22 Julai 2012

Rindu mak

Saat ini aku sangat merindui ibuku. Ibuku telah lama pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Ketika aku masih kanak-kanak tidak mengenal erti kehidupan lagi, ibuku telah terlebih dahulu dijemput Ilahi. Ketika itu aku baru berusia 9 tahun. Pada masa tu aku tak faham apa2. Yang aku tahu hanya menangis menyebut nama mak. Aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu. Aku sangat teringi merasai saat itu. Tapi itu semua impian semata-mata. Ini semua takdir. Aku redha menerima. Moga mak tenang di sana. Semoga roh mak dicucuri rahmat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan