14 Februari 2012

Ariana Mikhail

Ariana Mikhail adalah sebuah drama Slot Ratu di TV9 setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Drama ni telah menarik perhatian saya untuk menonton nya tanpa meninggal satu episod pun. Cuma hari Selasa tu susah sikit lah. Mana taknya cerita ni sampai pukul 9.30 malam. Pastu pukul 9.00 malam cerita TV3 pulak 'Vanilla Coklat'. Dah kena tukar2 channel. Tu yang selalu tengok selebihnya Ariana Mikhail tu keesokan harinya. Minta kawan download kan, dan kita ni melayan je lah. Hehehe.. Memang best lah drama Ariana Mikhail ni. Nak2 nya bila Nora Danish yang jadi heroin nya. Hehehe... Dah, takyah nak bebel panjang lah ekin. Moh saya share sikit sinopsis nya.



Cerita bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya.
Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dari Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku di sebuah cafe di bandar Paris. Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya, disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’.
Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan