuk kurus. Salah tu! Jadi ingatlah dan berusaha lah untuk mengumpul banyak pahala di bulan Ramadhan ni. Muhasabah diri. 

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan RAMADHAN, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
[HR Ibnu Khuzaimah]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan