09 Februari 2012

Happy 1 year aqil

Again? Yes! Again cerita pasal aqil. Seperti mana yang korang tahu anak saya aqil dah genap berumur setahun pada 02 Februari lepas. Takde sambutan besar-besaran untuk aqil. Sebab masa sangat tidak mengizinkan. Tetapi tanpa disangka, hari Selasa baru2 ni (07 Feb 2012), keluarga mertua saya semua call and bagitau nak datang buat suprise for aqil. Alhamdulillah kami seronok dengar. Lagipun family mertua semua memang tak pernah lagi datang ke rumah kami di Putrajaya. Jadi inilah 1st time nya.

Saya pun mulalah dok memikir nak buat apa, nak masak apa. Saya ni dah lah tak berapa nak pandai sangat bab masak memasak ni. Sekadar biasa2 je tau lah. Last2 saya plan masak nasi ayam je lah senang. Hehehe.. Simple kan. Mula2 ingat nak masak mi sup je, tapi dorang kata nak datang tengah hari pulak. Takkan nak makan mi sup kan. Mestilah nak makan nasi. Bagi memudahkan kerja saya, saya masak lah nasi ayam. heheh.. Banyak jugak saya masak. Sebab saya ingat kan mak mertua saya tak bawak apa2. Rupa2 nya mak mertua saya bawak nasi minyak ok. Memang mewah lah makanan kami tengah hari tu. Hancur diet ku. Tapi memang kalau time cuti je hancur diet aku. Bila cuti dok rumah je asek nak makan, makan, nak makan, makan. Hahahahaha... Arghhh forget it! Jom kita layan gambar2 yang ada di masa kejadian. 

:: Atuk ngn nenek baru sampai terus tiup belon ::

:: aqil suke buat muke tau bile pakai ape2 kat kepala dia ::


:: Tengok tu dah mule nak bukak ::

:: Kek for aqil ::


:: Rebut nak tiup lilin ::

:: Suke aqil dapat banyak hadiah ::



:: Meleleh2 air liur sakit gusi nak tumbuh gigi ::

:: From pakcik ::

:: From pak busu ::

:: From nenek ::

:: From pakcik again ::

:: From papa n mama anis ::
Terima kasih banyak2 kepada keluarga mertua saya yang sudi buat suprise untuk aqil. Memang nampak seronok aqil. Daripada tak sihat, terus jadi sihat. Hehehe..

2 ulasan:

  1. comelnya aqil..btw kite follow blog kamu tau ekin..^^,

    BalasPadam
  2. hehehe..tq aja. org pn da folo blog aja..hehe.

    BalasPadam