02 April 2013

Cerita Cerita Cerita

Assalamualaikum! 

Ceria2 ye pagi ni. Takmo masam2. Tak best lah. Kita kena happy selalu supaya hidup pun tenang dan ceria dan yang penting tu awet muda. Cehh! Oh lupa nak ucap selamat datang April. Ada yang dah terkena April fool ke semalam. Pelik aku mana datang lah istilah April fool tu. Whatever lah!

Pepagi saje nak bercerita. Sekarang aku, incik suami dan qiqil buat sementara ni menumpang dulu kat rumah nenek di Taman Melawati. Sekarang kami taknak hantar Aqil pada orang lain lagi. Nak bagi nenek jaga je. Memandangkan Aqil kan kena perhatian lebih. Jadi hantar kat nenek lebih ok lah. Hantar kat pengasuh bukan tak ok, tapi dengan nenek sendiri lebih perhatian dapat diberikan. Betul tak? 

Sekarang aku dengan incik suami pergi kerja hati senang je. Berbanding sebelum2 ni. Alhamdulillah. Maaflah mak kalau kami ni menyusahkan mak. Nanti Aqil dah besar sikit, kami akan cari pengasuh. Taknak susahkan mak lama2. Sekarang kami terpaksa.

Dan sekarang kami dalam proses membeli rumah. Segalanya berjalan lancar. Kami pun dah pergi jumpa peguam. Nampak mudah, tapi tak tahulah lagi macam mana kan. Tinggal lagi 8% je kami nak bayar. Lepas tu boleh proceed loan rumah terus. InsyaAllah katanya paling cepat pun dalam 3bulan dah settle lah semuanya. Kalau tuan rumah tu dah baiki rumah tu, kalau dah ok kami ingat nak sewa dulu rumah tu sementara tunggu proses jual beli settle. Tapi nak minta separuh harga sewa lah. Tu yang peguam suggest kat kami. Takkan nak menumpang rumah mak lama2 kan. Segan lah kan. Lagipun kembar incik suami dengan husband n anak dia memang tinggal kat situ. 

Sejak dok Melawati ni, aku lah yang berulang alik pergi kerja dekat. Incik suami terpaksa lah berulang alik jauh KL-Putrajaya. Pengorbanan katanya. Penat sikit takpelah. Yang penting anak sihat. Anak tiada galang gantinya. Dialah segala2nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan