Assalamualaikum
Haritu ada terbaca kat mana tah pasal aiskrim goreng. Aku ni memang suka sangat aiskrim goreng ni. Kalau pergi makan kat luar, sebijik pun dah 2 ringgit lebih. Mahal kan? Baik buat sendiri lebih jimat dan yang penting boleh makan manyak2 sampai pengsan. Hahaha.. Bila aku share gambar2 aiskrim goreng tu kat IG dan FB, ramai yang tanya resepinya. Jadi di sini aku nak share resepinya yang sangat-sangat lah mudah.
Bahan-bahannya sangat2 lah mudah dan senang nak cari. Ada 3 benda je :-
1. Roti
2. Aiskrim
3. Cawan/bekas plastik yang berbentuk bulat permukaannya.
Cara-caranya pulak :-
1. Ambil sekeping roti dan letak sesudu aiskrim diatasnya (ikut anggaran masing2, asalkan aiskrim tu takkan terkeluar daripada roti tu nnt)
2. Kemudian, ambil sekeping lagi roti dan tutup atas aiskrim tersebut.
3. Ambil cawan/bekas plastik tadi dan tekan kan di atas roti berisi aiskrim tu kuat2 sampai tertanggal tepi2 roti tu. Hasilnya akan kelihatan seperti gambar.
4. Pastu masukkan dalam peti ais semalaman supaya ia beku.
5. Keesokannya dah boleh goreng. Pastikan minyak dipanaskan betul2, baru masukkan dalam kuali. Goreng sampai keperang-perangan. Dah siap! Boleh makan!
:: Sebelum dan selepas :: |
Selamat Mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan