Harini aku dapat berita gembira yang tak disangka2. Patut lah haritu geng2 wasap group wasap ada cakap "korang takkan sangka sape yang dapat tu". Rupanya salah seorang daripada mereka adalah aku! Homaigod, rasa tak percaya. Syukur alhamdulillah. Inilah dinamakan rezeki. Berharap dengan rezeki ini, dapat lah jugak aku merasa jawatan tetap pulak. Apakah yang aku happy sangat tu? Hmmm... malu nak cakap. Hahaha.. Jangan tak percaya ye, aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun ni ok. Korang tak percaya, aku lagi tak percaya. Aku ni kat ofis, potpetpotpet je aku tau. Tapi kerja tak pernah tak siap lah. Semua ni rezeki. Aku baru 4 tahun je berkhidmat kat sini. Terima kasih YaAllah.
Bulan 3 dan 4 banyak berita gembira untuk aku. Dapat temuduga jawatan tetap, dapat beli rumah sendiri, dapat APC. Alhamdulillah. Syukur kepadamu YaAllah. Semua ini rezeki dariNya. Minggu depan aku ada interview jawatan tetap, aku berdoa dan berharap aku dapat lah jawatan tu. Semoga Allah memberi rezeki kepadaku. Amin.
Aku taknak share benda2 ni kat FB. Sebab FB ramai orang baca, nanti nampak macam bongkak pulak. Cerita kat sini, dah pasti takde orang baca. Hahaha.. Hanya untuk kenangan aku je. Nanti akan2 datang boleh baca balik apa aku merepek kat sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan